Friday, April 29, 2011

Apa jadi kalau takde perancangan?

malam tadi saya tengok behind the scene, persediaan untuk weeding prince william & kate yang akan berlangsung hari ni.tengok diorang punya preparation, berbulan-bulan sebelum weeding dah start buat macam-macam. punyala detail diorang prepare, sampai ke statue pun diorang cuci dan wax balik supaya berkilat.
kredit gambar : http://news.yahoo.com/royal-wedding

setiap apa yang kita nak buat mesti ada perancangan. kalau nak program yang kita rancang tu menjadi, kena la plan betul-betul. kalau dah last minit buat, macam-macam perkara boleh berlaku.tambah-tambah kalau program yang kita nak buat tu adalah satu majlis rasmi. jangan ambil mudah.kesilapan kita merancang mungkin akan turut menjejaskan kerja orang lain . aik! macam bercakap dari pengalaman je ;) adala sikit. bengang pun ada gak.maklumla, tugas saya sebenarnya dah siap. saya dah boleh fokus pada kerja2 pusat sumber yg tak taula bila boleh habis. tengok2, last minute, ada perubahan menyebabkan saya kena betulkan balik kerja saya. letih tau buat keje 2 kali! (bukan 2 kali je, dah lebih kali)tapi takpe, jadikan pengalaman dan pengajaran supaya lain kali saya akan beringat. lagi satu yang saya paling bengang bila attend majlis yang tak ikut aturcara. dalam aturcara tulis program habis pukul sekian,sekian, jadi saya ambik la ralat dalam 1/2 jam - mungkin akan habis 1/2 lebih lambat dr yg dirancang. tapi akhirnya lebih lambat dari tu. apa nak buat? sabo je lah!

Monday, April 25, 2011

Sibuknyaaaa...!

Minggu nie merupakan minggu yang sibuk (atau menyibuk?) bagi warga SMKTM. esok ada program kat dewan sekolah, kalau tak silap program kebudayaan dan muzik - lebih kurang macam tu la.sekolah ni terlibat dengan beberapa pertandingan seperti kompang formasi dan program penutup.
Hari Rabu lak saya dan Mizani akan bawa 8 orang pengawas PSS ke SERATAS untuk program Kemahiran Perpustakaan dan Menghasilkan Fail Tegak (saya sendiri pun kena belajar sama). So esok kena siapkan benda-benda yang nak kena bawak - beberapa buku baru yang belum diproses, serta bahan-bahan untuk hasilkan fail tegak. Program tu berlangsung dari pagi hingga 5 petang. Nasib baik boleh pelajar boleh pakai baju sukan, senang sikit nak buat kerja.
Tapi sebelum Rabu (esok la kena siap), saya nak kena selesaikan print buku program utk Majlis Anugerah Cemerlang Akademik MACA 2010. Sebenarnya dah siap dah jumaat lepas, tapi sebab ada penambahan nama penerima anugerah, kena la betulkan. Nasib baik belum print banyak-banyak.
Hari Jumaat lak - MACA 2010. Semua pelajar akan datang ke sesi pagi. Hari tu tugas saya dah selesai, so boleh la fokus pada acara di dewan.
Tadi, dlm pkl 1 petang, ada meeting sambutan hari guru. Hari guru dianjurkan oleh pengawas sekolah, guru-guru yang terlibat dalam meeting tu hanya bertindak sebagai penasihat je la. Teringat masa zaman sekolah dulu, sambutan hari guru memang grand - maklumla, itula hari kita nak raikan guru kita, kan.
Macamana sibuk sekalipun, jangan la pulak asyik merungut je. dah tugas guru memang luas, selaras dengan tema Hari Guru - Guru Penjana Transpormasi Pendidikan Negara

Saturday, April 23, 2011

Puding ala pizza

nie kira entry tertunda nie.sebenarnya tak tau nak letak nama apa.resepi nie asalnya pakcik yang buat - ada banyak bahan lagi yang dimasukkan dan kalau tak silap ada tiga atau empat layer. saya permudahkan sikit (sebenarnya malas nak ulang banyak kali keluar-masuk oven!)
tak susah pun nak buat, main campak-campak je.macam buat puding roti cuma ada tambahan toping di atas tu je.
Bahan-bahan : (agak-agakla ye)
roti , butter , telur , susu , garam , lada sulah , sayur (ikut suka - brokoli, karot ke,capsicum @ lada benggala, nenas ke) , isi ayam @ tuna, sosej , cheese
First - sapu butter kat dalam bekas pembakar tu, tak nak nanti melekat.susun roti ( saya guna roti sandwich je) ikut tebal mana yang kita nak. dalam mangkuk, pukul sebiji telur (A) , campur sedikit garam, lada sulah, susu (susu cair boleh, susu kotak macam dutch lady pun boleh je). lepas tu tuang la ke dalam roti yang kita dah susun tadi.biarkan sekejap bagi can dia meresap dalam roti. lepas tu bakar dalam oven (guna api bawah) dalam suhu lebih kurang 150C dalam 20 minit (bergantung kpd oven anda ye).dah masak, keluarkan dari oven.
Selesai layer bawah. tabur la isi ayam ke, atau tuna ke. nak sedap lagi , isi ayam tu kira masak dulu sebelum tu (tumis bawang besar dipotong dadu dengan butter, masukkan isi ayam, tambah sos lada hitam - contohla kan).masukkan sekali sosej kalau nak. lepas tu masuk balik dalam oven.kali nie bakar guna api atas - kalau guna api bawah, kang rentung lak layer bawah tadi kan. agak-agak dah masak isi ayam tu, lagi sekali keluarkan.
Selesai 2 layer dah. ok sekarang turn sayur-sayur dan yang sewaktu dengannya. tabur semua sayur tadi, lepas tu masuk balik dalam oven.jangan masak lama sangat. agak-agak ok, keluarkan dari oven.
Tibala ke part terakhir. taburla cheese kesukaan anda.kali nie nak masuk oven lagi sekali pun boleh, tak masuk pun takpe sebab cheese tu akan cair dengan sendirinya.
Makan masa tengah panas-panas tu.Pakcik saya tambah satu benda lagi. dia buat gravy @ kuah (senang cerita) - kuah tu guna sos lada hitam. Yang nie tak wajib le.
Macam tu je la.senang cuma remeh sedikit.
Kalau ada roti yang dah nak expired tu, boleh le try buat kan?

