Saturday, May 28, 2011

Pelangi bentuk bulat


tengahari semalam masa hantar yasmin sekolah, terasa pelik tengok banyak org 'udah mendongak ke langit' (macam skrip usin dlm hantu kak limah), dah tu siap ambik gambar langit lak tu. apa ke hei nye, tengah-tengah hari,matahari tengah terik dok ambik gambar langit. dgn rasa ingin tau, saya pun join sama.rupa-rupanya diorg semua tengah tgk kejadian pelangi yang berbentuk bulat , betul2 keliling matahari - besar dan memang obvious sangat.tapi susah la nak nampak sebab kena tengok direct kat matahari.tapi memang sangat cantik. tapi bila si adik tanya, mcmn boleh jadi mcm tu? saya tak dapat nak jawab sebab saya pun tak sure kenapa. kenapa ek?

1 comment:

  1. Kan ke hari jumaat lepas waktu tengahari dikatakan matahari bebetul di atas bumbung Ka`abah.

    Jadi, itu le fenomena yang berlaku "Pelangi Mengelilingi Matahari". :)

    ReplyDelete