Thursday, July 3, 2014

dah bersawang rupanya blogku....

dah berbulan rupanya tak kemas 'rumah' ni! memang rindu nak update tapi banyak perkara yang menangguhkan hajat (alasan la konon) laptop kesayangan buat hal (setelah hampir 7 tahun berkhidmat - kira hebatla jugak kan). mula-mula skrin out - apa pun tak nampak, yg nampak warna putih je. sambung ke lcd projektor baru boleh nampak.lepas tu, langsung tak boleh on.patahla jari nak online.pinjam yang hubby punya, kena virus lak (aku la yg bawak virus tuh) bila online je, punyala lembab. cadang nak tukar skrin, tapi tak berbaloi,lepas tukar pun mungkin boleh jadi balik masalah yang sama. last-last, bawak la kat kawan, nasib baik dia tolong. tapi lepas dah repair, tak pernah on laptop ni.cuak takut jadi balik problem lama. ntah mcmn tergerak nak bwk pegi sekolah hari ni sbb hari ni masuk bab pakaian (form 1).bulan2 puasa camni, takkan nak guna modal air liur je.selepas beberapa bulan tak pernah on, hari ni laptop ni ok sgt2 ;) nampaknya boleh le mula balik hobi lama ;)