Showing posts with label my school. Show all posts
Showing posts with label my school. Show all posts

Monday, March 12, 2012

Anda seorang DERMAWAN? Sila baca..

SMK Toh Johan merupakan sebuah sek men di kawasan Trong, Taiping yang baru je mula menerima pelajar sejak seminggu lepas.kiranya, secara rasmi, baru je berusia 7 hari.guru-guru dah mula masuk sejak 3 minggu lepas untuk urusan pentadbiran sekolah.
Sebagai GPM (guru perpustakaan dan media) di sekolah nie, banyak gak keje yang nak dibuat, tambah-tambah dr segi nak melengkapkan fail-fail yang sepatutnya ada, kalau tak silap dlm 30 gak failnya.ye la, sek baru, semua kita kena buat.
pada saya, bab2 keje nie, biasalakan.saya tak kisah sgt.pada saya, yang penting sekarang saya kena cari cara macamana nak tambah koleksi bahan terutama buku serta cd pembelajaran di PSS.selain tu, saya perlukan dana untuk menambah keceriaan di PSS serta rangkaiannya (contohnya, bilik tayangan yang perlukan langsir sebab keadaan bilik yang cerah,sudut2 ilmu dsbg).
Oleh itu, jika tuan-tuan, puan-puan yang budiman mempunyai buku-buku terpakai yang ingin di dermakan, ataupun berhasrat untuk menyumbangkan dana, silalah hubungi saya melalui blog ini ataupun emailkan kepada saya seed77_99@yahoo.com
susah juga nak buat sesuatu kalau takde dana.dana daripada kerajaan pun belum diterima(dalam proses) tapi saya jangka tak dapat banyak, mungkin dalam 2-4 ribu sahaja.
saya berharap sangat jika ada yang sudi mendermakan buku ataupun dana, dapatlah saya tambah koleksi di PSS sek ini (sek ini merupakan sek men luar bandar).
Terima Kasih daun keladi....

Monday, October 31, 2011

Pelancaran Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M) 2011

Minggu ini merupakan minggu Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M) .
Alhamdulillah , majlis pelancaran secara ringkas telah dapat dijalankan semasa perhimpunan mingguan. Selepas perasmian oleh tuan pengetua, Nur Illiana daripada kelas 3T1 telah membacakan sebuah sajak bertajuk 1 Malaysia. Kemudian program 10 minit Jom Baca dijalankan dimana semua pelajar serta guru sama-sama membaca di tempat perhimpunan selama 10 minit. Majlis diakhiri dengan nyanyian 2 buah lagu iaitu Membaca Gaya Wawasan dan 1 Malaysia.

Pelbagai program telah diatur sepanjang minggu ini dan kebanyakannya melibatkan pelajar Tingkatan 3.

Diharapkan program sebegini dapat dijalankan dengan lebih meriah pada tahun hadapan.

Wednesday, August 17, 2011

Pemenang bagi Kuiz Sudoku For Pro Buletin Menteri Edisi 2 Ogos 2011

Berikut adalah keputusan pemenang bagi kuiz Sudoku yang telah disiarkan dalam Buletin Menteri Edisi 2 Ogos 2011 baru-baru ini.
Sesi pagi : Shalini (5Sc1)
Sesi petang : Lim Swee Jet (2T1)

Masing-masing menerima hadiah seutas jam tangan

Tahniah di ucapkan kepada pemenang.

yang nie untuk Shalini

yang ni pulak untuk Lim Swee Jet

cantik tak?

Harap-harap selepas ni, sambutan akan lebih menggalakkan dan warga SMKTM akan lebih berminat membeli Buletin Menteri dan menyertai kuiz di dalamnya.
p/s : semalam saya nampak salah seorang penerima hadiah tersebut memakai jam yang diterimanya ;) ;)


si adik bergaya dengan jam baru (pertama kali dapat jam, tido pun pakai jam!)
si kakak dan adik pun dapat gak jam (sebab diorang ikut masa saya beli jam tu kat kedai jam)

Thursday, August 4, 2011

terima kasih atas sokongan anda...