Saturday, April 9, 2011

Merentas Desa SMKTM

basikal nie hadiah untuk cabutan bertuah bagi pelajar Hari Jumaat, 8 April 2011, telah berlangsung acara merentas desa bagi SMKTM. Dan istimewanya lagi, julung-julung kali acara tersebut dilakukan di luar kawasan sekolah dan melalui track (trek) baru, iaitu diadakan di Dewan Bunga Raya, tak jauh dari kawasan sekolah.Semua guru bertungkus-lumus bagi menjayakan acara tersebut. Para pelajar dibahagikan kepada 4 kategori - P1 (pelajar perempuan ting 4 & 5) , P2 (pelajar perempuan ting 3,2&1), L1 dan L2.

Thursday, April 7, 2011

Mesyuarat Jawatankuasa GPM Kelompok Zon Simpang Kali 1/2011

Mesyuarat Jawatankuasa GPM Kelompok Zon Simpang Kali 1/2011
Tempat : PKG Simpang (di SK Matang, Taiping, Perak)
Masa : 2.30 petang

Ini adalah mesyuarat pertama yang saya hadiri melibatkan GPM dari sekolah-sekolah lain sekitar Zon Simpang. Dapatlah bertemu dengan rakan-rakan yang sama kerja macam saya. Menurut pengerusi, En. Megat, tahun ni banyak GPM baru, boleh dikatakan hampir separuh (termasukla saya)

Banyak perkara yang dibincangkan, daripada hal-hal kerja sehinggalah perbincangan masalah-masalah yang dihadapi oleh GPM terutama GPM baru.Bila kita dah dengar masalah orang lain, terasa bersyukur sangat sebab sebenarnya situasi kerja saya sebenarnya senang berbanding rakan-rakan lain. Kerja akan senang jika rakan-rakan guru dan staf-staf di sekolah turut membantu.Yang paling penting, urusan membeli keperluan untuk PSS seperti pembelian buku, untuk keceriaan dan sebagainya. Ada rakan GPM yang menghadapi masalah dengan pentadbiran dalam urusan pembelian bahan-hanya boleh beli buku sahaja, nak beli plastik pembalut pun tak boleh. tak ke pelik tu? habis, macamana nak balut buku? Sebenarnya ada garis panduan untuk GPM membuat pembelian - bahan apa yang boleh , apa yang tak boleh.Peruntukan yang PSS dapat memang banyak, dan perlu diagihkan mengikut keperluan.

Mesyuarat tamat 4.45 petang. ada jamuan di kantin.Then terus pegi ambik si adik. Nasib baik dia tak komplen. Kalau tak dia akan cakap - "Ibu ambik lambat!" Nak kata apa?

Saturday, April 2, 2011

Cari Kerja, Jangan Tunggu Kerja!


sibuk betul sejak dapat keje baru nie.macam2 nak buat.suasana kat sekolah sekarang nie pun memang sibuk.sebelum nie sibuk exam (cikgu sibuk buat soalan, student sibuk jawab soalan). lepas exam, sibuk tanda paper lak.lepas tu sibuk untuk persiapan Majlis Anugerah Cemerlang Akademik lak - tahun nie kena buat buku program (first time kena - takpe, anggap sebagai cabaran,dah orang percaya kita boleh buat).Sekarang dah masuk April-sibuk nak data Nilam,tak buat apa pun lagi sebab data belum cukup.Minggu nie pulak akan ada banyak meeting post portem peperiksaan dalaman dan SPM.Hari nie, Sabtu, ada meeting dgn student yang jadi sidang redaksi untuk buletin.nie first meeting, baru nak buat buletin.Harap-harap menjadila plan nak terbitkan buletin tu.Hari Rabu ada meeting kat PKG lak.Hari Jumaat@Sabtu lak ada merentas desa.Majlis Anugerah Cemerlang Akademik tu lak hujung bulan nie.Pendek kata,semua orang sibuk bulan nie.
Keje banyak ke,sikit ke,kalau kita minat dengan kerja kita, insyaallah tak kan rasa tension,betul tak?