Friday, January 7, 2011

Teka?

Apa perkara yang penting kita sebagai cikgu kat sekolah kena lakukan bila tiba hari Jumaat?
Apa?
Apa lagi? hantar Buku rekod mengajar ke pejabat le... he, he.
Masuk tahun nie, dah tahun ketiga saya menggunakan fail sebagai buku rekod mengajar ataupun - 'Fail' Rekod Mengajar
Yelah, kan dalam Pekeliling Ikhtisas Bil 3 1999 : Penyediaan Buku Rekod Mengajar ada menyatakan kita boleh sediakan BRM tu dalam apa jua bentuk kan. bagi saya, guna fail lebih mudah, cuma taip dan print - ikut format macam BRM, boleh copy & paste dan kita ada simpanan BRM tu. next year boleh guna sebagai rujukan. tapi alasan yg sebenarnya, saya tak suka tulis dalam BRM tu sebab tulisan saya tak menentu, tambah2 nak cepat, lagi teruk (masa sekolah dulu, cikgu sejarah saya kata tulisan saya macam tulisan laki! - ada ke patut? ;)
jadi, bila guna computer & print, nampak kemas la sikit. kalau ada maklumat tambahan , mudah untuk kita masukkan. cuma yg leceh dan byk yg tak nak buat sebab remeh. tak kisah la kan. terpulang pada diri masing2. nanti saya selit sama macam mana rupa fail tu. opp satu lagi, kalau nak guna fail, kena guna fail 2 ring yang 3 inc punya. kat sek saya ada dlm 3,4 orang je yg guna fail. salah sorang tu cikgu cemerlang. so apa salahnya kita mencontohi apa yg orang cemerlang dah buat, kan (moga2 lekat kat kita pulak cemerlang tu! he, he)

1 comment:

  1. hai akak, su ni (sue_sidek).. teringin jugak nk tgk rupa file tu mcamana, kt sini belum ada yg pernah bt...kalau cr tu lebih tersusun dn kemas, apa slhnye mencuba kan....

    ReplyDelete