Wednesday, December 7, 2011

Gaji SBPA 2012. Pekeliling Baru Bulan Disember Ini!.Apa Kata Semua Penjawat Awam?

yg nie saya dapat dr fb - berita semasa.emmm... apa pendapat anda?
apapun, dengar dulu, baca dulu dengan teliti, tak faham tanya org yg arif supaya apa-apa keputusan yg diambil tak mendatangkan kekesalan di kemudian hari

Alahai... rajinnya..!



hari ni buat mini choc chip muffin.maklumlah, dok rumah asyik lapar je anak dara 2 orang ni.diorang pun sibuk nak tolong (sebenarnya diorang tunggu part last tu, nak rasa yg dalam mangkuk adunan tu).so bagila diorang tolong yg mudah-mudah.

Sunday, December 4, 2011

Ayam Goreng Berempah



ada banyak version gak buat ayam goreng berempah ni.yg ni saya ambik kat dapur kak ummi tapi alter sikit, ikut tekak family ;)

Bahan:-
5 ketul paha ayam
1 sudu besar rempah kari ayam (saya tuang je ikut suka, anak saya tak tahan pedas jadi saya letak sikit je)
2 sudu besar serbuk ayam @ kiub ayam
1 sudu besar lada sulah
1 sudu besar serbuk cili (yang ni saya tak letak)
sedikit serbuk kunyit
beberapa tangkai daun kari
sedikit gula
garam secukup rasa
tepung jagung secukupnya
minyak masak

Bahan Kisar:-
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
3 inci halia (lagi banyak lagi sedap)
1 inci lengkuas

Cara Memasak:-
Gaulkan ayam dengan semua bahan kecuali minyak.
Perapkan selama setengah jam atau lebih.Lagi lama lagi bagus.
Panaskan minyak (saya goreng dalam periuk sebab nak kena guna banyak minyak dan api jangan terlalu besar). Kemudian masukkan ayam dan goreng hingga masak dan kuning keemasan.
Angkat dan toskan minyak.

Puding Triffle




First time makan ni masa kat rumah saudara, tapi dia buat setiap lapisan tu tebal.memang sedap, tapi laaaamaaa lepas tu baru nak try buat sendiri.selepas beberapa kali eksperimen, barula faham caranya, esp bab nak prepare kastard (lapisan tengah). kekadang terlajak masak jadi pekat sangat.

resepi boleh tengok kat dapur kak ummi, saya banyak jenguk kat sini. tapi satu je, masak ni kekadang bukan hanya bergantung pd resepi semata-mata, kena pandai agak jugak

Wednesday, November 2, 2011

Ikhlas ke bekerja sebagai guru?



ingat lagi ke masa interview dulu, bila ditanya dek tuan penemuduga - mengapa pilih profesion sebagai GURU? apa anda jawab?
- mungkin jawapan :
- minat
- kerjaya yang mulia
- kerjaya keluarga (mak saya cikgu, bapak saya pun cikgu)
- dah takde kerja lain
- bla , bla ,...

bila ditanya - sanggupkah jika ditugaskan ke mana-mana, ke Sabah,Sarawak, ke pedalaman?
- Sanggup
- kat mana pun saya terima, asalkan boleh berbakti kepada negara

tapi selepas dah rasa lama berkhidmat , bila ditanya - boleh tak saya mintak tolong cikgu untuk bantu saya urus bla, bla ...
- ooiih! tak boleh. saya dah buat bahagian saya, cari cikgu lain la (walaupun
sebenarnya bahagian yg dibuat tu pun tak habis, orang lain lak kena betulkan)
- saya ada banyak kerja lagi, budak-budak nak SPM (macamla orang lain takde keje,
macamla saya ni datang sekolah melepak je)

kenapa boleh jadi macam tu? kalau rasa dah tak boleh nak tolong sesama rakan, dah tak boleh nak menyumbang khidmat dan bantuan, apalah gunanya.

ikhlas ke buat kerja selama nie?

kalau rasa kerja kita (tak kisahlah apapun profesion kita - guru ke , doktor ke , hatta penoreh getah sekalipun) tak mendatangkan keseronokan/kepuasan (dah tak rasa keseronokan bekerja) , tu tanda kena cepat2 mohon pencen awal - kalau tak buat tambah dosa je, yelah , dah tak ikhlas bekerja

banyak mana pun kerja kita, kalau kita ikhlas, takkan rasa terbeban, betul tak?

