Rasa sekejap je dah masuk tahun 2011. banyak lagi perancangan tahun 2010 yang rasanya belum complete, insyallah akan diperbaiki pada tahun ini.
tahun 2011 nie pada saya membawa cabaran yang agak besar bagi kami sekeluarga - yasmin, anak sulung saya mula melangkah ke darjah 1 di SK Convent Kota , Taiping - salah satu Sekolah Berprestasi Tinggi di negara kita. Masa pertama kali mohon nak masuk , tak dapat sebab alamat kami di luar kawasan , agak jauh dr sek, lepas tu buat rayuan baru dapat.
Semalam dah siap balut buku latihan dan buku teks si kakak - dalam hati, macam-macam terpikir - macammana la agaknya si kakak di sekolah nanti - boleh ke dia belajar? mcmana dia makan? tau ke dia nak pegi toilet? tau ke dia mcmana nak spend duit kat kantin? - (sebenarnya si mak nie yg risau lebih2, si kakak relax je, malah excited nak pegi sek baru. 23hb dis lepas dah pegi daftar & orentasi kat sek, dia tak nangis pun masa tinggalkan dia kat kelas sebab parent ada taklimat kat dewan)
Ibubapa sekarang dah lebih concern dengan pendidikan anak2 mereka. Kami pun dulu pening gak nak pilih sek mana nak hantar Yasmin. Cadangan asal nak hantar sekolah cina, tapi masa kat tadika (tadika cina) , guru besar dia kata Yasmin boleh tulis tapi tak boleh converse dlm bahasa cina, jadi tak sesuai masuk sek cina, tapi lebih baik hantar ke SK Convent sebab english dia bagus. Tapi alhamdulillah , nampaknya pilihan kami tepat. yang penting, Yasmin happy.
So, mulai Isnin nie, rutin kami sekeluarga pun berubah sedikit. Pagi , selesaikan hal2 rumah , hubby pg office , dlm pukul 12 kena hantar yasmin (yasmin sekolah petang, sama macam saya), then hantar farah pegi taska ( dekat je dengan sek) lepas tu baru saya masuk sek, petang lak hubby akan ambik yasmin , saya pulak akan ambik farah lepas sek dlm 6.40. Tu belum kalau ada latihan sukan , ada perjumpaan kelab , yasmin ada program kat sek dia ke , atau macam2 lagilah. Apapun, yang penting, kita kena ada perancangan.
Hmm... tido malam pun tak berapa lena sekarang nie... macam2 benda ada dalam kepala.... he, he, he...
No comments:
Post a Comment