alhamdulillah , dapat juga buletin menteri edisi 2 bagi bulan ogos dikeluarkan dan dijual.betul gak, bila dalam pressure (time constrain), saya tetapkan date line pagi nie untuk siapkan - kita boleh buat. bila kita letak date line tu lambat lagi atau masa panjang untuk buat, kita akan rasa berat dan asyik bertangguh sebab rasa lambat lagi.tapi bila terdesak, boleh aje sebenarnya.dalam 2 hari je dah boleh siap.
untuk kali kedua ni, cuma marketing lain sikit. kalau edisi 1 dulu, AJK buletin jual dari kelas ke kelas, kali nie bukak meja@kaunter kat depan koperasi, antara tempat laluan yang paling sibuk la kat sekolah ni. alhamdulillah, lepas jualan tadi dah boleh balik modal. kalau takde apa, esok boleh cuba jual lagi.
terima kasih kepada yang banyak memberi sokongan (samada yang beli ataupun tidak).
tapi, betul tak kalau saya katakan - orang kita nie, kalau bab membeli bahan bacaan memang sayang duit. tapi kalau bab beli kad top-up, ada lak duit.pendek kata, bab membeli bahan bacaan nie memang bukan budaya kita.tak percaya, cuba masuk rumah (kita atau kengkawan/sedara).apa yang kita nampak? yang pasti tv, radio, kengkadang boleh kalah panggung wayang.ada nampak rak buku yang penuh dengan buku? kalau ada pun rak, penuh dengan pinggan mangkuk hiasan (yang sayang nak guna). saya suka tengok afc kat astro 703, ada satu rumah chef tu, dari living room, ke dining sampai ke dapur penuh dengan rak yang sarat dengan buku.
apa kata anda? budaya membaca belum betul2 menjadi budaya kita...

Buletin Menteri Edisi 2 Ogos 2011


Thursday, June 30, 2011

Edisi 1 Buletin Menteri!


hari jumaat lepas 24 Jun 2011 (saje buat hari jumaat, ambik berkat), AJK Buletin Menteri telah berjaya menerbitkan edisi 1 buletin setelah dirancang sejak bulan Mac lepas.bukan senang (macam makan kacang)nak buat buletin nie woi.walaupun hanya 4 muka je.nak cari template yang sesuai, apa artikel nak masukkan, berapa page dan macam-macam lagilah.nak dapatkan maklumat pun satu hal gak (baru dapatkan maklumat pasal sekolah je dah rasa susah, agaknya orang yg terbitkan suratkhabar hari-hari tu dah berapa kali pengsan agaknya ye tak?)
Pagi-pagi lagi AJK terlibat menjual buletin tersebut dari kelas ke kelas (disebabkan ini adalah keluaran pertama, jadi kita nak tengok feedback secara terus dengan pembeli) Alhamdulillah, sambutan agak baik. Ada yang memberi respond yang positif, ada gak yg sebaliknya.adat la kan,mula-mula buat memangla ada banyak halangan.yang penting, jangan putus asa dan jangan dengar sangat cakap orang lain yang tak banyak membina.
Insyallah, edisi kedua akan menyusul dalam pertengahan bulan Julai pulak dan begitulah seterusnya untuk bulan-bulan yang akan datang.
terima kasih banyak-banyak kepada yg menyokong buletin, yg turut membeli, menyumbang idea, tolong print (En. Tun sebab tolong print guna printer canggih yg boleh print atas kertas A3) tanpa pertolongan dan sokongan kalian, tak dapek la nak buat buletin ni. terima kasih daun keladi ye..

Tuesday, June 14, 2011

PERTANDINGAN MEMASAK SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT DAERAH LMS 2011

hari nie saya bawa peserta ke pertandingan memasak yg ditaja MAGGI dan NESTLE bagi peringkat daerah larut matang & selama bertempat di SMK(P) Treacher Methodist. pertandingan mula dengan pendaftaran, cabutan nombor meja, taklimat hakim, persediaan awal (boleh prepare la - nak potong ke, buat gubahan ke, hiasan ke kecuali masak) then pkl 10 pg baru start masak sampai 11.30 pg.lepas tu masa untuk hakim merasa dan ambik markah.dalam pukul 12.30 baru mula upacara penutup dan penyampaian hadiah.

tahun nie lain sikit temanya : menu sihat hidangan pengantin sajian kebahagiaan
so, ala-ala makan beradap gitu.bila tengok setting meja sekolah lain, memang kecut gak.yela, kita buat simple je tahun, ada sek yg buat ala-ala pelamin.salah sorang peserta lelaki tunggal pada hari tu -Hafiz - asyik tengok sekolah lain. memang, kalau first time masuk pertandingan, memang akan tergamam macam tu.cepat-cepat saya cakap kat dia, jgn tengok sgt kat sek lain, fokus pd apa yg patut dibuat.markah setting meja tak banyak, yg banyak (40 markah) pada rasa masakan tu.