Monday, October 31, 2011

Pelancaran Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M) 2011

Minggu ini merupakan minggu Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M) .
Alhamdulillah , majlis pelancaran secara ringkas telah dapat dijalankan semasa perhimpunan mingguan. Selepas perasmian oleh tuan pengetua, Nur Illiana daripada kelas 3T1 telah membacakan sebuah sajak bertajuk 1 Malaysia. Kemudian program 10 minit Jom Baca dijalankan dimana semua pelajar serta guru sama-sama membaca di tempat perhimpunan selama 10 minit. Majlis diakhiri dengan nyanyian 2 buah lagu iaitu Membaca Gaya Wawasan dan 1 Malaysia.

Pelbagai program telah diatur sepanjang minggu ini dan kebanyakannya melibatkan pelajar Tingkatan 3.

Diharapkan program sebegini dapat dijalankan dengan lebih meriah pada tahun hadapan.

Wednesday, October 26, 2011

Selagi tak pencen....

maaf la dah lama tak tulis apa2 entry.sibuk sesangat akhir-akhir nie.tambah lak dah dekat habis tahun, lagi banyak program, laporan nak kena buat.tu la kan, selagi tak pencen, kerja takkan habis.
sekarang nie, kat PSS saya dok sibuk buat pelupusan dan check buku-buku yg perlu dibaik pulih.sambil tu cuba buat susun atur yg baru.punya la leka buat yg tu sampai saya tak check yg sijil anugerah NILAM tak cari lagi - tengok2 takde.kelam-kabut order, dah la tak dapat lagi, nanti kena taip nama, dan yg paling penting nak kena bos dan PPD sain sijil.silap saya gak, tak tengok takwim yg GPM sebelum nie buat.
takpelah, saya cuba gak cari cara untuk siapkan
kerja,oh kerja ;)

Monday, October 3, 2011

Apam Pelangi - belajar daripada pengalaman

dan beberapa kali saya try buat apam, tapi asyik tak menjadi je.bila masuk bab-bab kukus, memang saya tak reti.tapi hari tu, lepas Nurul bawak apam dot-dot yg dia buat, saya pun ambik le resepi serta tips utk buat.dengan semangat berkobar-kobar, saya pun try la buat.saya try buat apam pelangi - cedok resepi dari rumah kak ummi. tapi,saya lupa belajar drpd pengalaman lepas-lepas, masa kukus, tak cover loyang dgn aluminium foil-jadi hasilnya macam kat bawah


yg kat atas nie jadi macam tu sebab tak cover dgn aluminium foil masa kukus - masuk air
yg kiri , tutup dgn aluminium foil, yg kanan tak. ada beza kan?

Thursday, September 29, 2011

Kasihnya Ibu....



Kasihnya Ibu Berkorban Nyawa..
Ini adalah kisah benar tentang pengorbanan seorang ibu ketika gempa bumi melanda Jepun. Ketika gempa bumi telah reda, sewaktu pasukan penyelamat tiba di sebuah rumah yang telah musnah milik seorang wanita muda, mereka terlihat sekujur badan dicelah-celah runtuhan tersebut. Kedudukan bentuk badannya agak pelik seolah-olah dia sedang melutut (seperti orang yg sedang bersembahyang/berdoa), dengan badannye menunduk ke hadapan dan kedua-dua tangannya seperti diampu sesuatu objek. Runtuhan rumah tersebut telah terkena pada bahagian belakang dan kepalanya.Ketua pasukan penyelamat dengan bersungguh-sungguh cuba untuk mencapai wanita tersebut melalui celahan runtuhan tersebut dengan harapan wanita tersebut masih hidup. Namun begitu, keadaan badan wanita tersebut yg sejuk dan kaku menunjukkan yang dia sudah tiada lagi. Pasukan penyelamat lantas terus meninggalkan rumah wanita tersebut.
Tiba-tiba, ketua pasukan penyelamat merasakan seperti ade sesuatu yang tidak kena, lalu berpatah balik ke rumah tersebut. Dia telah berlutut sekali lagi dan cuba mncapai sedaya upayanya dicelah runtuhan untuk mencapai sedikit ruang kosong di bawah mayat wanita tersebut. Tiba-tiba, dia menjerit, “ada bayi, ada bayi disini!!” Lantas seluruh pasukan penyelamat bekerjasama mengalihakn sisa runtuhan disekeliling mayat wanita tersebut. Ape yang mereka lihat ada seorang bayi lelaki yang berusia 3bulan yang berbalut deangan selimut di dalam pelukan wanita tersebut. Ternyata wanita tersebut telah terkorban ketika melindungi bayinya. Ketika gempa bumi berlaku, dia telah menggunakan tubuhnya sebagai perisai pelindung bagi bayinya. Bayi tersebut masih nyenyak tidur ketika ketua pasukan penyelamat mengangkatnya keluar dari celah runtuhan.
Doktor dengan pantas memeriksa keadaan bayi lelaki tersebut dan ketika doctor membuka balutan selimut bayi itu, dia terjumpa sebuah telefon bimbit dan terpampang di skrin telefon tersebut sepotong pesanan bertaip “SEKIRANYA KAMU SELAMAT, INGATLAH BAHAWA IBU MENYAYANGIMU..” Pesanan ini telah dibaca oleh semua orang yang berada di situ, dan mereka semua menangis dan tersentuh.
“SEKIRANYA KAMU SELAMAT, INGATLAH BAHAWA IBU MENYAYANGIMU..”
Begitu besarnya kasih sayang seorang Ibu...!!
Jangan lupa untuk berkongsi kisah ini ye sahabat2...
By: Dominique Padua Balaba
Diterjemah : FittoFittSee More
By: Pilihan Humaira- Online Store
Sumber : facebook

