Sunday, May 15, 2011

sambutan hari guru

agak-agak macamanala sambutan hari guru kat sekolah esok? dah banyak tahun saya tak rasa sambutan hari guru yang 'bermakna'.entahla, kekadang rasa boring lak, asyik-asyik benda yang sama setiap tahun - program kat dewan - nyanyi,dengar perutusan,dengar orang lain lak nyanyi,lepas tu last-makan. seingat saya, sambutan hari guru paling best masa saya jadi guru sandaran,mungkin sebab tu first time saya jadi guru kot.masa tu ada banyak aktiviti - games,pelajar buat persembahan.
zaman zaya sekolah dulupun , rasanya hari guru memang hari yang menyeronokkan.memang guru pada hari tu boleh tenangkan fikiran, semua pengawas yang aturkan acara. ini tak, hari guru, cikgu lak yang kena buat macam-macam, nak kena belikan hadiah (untuk guru dari PIBG, cikgu lak kena uruskan untuk balut lak tu!) langsung takde unsur suspen.cikgu lak kena bersusah-payah untuk sambut hari guru-macam syok sendiri la pulak! bukan takde pengawas yang organise, tapi cikgu yang kena buat keje lebih.kalau serah bulat-bulat kat pengawas, silap-silap jadi lain lak.
tahun nie buat sambutan hari guru secara sederhana je.terasa gak dalam hati, apa sebenarnya nilai seorang guru di mata masyarakat sekarang? hari yang sangat istimewa untuk guru pun dah jadi ala kadar je.agaknya sebab pelajar sekarang pandai bukan disebabkan guru kot?

2 comments:

  1. Selamat Hari Guru Cikgu Sidah !!

    ReplyDelete
  2. Selamat…….. hari Guru..!! :-)

    Sebelum sambut majlis, jangan lupa susun kerusi, meja, dewan, jaga dispilin murid….

    Lepas majlis nanti… ingat… susun semula kerusi meja, kemas-kemas dewan, kutip sampah… tutup pintu dewan….

    Selamat Hari Guru !

    ReplyDelete