menu hari ni :
nasi soya seharum kasih
ayam panggang sehati berdansa
salad raja sehari
manisan kalbu (pencuci mulut-puding)
cinta sempurna (minuman)
- nama je pelik-pelik, yela, kan tema pengantin!

so, keputusan :
johan - SMK Simpang
naib johan - SMK Tengku Menteri
ketiga - tuan rumah - SMK(P) Treacher Methodist

alhamdulillah, dapat gak naib johan - kalau tak silap, dah masuk kali ketiga dapat naib johan ni.harap-harap tahun depan lekat lak johan (he,he)
tahun ni, preparation sederhana, hiasan meja pun ala kadar je. silap gak, semua saya buat sendiri je, tak nak susahkan orang lain - walhal kak asliza bila-bila pun boleh bantu dan berminat.bukan semua benda boleh buat sendiri - ada masanya perlukan kerjasama kumpulan baru menjadi ;)

terima kasih gak kpd guru kanan vokasional & teknik - Pn Normadiah sebab sudi gak luangkan masa menjenguk kami masa dah habis pertandingan - selama nie takde sapa pun yg datang jenguk.















Monday, May 16, 2011

Hidangan Pengantin 1 Malaysia?

Saya belum siap lagi menu untuk dibawa ke pertandingan memasak lepas cuti sekolah nanti 14 Mei 2011 (cikgu gak yang nak kena reka menu, sedangkan yang masuk bertanding tu pelajar. kalau tunggu pelajar yang buat, boleh gak tapi tak tau bila boleh masak. takpela, saya cari menu, nanti bincang balik dan try dengan pelajar)
Tema tahun nie - menu sihat hidangan pengantin. takde dicatatkan dalam syarat pertandingan , hidangan pengantin apa yang diperlukan, samada hidangan pengantin cara melayu ke, cina ke atau lai-lain kaum. Jadi saya bercadang nak combind semua kaum - so dalam menu tu ada hidangan melayu, india dan cina. tadi dah bincang dengan Cikgu Kasturi, dia cadang buat dessert daripada hidangan pengantin india - nampak idea tu menarik gak. so saya tunggu dia bagi resepi tu dan bolehla try nanti.
Saya menaruh harapan untuk menang tahun nie, geram sebab tahun lepas takde pertandingan. Harap-harap ada rezeki. Tapi kalau tak usaha, masakan dapat, ye tak?

Saturday, May 14, 2011

Darurat Peperiksaan?


apa benda la pulak nie? darurat peperiksaan? apasal darurat lak? dah teruk sangat ke?
sebenarnya, darurat peperiksaan nie lebih kurang macam satu program/mood yang nak diwujudkan oleh pihak sekolah selepas cuti pertengahan tahun nie.bila dikaji balik suasana peperiksaan pertengahan yang baru je habis semalam, pelajar di tahun peperiksaan contohnya pelajar tingkatan 3 tak begitu serius semasa menjawab.mereka menjalani peperiksaan di dewan bagi membiasakan diri dengan suasana peperiksaan sebenar.semasa peperiksaan pun sempat lagi tido.jawab soalan pun tak serius,tambah-tambah semasa jawab paper seni (walaupun takde dalam PMR nanti) - boleh buat bising lak. pendek kata macam takde demam peperiksaan.tu yg nak buat program nie, supaya diorang boleh rasa 'demam' tu dan rasa macam exam tu dah dekat sangat dah, takla main-main lagi.
so, antara program yg dicadangkan - program kepong - selepas waktu sekolah, pelajar dikepong untuk menjawab soalan latihan. tapi kalau dikaji betul-betul, tiap-tiap tahun buat, tapi impaknya entahla.
seingat saya dulu, masa zaman sekolah, kami ada buat streaming selepas exam.so pelajar akan sedar dimana tahap dia sebenarnya.memang ada memberi kesan.
apapun program yang nak kita buat - yang paling penting adalah dalaman pelajar tu sendiri - tahap kesedaran akan betapa dekatnya peperiksaan, dah takde masa lagi untuk main-main, dah takde masa lagi untuk fokus kepada perkara-perkara lain (malangnya, sukan sekolah belum settle lagi, bulan julai baru nak buat, pun akan turut beri kesan kepada mood peperiksaan, tu cabaran tu)
kalau dah diri sendiri tak sedar lagi, camno program tu nak berkesan di hati mereka?
fikir-fikirkan....

