Monday, January 17, 2011

Reunion SMACH94 15 Jan 2011 at Shah Alam


nie antara makanan yg ada ... terima kasih bebanyak kpd tuan rumah & kengkawan yg bawak


antara anak-anak yg ada malam tu, nasib baik ada cerita karton - khusyuk la kejap, maklumla parent diorang sibuk bersembang!



my daugther , Yasmin & anak kawan - Kasih


malam sabtu lepas, 15 Jan 2011 kami sekeluarga menghadiri reunion kat rumah teman sekolah di Shah Alam. walaupun pagi tu sebenarnya ada program di sekolah, kami usahakan juga agar dpt turut serta - yelah, dah hampir 17 tahun kami habis tingkatan 5, ada rakan yg selalu berjumpa, malah ada yg tak pernah jumpa. tuan punya rumah buat bbq , masing2 bwk makanan , yg sponsor rusa pun ada.

ramai jugak yg hadir malam tu, masing2 datang dgn family - kecoh betul rumah tu dgn karenah budak2.sambil2 makan, sembang2 tanya khabar. lepas tu ada meeting kejap, bincang untuk buat gathering yg lebih besar di tempat yg lebih proper dan boleh bermalam - boleh la jumpa lama sikit kan.

emm... kenapa orang suka buat reunion , gathering yek? saya tak pasti pendapat org lain, tp kita berkawan bukan hanya setakat masa zaman sekolah - lepas sek, langsung tak ambik tahu hal rakan2. kawan2 ni la yg banyak tolong kita, tambah2 kami (saya & suami) bersekolah di SBP dr form 1 sampaila form 5. bukan senang hidup di asrama nie , kalau takde kawan2.yela, sekolah di kelantan, rumah saya di perak - kalau weekend tu, org lain ada visitor, kami yg rumah jauh nie tak yah la berharap ada org dtg melawat.issk.., iskhh.., nak nangis lak! ;)

apapun, harap2 next gathering, kami dapat join sama & akan lebih ramai lagi yg attend - jgn la balik2 org yg sama je datang.... ;) nak seribu daya, tak nak seribu dalih, ye tak?

No comments:

Post a Comment