Wednesday, September 21, 2011

pentingnya tandatangan

hari ni saya pegi bank untuk tukar kad ATM sebab rosak.bila dah jumpa dgn pegawai kat situ, katanya kad mungkin tak rosak, hanya di'block' sebab saya dah lama tak update buku penyata bank (lama gak, sejak 2009) so, lepas update buku, try balik kad ATM tu, ternyata kad tak rosak dan masih boleh guna.

selesai masalah. tapi timbul lak masalah lain. masa update, buku penyata dah habis cetak, so kena la buat buku baru. nak buat baru, kena tandatangan borang.bila pegawai tu tengok, dia kata tandatangan tak sama dengan dalam buku penyata! alamak! saya sendiri pun tak perasan rupanya saya dah tak ingat tandatangan yang lama.yg sekarang, saya buat initial je,tandatangan pendek (ye la, kehadiran kat sekolah kan kena tandatangan, jadi nak cepat, buat initial je la.lama-lama terbiasa macam tu.)
pegawai tu pun mintak saya tunggu kejap sebab nak minta bank asal fax data.saya sendiri pun dah lupa yg saya dulu buka akaun di cawangan Bangi.kalau lupa tandatangan asal, kena pegi ke bank asal.takkan la nak ke Bangi semata-mata sebab tu!
lepas hampir setengah jam tunggu, pegawai tu panggil saya semula, katanya lambat lagi nak dapat fax tu, jadi dia minta saya try practice balik tandatangan lama tu. try punya try, last-last dapat gak buat tandatangan yg hampir serupa. baru la settle hal kat bank.

mana tak lupa, saya bukak akaun masa tahun 1997.
lain kali jangan suka-suka tukar tandatangan, memang menyusahkan nanti ;)

Monday, September 12, 2011

Dah bertambah setahun lagi umurku....

rasa macam baru je celebrate birthday (takla celebrate sakan) tahun nie, dah bertambah setahun lagi.
nie, doa hari lahir yg saya c&p dari http://rafikasastras.blogspot.com/2008/06/doa-hari-lahir_24.html
semoga diperkenankan olehNya.... Amin

Terima kasih Ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezki yang Engkau kurniakan. Terima kasih untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan.Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku...dan terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu.

Engkau tetap menerima walau terkadang aku alpa, aku lupa, aku tersilap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besar kasihMu...Engkau tetap melindungi aku walaupun terkadang aku kalut merungut ketika saat-saat lemahku datang.Aku tidak pernah menafikan hakMu sebagai Khaliq walaupun terkadang aku terbuai dengan kesedihan dan kesakitan yang amat pedih.

Ampunkan aku Ya Allah pabila aku merintih nasibku di hadapanMu. Kalau bukan kepadaMu, kepada siapa lagi harus ku mengadu? Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini Ya Allah...namun aku hanyalah hambaMu yg dhaif dan lemah. Adakalanya aku kurang kesabaran. Ada masanya aku goyah keimanan. Ada masanya aku hampir terikut bisikan syaitan. Namun dengan limpahan kasih sayangMu, Engkau menarikku kembali jauh daripada kesesatan.

