Menurut Mr Lepak , Facebook yg ramai peminat dan ramai yg obses dgnnya akan ditamatkan 15 Mac nie. Tokehnya kata - fb dah tak dapat dikawal lagi.
Betul ke nie? Macam tak caye je kan. Takkan la selepas dah dpt keuntungan berbilion, senang je diorg nak tutup? agaknya matlamat diorg dah tercapai kot ?
Kalau betul la fb dah takde, tentu ramai orang akan merana, tentunya akan hilang arah - maklumlah setiap hari akan berjam-jam menghabiskan masa dgn fb sampai leka. Ada anak murid saya yg bijak pandai dlm sc, cerita yg dia pernah tido pkl 3 pg sbb leka dgn fb! Camno tu?Kalau la internet digunakan utk cari maklmt, kan lebih bagus.
Tentu ramai yg akan menangis, meraung2 kesedihan , silap2 ada yg bunuh diri sebab hilang punca bila fb dah takde. Betul, fb nie dah byk sgt pengaruhnya , sampai pakcik makcik kat kampung pun dah ada fb - kira sapa yg takde fb tu macam ketinggalan la. Tu belum cerita pengaruh yg tak elok akibat leka dgn fb.
Apapun, betul ke tak betul ke fb akan dipadam/ditamatkan , sesapa yg byk gambar dlm tu, cepat2 la ambik tindakan , takut kang silap2 dah takde dah gambar2 tu.
Orang dulu2 takde fb pun ok je...
No comments:
Post a Comment