Thursday, December 27, 2012

Mesyuarat Guru SMKTJ 2013







 

 
semalam,rabu 26 Dis 2012 smk toh johan mulakan siri mesyuarat guru selama 1 hari (dr pagi ke petang) seronok tengok rakan sejawat setelah masing-masing bercuti.kali ni smktj ada 6 orang warga baru - selamat datang diucapkan kepada guru-guru yang baru bertukar ke smktj.jadi sekarang tenaga pengajar telah bertambah kepada 30 orang, alhamdulillah.

Wednesday, November 14, 2012

Kreatif!



hasil kerja tangan pengawas pusat sumber & pelajar smk toh johan.
berbakat rupanya para pelajar ni. bila dicungkil, banyak perkara baru yg kita dapat.
tak lupa terima kasih kepada Guru Perpustakaan & Media SMK Klian Pauh di atas sampel/contoh hiasan pada lampu.idea ni saya dapat setelah melawat PSS SMK Klian Pauh (sangat cantik, dan GPMnya tak keberatan berkongsi idea tersebut)
terima kasih banyak-banyak ye ;)

Tuesday, November 13, 2012

Bab 1 Tingkatan 3 Reka Cipta

Gambar awal warga SMK Toh Johan

gambar ni diambil pada 27 April 2012. masa ni, kami belum ada pengetua lagi (kredit kepada Syahmi 4 Bakawali 2012)

Tuesday, October 30, 2012

FROG

Saturday, October 13, 2012

Hujan oh Hujan

cuaca tak menentu beberapa hari kebelakangan - pagi panas,bila tengahari-hujan lebat. hari ni, pagi cuaca ok.bila tengahari, punyala lebat hujan.nasib baik tak jemur baju kat luar. tapi, kalau tak hujan, kita susah hati gak "asyik panas, bila lak nak hujan?" pendek kata, manusia ni sentiasa ada je yang tak puas hati. sepatutnya, bersyukur dengan apa yang ada - setiap satu kejadian ada hikmah dan kebaikannya.

Saturday, September 15, 2012

Oh My Hubby!

Suatu hari, hubby berkata (ayatnya lebih kurang macam ni) "sayang mesti pelik, apala asyik dengar lightfm bila dalam kete, asyik dengar oldies je, mesti ingat abg dah tua". Memang ada gak terpikir macam tu - kalau abg tua, saya pun tua la jugak sbb kami sebaya. Bila direnung-renung balik, betul la. Saya pun sekarang ni,lebih selesa dengar lagu-lagu lama - 90an. kalau dulu-dulu,suka pasang hitzfm. Betul apa hubby cakap, kami sedang beransur-ansur masuk ke fasa yang lain.Pernah hubby usik saya, katanya, 5 tahun lagi kami boleh le pegi uji bakat Kilauan Emas!

Monday, July 23, 2012

Junior Masterchef SMKTJ

gambar nie dah lama la jugak, dalam 2 bulan lepas rasanya. masa nie student form 2 tengah belajar bab Pemakanan dan Pengurusan Sajian (elektif ERT). Jadinya, sambil-sambil tu, saje la nak test cooking skill bebudak nie, saya pun buatla test kemahiran ala-ala masterchef selebriti yang tengah hangat masa tu. seronok gak tengok bebudak tu, yang mana biasa memasak di rumah akan biasa tengok rempah ratus tu, cuma tak tau nama sebenar rempah-rempah tu.kelas ERT ni dibuka untuk pelajar perempuan je tetapi yg lelaki sorang tu saje nak try.

Thursday, July 19, 2012

renungan...

Kalau ke pulau janganlah menggalas batu, kalau di laut jangan pula menabur garam, Kalau di siang hari jangan pula memasang pelita, Kalau di malam gelita jangan pula mencari bayang....... - dipetik drpd kata-kata cikgu Che Jusuh SMACH

Ramadhan tiba lagi...

Selamat berpuasa semua ye. dah tinggal 2 hari je lagi.

