Thursday, January 6, 2011
bukan senang menjadi seorang pendidik!
Anda seorang pendidik? tak kiralah samada anda seorang pendidik di sekolah, di pusat pengajian tinggi, di surau, atau di mana-mana sahaja - pernah tak terfikir, terdetik dalam hati - kenapala aku jadi pendidik (cikgu)? dah le byk keje, kekadang keje yg remeh2 pun kena buat, sampai kekadang rasa mcm nak resign je bila tgk kerenah budak2 dan tuntutan kerja yg tak larat nak buat!
Saya sendiri dulu pun bukan terus jadi cikgu. kerja dgn swasta.tapi disebabkan kerja sampai nak ambik cuti untuk diri sendiri pun susah, saya resign dan jd guru sementara sambil apply kpli. kali kedua mohon baru dapat. saya jd cikgu nie pun agaknya sebab masin mulut mak mendoakan saya supaya jadi cikgu. Mak saya kata-jd cikgula senang - keje senang,sekerat hari je, cuti pun panjang - betul ke keje cikgu nie senang?
selepas dah masuk 9 tahun jd cikgu nie, memang kadang2 terdetik jugak dalam hati - rasa nak resign je.tapi bila pikir2 balik - betapa tak bersyukurnye aku ni! sek yg saya mengajar sekarang nie bukanla teruk sgt pun, cuma beban keje je yg byk.kalau compare dgn keje saya di syrkt swasta sebelum nie - jauh lebih baik sebenarnya.
kenapa rasa mcm nak resign? keje byk? sebenarnya bukan kita sorang je keje byk, org lain pun sama.sebenarnya keje apa pun - memang byk karenahnya. semalam masa balik dr giant, saya dan hubby pelik tgk org mesin rumput kat divider jalan malam2, masa tu dah pukul 9 lebih - tak ke byk keje tu? yang penting, cara kita mengurus. cari cara yg boleh menjimatkan masa.contoh : dah tau kita akan mgjr kemahiran hidup, kita boleh buat nota dan latihan (kira macam modul la) yg lengkap untuk setahun. nota tu pulak , ada isi tempat kosong yg mana berasaskan buku teks. kiranya untuk setahun tu kita cuma pegang modul tu je, tak yah nak pening2 dah. susah sikit masa nak buat, tapi lepas tu memang mudah.
kat bawah nie, saya copy dr satu website untuk renungan kita(Krisna1)
Enam etika seorang pendidik:
1. Mengajarkan dan mempraktikkan etika Islam.
2. Menghiasi wajahnya dengan senyum.
3. Menggunakan kata-kata yang baik dan bijak.
4. Memperingatkan anak didiknya yang melakukan kesalahan.
5. Menjawab pertanyaan anak didiknya.
6. Menjaga kebersihan diri dan pakaiannya.
Syarat-syarat menjadi pendidik sukses:
1. Menguasai bidang pelajaran yang diasuh.
2. Menjadi teladan dalam perkataan dan perbuatan.
3. Mampu mengamalkan apa-apa yang diajarkan.
4. Berperan sebagai pelanjut perjuaran para nabi.
5. Memiliki keluhuran akhlak dan tingkat pendidikan.
6. Saling membantu dengan sesama pendidik.
7. Mengakui suatu kebenaran sebagai hal yang utama.
8. Senantiasa berlaku jujur dalam bertutur.
9. Menghiasai diri dengan sifat sabar dalam setiap hal.
- Muhammad Jameel Zeeno -
jgn jadi macam nie sudah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
betul la cikgu shida bersyukrla dpt jd pendidik,, ramai lg yg lain mintak kpli susah nk dpt,, mcm saya pun cuba bt home tuition utk pengalaman mengajar tp susah skrg nk dpt kpli...
ReplyDelete