Wednesday, May 11, 2011

Menu Sihat - Hidangan Pengantin

dlm pkl 1 petang tadi, ada discussion dengan peserta-peserta pertandingan masak- Hafiz, Aqilah dan Amirah. Kengkawan diorang yang lain pun ada join sama, tolong bagi idea. Perbincangan berkisar tentang menu yang menepati syarat pertandingan , setting meja hidangan dan agihan tugas.Tahun ni berbeza sikit dengan tahun sebelum ni. saya tak pernah lagi buat hidangan pengantin, jadi agak mencabar la jugak nak cari menu yg sesuai terutama setting meja-macamana nak buat ye. Cadangnya nak buat macam pelamin. tak sure ok ke tak.lepas tu terpikir lak, hidangan pengantin tu kan ada banyak stail , stail melayu ada, cina ada , india ada, macam-macam lagilah. bukan terhad kpd hidangan melayu je.kalau masuk pertandingan, kenala cari something yg totally different dr yg lain,kan.
saya ada masa lebih kurang seminggu untuk submit borang masuk bertanding. pertandingan tu pun ada masa dalam sebulan.insyaallah sempat.dah tanya ketua panitia KHB pasal duit PCG panitia, cikgu tu sokong penuh cadangan untuk masuk bertanding dan katanya duit ada lagi.harap-harap tahun nie dapat masuk ke peringkat negeri, kalu boleh kebangsaan, insyaallah....

Tuesday, May 10, 2011

Taklimat Pertandingan Memasak Peringkat Daerah LMS 2011

saya baru je balik dari SMK Treacher Methodist untuk satu sesi taklimat pertandingan memasak sekolah-sekolah menengah peringkat daerah LMS 2011. hari tu,bila saya cerita kat hubby pasal pertandingan ni, dia kata - kenapa ambik lagi? kan dah tak ngajar subjek KH sejak dah jadi guru media(guru library le)? emmm.. memang dah tak ngajar, kalau ikutkan, dah takde kaitan. tapi disebabkan minat(walaupun tak pandai masak dan jarang-jarang gak masak) dan suka nak bawak pelajar masuk pertandingan.lagipun tahun lepas tak dapat masuk sebab takde pertandingan masak di peringkat daerah. so budak-budak tu frust la jugak.so tahun nie,memang dah pasang niat untuk masuk.harap-harap takde masalah lain akan timbul.manala tau, kot-kot kena pegi kursus lak.
Bila diteliti balik,nampaknya syarat pertandingan tak jauh beza dari tahun-tahun sebelumnya.untuk tahun nie ada sedikit pembaharuan - resepi mesti dalam bahasa inggeris dan dalam cd!
Tarikh pertandingan peringkat daerah : 14hb mei
Tarikh pertandingan peringkat negeri (kalau ada rezeki) : 21 jun 2011
Tarikh akhir hantar borang penyertaan : 22 mei.
dan yang paling ditunggu-tunggu setiap kali ada pertandingan memasak - temanya. tahun 2009, tema berkelah. nak tau apa tema tahun nie? Hidangan Pengantin la pulak!
Takpe, jangan panik. Apapun, perkara pertama sekali - esok kena bincang dengan student (3 orang peserta). yelah, diorang yg akan masak.

Wednesday, May 4, 2011

MACA (Majlis Anugerah Cemerlang Akademik) 2010









Pada 29 April 2011, hari Jumaat bermula 8.00 pagi, bertempat di Dewan Bestari SMK Tengku Menteri telah berlangsung MACA 2010. Majlis ini diadakan untuk mengiktiraf pencapaian pelajar dalam bidang akademik sepanjang tahun 2010. Majlis ini telah dirasmikan oleh Encik Ahmad Rozairi bin Che Hat, Penolong Pegawai Daerah, Pejabat Daerah dan Tanah Larut, Matang dan Selama. Beliau juga merupakan bekas pelajar SMK Tengku Menteri.

Saturday, April 9, 2011

Merentas Desa SMKTM

basikal nie hadiah untuk cabutan bertuah bagi pelajar Hari Jumaat, 8 April 2011, telah berlangsung acara merentas desa bagi SMKTM. Dan istimewanya lagi, julung-julung kali acara tersebut dilakukan di luar kawasan sekolah dan melalui track (trek) baru, iaitu diadakan di Dewan Bunga Raya, tak jauh dari kawasan sekolah.Semua guru bertungkus-lumus bagi menjayakan acara tersebut. Para pelajar dibahagikan kepada 4 kategori - P1 (pelajar perempuan ting 4 & 5) , P2 (pelajar perempuan ting 3,2&1), L1 dan L2.