Thursday, July 5, 2012

Tuesday, April 17, 2012

Pengaktifan Otak Tengah



satu video mengenai Latihan Pengaktifan Otak Tengah - sumber - rakan FB kak betty

Tuesday, April 10, 2012

Why do people still want to go to the libraries?

Why do people still want to go to the libraries?
dalam fb ada ditanyakan soalan sebegini.
sekali tengok,mungkin terlintas di fikiran - kenapa orang tu tanya macam tu? bunyi mcm orang yang kecewa je?

Monday, March 12, 2012

Anda seorang DERMAWAN? Sila baca..

SMK Toh Johan merupakan sebuah sek men di kawasan Trong, Taiping yang baru je mula menerima pelajar sejak seminggu lepas.kiranya, secara rasmi, baru je berusia 7 hari.guru-guru dah mula masuk sejak 3 minggu lepas untuk urusan pentadbiran sekolah.
Sebagai GPM (guru perpustakaan dan media) di sekolah nie, banyak gak keje yang nak dibuat, tambah-tambah dr segi nak melengkapkan fail-fail yang sepatutnya ada, kalau tak silap dlm 30 gak failnya.ye la, sek baru, semua kita kena buat.
pada saya, bab2 keje nie, biasalakan.saya tak kisah sgt.pada saya, yang penting sekarang saya kena cari cara macamana nak tambah koleksi bahan terutama buku serta cd pembelajaran di PSS.selain tu, saya perlukan dana untuk menambah keceriaan di PSS serta rangkaiannya (contohnya, bilik tayangan yang perlukan langsir sebab keadaan bilik yang cerah,sudut2 ilmu dsbg).
Oleh itu, jika tuan-tuan, puan-puan yang budiman mempunyai buku-buku terpakai yang ingin di dermakan, ataupun berhasrat untuk menyumbangkan dana, silalah hubungi saya melalui blog ini ataupun emailkan kepada saya seed77_99@yahoo.com
susah juga nak buat sesuatu kalau takde dana.dana daripada kerajaan pun belum diterima(dalam proses) tapi saya jangka tak dapat banyak, mungkin dalam 2-4 ribu sahaja.
saya berharap sangat jika ada yang sudi mendermakan buku ataupun dana, dapatlah saya tambah koleksi di PSS sek ini (sek ini merupakan sek men luar bandar).
Terima Kasih daun keladi....

Jagalah Adab Anda di mana pun berada,walaupun di alam maya

kebelakangan ni saya banyak mendapat komen terhadap entry saya ataupun bahan yang saya upload yang agak menyakitkan hati.bahasanya kekadang sungguh kurang sopan.kalaupun rasa tak berpuas hati dengan apa yang ada dalam blog saya nie, tak perlulah tulis komen-komen yang sebegitu.saya upload bertujuan untuk berkongsi bahan yang ada pada saya, saya tak kata bahan saya tu sangat perfect.kalau dah tak suka, carila di blog yang lain.masih banyak lagi blog / website lain yang dapat memenuhi keperluan masing-masing.tak perlulah meninggalkan kata-kata yang boleh menyinggung hati orang lain.pada saya, saya tak kisah apa anda pembaca nak komen,sikitpun tak rasa tersinggung ataupun tergugat.cuma yang saya agak pelik, kenapa tak gunakan nama sendiri semasa meninggalkan komen? tak berani kot?
kita, sebagai manusia, bukan hanya perlu bersikap baik, beradab mulia hanya bila di depan mata, malah di mana pun jua walaupun sekadar di alam maya/ciber.jangan ingat tak ada siapapun tahu akan perbuatan kita.

