Wednesday, March 6, 2013

Guru tiada masa untuk keluarga?

Ini bukan isu baru - kalau anda sendiri seorang guru - anda setuju atau tidak?
Kalau tanya saya - saya akan jawab - bergantung kepada situasi kerja cikgu tu sendiri. Kalau nasib tak baik (ye ke?) , sekolah tengah kejar status SBT - sudah tentulah sibuk, keje kadangkala sampai ke malam. ada rakan guru (yang sekolahnya dah dapat status SBT) cerita, masa nak dapatkan status tu, meeting pun buat malam - sampai suami dia kata "tak bawak bantal,selimut sekali?". Memang susah - keje macam orang gila - punyala tak cukup masa. Tapi, selepas bersusah-payah tu, apa yg saya lihat (dan pd pandangan saya yang tak seberapa pengalamannya) sekolahnya menjadi sekolah rebutan - mak bapak berebut/berlumba2 nak hantar anak ke sekolah tu (termasukla saya dan suami).Jadi diorang boleh pilih pelajar - hanya yang terbaik sahaja - jadi kurang masalah disiplin, kualiti akan terjamin.

Habis tu- sekolah yang tak kejar status SBT, cikgu2nya tak sibuk ke?
balik kepada bab tiada masa untuk keluarga - saya sendiri pun kadangkala rasa serba salah. kadangkala ada mesyuarat sebelah petang , ataupun masa cuti ada kelas tambahan -
Kita tak boleh banding sistem masa kita sekolah dulu dengan sekarang. zaman kita dulu mana ada FB, twitter dll. Jadi , keje cikgu pun dah berubah mengikut masa - dah lebih kepada online - masuk markah, kena check email,  prepare power point/prezi untuk ngajar , cari bahan dan macam2 lagila.

Sistem orang Malaysia bekerja memang macam ni. masa kursus di shah alam tahun lepas, fasilitator tu dari UK.diorang ni ada sistem bekerja yg pada saya bagus - training hanya dari pukul 8 sampai 5 petang - malam takde.ikut jadual asal,ada slot malam,tp disebabkan mat saleh ni tak nak - sebab waktu malam pd diorang bukan time keje, jd takdela slot malam.pd dia - masa keje-guna sepenuhnya.training mesti jalan on time - tamat pun on time. tryla jugak buat macam tu,tapi belum 100% lagi.saya dah mula kurangkan buat keje di rumah (kekadang x sempat gak).yelah, kalau keje sekolah pun buat kat rumah,habis keje rumah sapa lak nak buat?

jadi pendek ceritanya - pandai-pandaila urus masa.

PBS ooh PBS

2013 - masuk tahun ni, dah tahun kedua terlibat dengan PBS.tahun lepas dengan PBS form 1 KH, tahun ni PBS form 2 lak.
tahun lepas , memang banyak masalah - maklumla benda baru.banyak yang nak kena tau (yang x syok tu sebab melibatkan kena fail - sapa nak?) dah la masa taklimat PBS untuk KH ni dibuat 2011, saya tak terlibat masa tu (cikgu yang pegi taklimat tu pun tak berapa nak faham) dan yang paling best - dapat ajaran sesat (salah tafsir kot) yang dokumen item contoh tu HANYA CONTOH - tak semestinya ikut bulat2.yang kami pun ikut la buat PBS guna DIC yg ada,banyakla kertas yang terbuang. takpela - benda baru nak jalan,dah buat baru nampak masalah. jadi lepas taklimat utk PBS form 2 masa hujung tahun, baru 'clear' sikit. tak susah sebenarnya - susah masa nak sedia item je.bila semua dah ada,ok je.
ada jugak komen-komen tentang PBS ni.saya ada attend meeting PIBG sekolah anak (sek rendah). ada la sorang parent ni (dgn lantangnya) mintak pihak sekolah bagi markah (kira buat exam la) untuk anak2 supaya senang nak tau tahap anak dia. cakap punya cakap - ayat hujung 'saya pun guru'. terpikir gak dalam kepala - masa nak cakap,tak pikir ke? nampak sangat yang dia sebagai cikgu tak betul-betul faham dengan dasar.
kita kena ingat satu benda - didiklah anak mengikut zamannya. zaman kita (parent) memang berorientasikan exam - sapa tak dapat 5A - dia tak pandai.sapa SPM tak dapat straight A ,dikatakan otak tak bijak. sedangkan pandai ni suatu yg subjektif.ada yang pandai akademik, tapi tak 'pandai' dalam sahsiah. apa jadi pada pelajar yang dulu spm berbelas A,berpuluh A? sistem pendidikan kita tak dapat hasilkan pelajar yang cemerlang semua segi.jangan pandai saja, tapi tak tau nak hargai orang lain.yang ni la,bila keje,jadi bos,asyik nak marah orang je.
tapi PBS ni dah sangat lain.peratus akademik dah tinggal sikit, ada dicampur dengan sahsiah, aktiviti kokurikulum. tak perlula tau berapa banyak - semua tu akan dikira oleh sistem - tak siapa tau formulanya. kalau tau- nanti ada lak yang spot - macam cikgu2 dok spot soalan. bila mengajar pun,kita dah kurang stress dengan nak mengejar silibus - sebab nak exam.jadi, boleh pegi lebih detail - contoh : dulu saya tak sempat nak buat amali memasak 2,3 kali.sekarang, boleh buat sebab dah kurang minggu exam - masa lebih panjang,sampai hujung tahun pun boleh.dah tak pening nak pikir aktiviti selepas exam.
apapun, jangan cepat nak marah.yang sibuk sangat nak tau markah anak tu kenapa? kalau dah 'saya pun guru' , tentula boleh tau kemampuan anak. jangan sibuk sangat nak anak cemerlang sampai kita lupa,anak kita tu masih kanak-kanak, jangan sampai anak tak sempat nak kecapi alam kanak2 diorang (bermain dsebagainya). cemerlang bukan hanya diukur dengan markah exam.
p/s : hari ni saya dan rakan guru melawat student yang kehilangan kakaknya akibat kemalangan jalan raya.sedih melihat ibunya - menceritakan bagaimana beliau melihat mayat anaknya yang hancur bahagian perutnya digilis tayar lori treler.