Sekejap je dah genap usia perkahwinan kami 8 tahun hari nie. Rasa macam baru je, kan. Dan sememangnya masih baru dan insyallah berkekalan sampai bila-bila.
Kami akad nikah pada tarikh hari nie - 12 Jan 2003 , tapi kenduri pada 30 dan 31 Mei 2003.
Aikk? nape lambat beno kenduri? sebenarnya nikah awal sebab saya kena posting ke Sarawak pada 21hb Jan tu. Jadi ceritanya, kalau nak cepat boleh bertukar, kenala nikah cepat2 supaya masa isi borang tukar nanti , boleh le tulis alasan bertukar sebab mengikut suami - kukuh le sikit kan. Alhamdullillah, bulan 5 tahun yg sama saya dpt bertukar balik, tak le berjauhan dgn suami tercinta ;)
Lepas nikah, kemudian pg Sarawak bertugas di sana? Rindu ? Allah saje la yg tau apa dalam hati nie.
Sebenarnya , dah berapa lama sekalipun kita dah kahwin, cinta kita sepatutnya terus mekar dan lebih kukuh. Tak boleh ambil mudah dan pandang ringan je dengan apa jua keperluan pasangan kita. Saya sendiri pun bukanla perfect, ada gak silap di sana-sini, tambah2 sibuk menguruskan hal2 anak dan rumah, kadangkala kita terlupa melihat keperluan suami (maafkan sayang ye bang).
To abg , i luv u and always will.... thanks for the watch (sepasang tau ;) )
No comments:
Post a Comment