Sunday, March 4, 2012

3 minggu yang mencabar...

dah laamaaa tak jenguk blog, jangankan blog, internet pun tak sempat nak tengok.
dalam 3 minggu lepas, dua-dua anak saya kena demam campak, rutin hidup terus bertukar. disebabkan diorg demam, saya kena cari cara lain selain hantar ke taska, yelah bila dah kena demam nie, tak boleh bercampur dengan kanak-kanak lain, nanti berjangkit.saya nak ambik cuti lelama pun tak boleh, takkan nak ambik cuti sampai 2 minggu (tempoh dijangka sembuh sepenuhnya). terpaksala mintak tolong mak mertua jagakan.khamis,jumaat - tinggal kat rumah MIL sambil berulang ke sekolah. ahad, balik rumah dan isnin sampai rabu minta adik tolong jaga kat rumah sendiri (nasib baik dia tengah cuti) nak jadi cerita, selasa - terpaksa ambik mc sebab diri sendiri lak demam - sakit satu badan - banyak hari gak nak pulih balik, pun mc satu hari je sebab saya baru bertukar sekolah (akan dibuka secara rasminya esok), mana boleh cuti lama-lama. khamis sampai rabu berikutnya, di rumah MIL pulak.suami pun tak berapa sihat gak(kesian hubby). dah elok nak sihat , si adik pulak demam panas , sampai lima hari baru baik. risau gak, bawak ke hospital - doktor kata demam biasa sebab xde muntah2 dan cirit-birit.demam lambat baik sebab badan belum pulih sepenuhnya dari demam campak sebelumnya tu.
aduhhh... ujian datang bertimpa-timpa dalam 3 minggu tu.bab anak sakit, saya boleh tahan lagi, tapi bila hubby pun tak sihat - jiwa kacau betul.tambah pulak diri sendiri pun tak sihat, tak pernah kena demam macam tu sampai hilang selera makan berhari-hari (macam orang alah lak, bila makan rasa nak termuntah balik)
pagi, pegi sekolah, balik - dah x larat nak buat apa, syukurla ada family mertua, kalau tak taula nak buat macam mana.pukul 9 dah ngantuk, badan pun lemah semacam je.
tu la kan.nikmat sihat sebelum sakit.jagalah kesihatan, sebab bila dah sakit, apa pun dah tak berguna

Tuesday, February 7, 2012

Kagum, kagum!

North Korean kids play guitar - sungguh mengkagumkan

Sains Tingkatan 3 : Bab 3 : Perkumuhan











Thursday, February 2, 2012

KEEP MOVING FORWARD


2012
semoga perubahan yang bakal berlaku menjadi titik tolak kepada episod yang lebih baik,
insyallah,amin

Tuesday, January 31, 2012

Time to Think

Great people talk about ideas
Average people talk about things
Small people talk about other people

Are you great , average or small people?


Kunjungan ke Perpustakaan Raja Tun Uda Shah Alam














kunjungan nie sebenarnya lebih kepada nak survey kat mana letaknya library nie sebab kalau takde aral, nak bawak pengawas PSS ke sini bulan Feb nanti. tahun lepas langsung tak ke mana-mana. kesian lak kan. macam anak kita la, dok rumah je tak bawak jalan-jalan, tentula boring kan. harapnya, lepas dah bawak pegi jenjalan ni, 'anak-anak' didikku akan lebih bersemangat dalam menjalankan tugas mereka di sekolah@PSS nanti, insyallah.


sampai kat sana dah pukul 4, lagi sejam PRTU nak tutup. tu pun sebab tersesat - pegi kat tempat lama kat seksyen 11 (kalu tak silap), tempat baru nie kat seksyen 13, dekat dengan PTPL dan Kelab Golf. tapi walaupun dah nak tutup, orang ramai still berduyun-duyun masuk - yg bawak anak-anak bawah 10 tahun macam saya ni masuk ke Zon Kreatif, sebuah bilik sebelah kanan pintu masuk utama - sebab kanak-kanak nie tak dibenarkan masuk ke kawasan @ tingkat lain, maklum je la kan, anan-anak usia nie susah nak dok diam. tapi anak-anak saya memang seronok sangat masuk Zon Kreatif tu - si adik siap berguling-guling kat bawah 'pokok' dengan tah anak sapa tah (dia memang cepat dapat kawan). Si kakak - dapat buku yg dia suka - terus duduk & baca - dah tak kisah apa dah.


Pada yang belum pernah pegi - cubalah berkunjung ke Perpustakaan Raja Tun Uda - ada macam-macam kat sana yang tak sama macam library biasa. Alhamdulillah pagi tadi pihak PRTU dah beri persetujuan untuk menerima kunjungan kami. Insyallah 25/2/2012 akan ke sana lagi. Kali nie harap-harap boleh explore lebih lagi.

Sunday, January 29, 2012

Sistem Pernafasan

Try this!

Sistem Pernafasan: http://onnet.bamboomedia.net/?j=lab&url=MTkyMTY0Ng==

Friday, January 27, 2012

Bunyi Aneh di Sarawak

macam-macam komen tentang ni - terpulang kepada diri masing-masing untuk komen.
apapun, fikirkan hikmah di sebaliknya.
apa komen anda?
petikan dr mynewshub

Saturday, January 21, 2012

Jalan Jalan Habiskan Duit?

cuti-cuti Malaysia lagi! selamat tahun baru cina ye.kita yang tak sambut pun tumpang sekaki sebab dapat tumpang bercuti. insyaallah hari ni nak gerak turun kl.agak dah lama gak tak pegi kuala lumpur nih,last tahun lepas masa start cuti sekolah. saje la jalan-jalan.
buat apa cuti nih?
apapun, guna peluang cuti ni sebaik mungkin ye.

emm.. semalam secara rasminya letak fail pertandingan memasak atas meja seorang rakan guru - rasanya terpaksa lepaskan kerja jadi guru penasihat pertandingan memasak memandangkan jadi guru media ni menuntut komitmen yang lebih. ohhh ... sedihnya ;(

Thursday, January 19, 2012

Sense of Urgency

apa lak nie?
sense of urgency definition : A sense of urgency is the attitude and process of treating key business or personal matters as if one's life depended on it. It is determination to stay focused on results and deadlines until the task or project is completed.
Significance
Employees, managers and key decision makers who practice a sense of urgency with important projects tend to get things done more quickly, according to Goalsguy.com: Create A Sense Of Urgency!

Benefits
All business and personal goals require hard work and commitment. Those who recognize what is needed to accomplish their goals, stay focused and treat matters urgently tend to excel and accomplish more than others. Having a sense of urgency is also one of the best ways to meet deadlines

Read more: Sense of Urgency Definition eHow.com http://www.ehow.com/facts_5879843_sense-urgency-definition.html#ixzz1jttHbJWe

kenapa tetiba terlintas pasal 'sense of urgency'?
tahun lepas,ada rakan guru edarkan artikel pasal how to create sense of urgency. saya terpikir gak, apasal nak urgent,urgent nie? lepas dah baca, fahamla sikit.tapi setakat faham je la.tak praktikkan sgt pun dalam real life (tu la kan,macam mana la ilmu tu nak kekal)
Dah masuk 3 minggu dah sekolah, saya terfikir kenapa nampak mcm kelam-kabut je saya buat keje? pikir punya pikir, saya rasa sebabnya ialah - tak fokus dan lambat bertindak.
contoh mudah - saya dah ada idea nak buat lawatan sejak bulan disember 2011 lagi, dan cadangnya nak buat bulan feb 2012 tapi tak buat tindakan apa-apa.masuk minggu kedua sekolah,baru nak cari paperwork,nak hantar surat dll.kalau saya letakkan idea tu sebagai sesuatu yg urgent, tentu tak kelam-kabut.

penting ke ada sense of urgency?
pada saya , sense of urgency ni lebih kepada tindakan kita, cepat atau lambat dalam merebut peluang.macam kes lawatan tu, kalau tak anggap sebagai urgent - silap2 tak dapat pegi sebab bulan mac dah ada exam.
tapi bukan semua kerja kita termasuk dlm kategori 'urgent' - kalau semua tu kita anggap segera, silap2 boleh sakit jantung, kalau pekerja di bawah kita, tentu diorg pun resign. kena fokus yang mana betul-betul urgent.

apapun, Do It Right! Do It With Style! Do It Now!

Friday, January 6, 2012

Selepas 3 hari bersekolah....


"What do you expect to achieve this year?"
Banyak yang nak dicapai.dalam kepala ni macam-macam plan ada.bila ditengok balik - setakat ada idea je,tanpa perancangan bertulis, alamat tinggal idea je la.tapi bab-bab nak buat paper work ni, punyala liat.syukurlah tahun nie pihak pentadbir lebih linear dan mudah, tak perlu susah-payah berkertas kerja.

Minggu ni saya jadi guru bertugas mingguan bersama 2 lagi guru.Selepas 3 hari bersekolah....... apa yang saya lihat, ada banyak perubahan yang sedang dan akan berlaku.Mulai tahun ni,semua warga sekolah kena hadir sebelum 7.10pg kerana ada program tertentu sebelum mula waktu rasmi P&P.Waktu P&P pun berubah mengikut hari.Perjumpaan kelab/persatuan pun dah dibuat dalam waktu persekolahan - pada saya sangat baik sebab ikut amalan yang sudah-sudah, bila waktu koku dibuat di luar waktu kelas seperti sebelah petang - boleh bilang berapa yang hadir.

Selepas 3 hari bersekolah... anak-anak pun nampaknya ok.si adik nampak excited nak pegi taska sebab sehari sebelum mula sekolah,saya bawak dia pg taska-just melawat.rupanya dah bercat baru - punyala happy dia - "ibu,cantikla taska, adik seronok nak pegi taska!". si kakak pulak, tahun ni dah masuk darjah 2, dan tahun ni kelasnya di tingkat 1, so ada la problem nak bawak beg troli naik tangga.hari ketiga, saya bagi dia bawak beg galas dan nampaknya ok.

Sebenarnya, selepas 3 hari bersekolah... apa yang saya nampak,kerja saya sebenarnya bertimbun-timbun - tapi saya ada satu tabiat yg plg tak elok - suka bertangguh. Camno nak buat? nak buat kerja , asyik tunggu cik mood datang barula semangat nak buat.Saya tak kisah buat kerja,tambah2 yang memang kita suka, tapi ada gak orang boleh buat hati kering - suka-suka hati nak tolak kerja dia kat saya, depan saya cakap lain, belakang cakap lain.bila mintak tolong dia, on the spot menolak.bila perlu pertolongan orang lain, boleh lak datang jumpa.apa? tak malu ke? (ini boleh mendatangkan marah ni!)

To my beloved hubby - jangan risaukan kami ye, kami ok :)

Monday, January 2, 2012

Jom ke Muzium!





dah penghujung cuti dah kan.pikir-pikir balik,apala aku dah buat sepanjang cuti.rasa banyak lagi benda yg belum buat,tapi bila dipikir balik (berapa kali pikir daaa) sebenarnya dah byk yg dah buat,yg penting dpt bersama family, luangkn masa dgn mak & family mentua.yelah, bila dah start sek, sibuk la kan.sabtu pun kekadang kena pg sekolah,bila nak jenguk orang tua kan? selagi diorang masih ada,saya cuba cari masa utk jenguk2 diorg.kena tunjukkan contoh pd anak2,mcmn sibuk pun kita,sebagai anak mesti jaga hati ibubapanya.
saya ada terjanji dgn anak2 nak bwk diorg pg Muzium Perak,Taiping.bukan jauh pun, balik kpg pun lalu depan muzium.last time saya pg situ masa darjah 5 - punyalah lama.bukan tak nak bawak,tp seingat saya dulu, saya pernah rasa seram sejuk masa masuk muzium tu, tu yg rasa berat sikit nak pg.tapi dah janji, kenala kotakan ye tak.tambah2 bila dah terjanji dgn anak2 - anak x pernah lupa,kita yg selalu lupa dan buat2 lupa.
so , pagi td saya bawak la my two princesses pg muzium.dah sampai, bila masuk nampak mcm lengang, tapi rupanya kat dlm dah ada ramai org.dah lain sangat drpd apa yg saya pernah tgk dulu.dah cantik.anak2 saya pun excited saya kat dalam tu.alhamdulillah, saya dah tunaikan janji,manalah tau kan,bolehle tutup mata rapat (harap2 takde hutang apa2 lagi)
tinggal 2 hr je lagi... JOM KE SEKOLAH!!