Dalam usia begini...aku ingin menjadi lebih dekat padaMu Ya Rahman. Dalam usia yang makin jauh ini...aku ingin lebih merinduiMu Ya Rahiim. Dalam usia meniti senja ini...aku ingin sekali menyambut panggilan KaabahMu Ya Al Malik.Dalam usia ubanan ini yang ku inginkan hanyalah ketenangan, kekusyukan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih pada yang sudi.

Ya Muhaimin...pimpinlah tangan hambaMu ini...pimpinlah hati hambaMu ini...pimpinlah langkah hambaMu ini akan sentiasa berpijak di atas jalan kebenaran. Ya Al Quddus... sebagai hambaMu yang hina dina, aku takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah aku... bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meniti titian siratulmustakimMu dengan tenang dan mudah tanpa cela.

Ya Al Hakiim...berikanlah ilham kepadaku agar aku mampu terus berkarya Agar aku terus mampu memberikan sedikit ikhtibar dan dakwah dengan caraku. Hulurkan kepadaku bijaksana agar aku mampu terus memacu kalam keinsanan sehingga tiba masanya Engkau menjemputku pergi.

Terima kasih Ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku. Engkaulah Ya Maha Besar... peliharalah aku si yatim piatu ini agar terus berpegang teguh pada taliMu.

Terimalah permohonan hambaMu yang sedang bermusafir di bumiMu ini Ya Al Mudzill.

Amin Ya Rabbul Alamin

Saturday, August 27, 2011

Apa nilai RM0.50 kepada anda?

RM0.50? bukan RM50.
Apa boleh anda buat dengan nilai 50sen tu?
boleh beli kuih.boleh beli air kat kantin.tapi kalau beli kuih pun, berapa boleh dapat dengan 50sen? kuih pun dah 3 singgit.silap2 beli kuih dapat 1,2 je.
nak beli top up untuk phone? buat gelak dek tokeh kedai je.
kenapa saya asyik tanya pasal tu?
2 hari lepas, redaksi buletin dah hasilkan buletin edisi 3 aidilfitri.tapi disebabkan masalah teknikal (masalah dengan kedai photostat yang lambat buat dan tetiba je harga kos dah jadi double - kata tokehnya - yang 2 edisi dulu dia salah kira - so, salah saya ke? ) jualan buletin tak berapa lancar. sesi petang jual hari khamis, sesi pagi hari jumaat , tu pun tak dapat jual kepada pelajar pagi sebab AJK sibuk lak pagi tu. so saya letak kat bilik guru - kira self service la, ada bekas untuk isi duit.malangnya ada sorang je yang beli.agaknya semua sibuk nak balik raya....
sebelum tu pelajar saya pegi sendiri jual kat guru-guru, tapi diorang tengok dan kata tak nak. dulu ada gak yang kata, saya dah baca dah yang cikgu lain punya, jadi saya tak nak beli.saya bukan nak diorang beli semua, satu je, 50sen untuk hargai penat lelah pelajar (penat lelah saya takpela kalau tak nak hargai) macamana nak semai budaya membaca kalau 50sen pun susah nak keluar? tapi rasa kalau bagi free, tentu ambik punya. tujuan asal saya hasilkan buletin nie bukan nak mengaut untung banyak sampai juta-juta, untung tu pun balik kepada pelajar bila beli hadiah untuk kuiz yang pelajar sertai dalam buletin tu.kalau takde beli, camno nak ada duit beli hadiah? photostat 127 keping pun tak habis semua.
sama gak dengan baca surat khabar.nak je saya charge sapa yang nak baca, bayar. kenapa? dah la tak nyempat-nyempat nak baca, lepas baca tinggal je kat mana dia baca, bukan nak letak balik.
entahla, banyak la cabaran kali nie, nak menduga saya dan pelajar saya di bulan puasa nih. orang kata (rasanya) kalau Allah uji, tu maknanya Dia sayang kat kita lebih.
Ya Allah, ampunkanlah dosaku kalau pendapat/luahan hatiku ini tak betul.

Friday, August 19, 2011

video

Wednesday, August 17, 2011

Pemenang bagi Kuiz Sudoku For Pro Buletin Menteri Edisi 2 Ogos 2011

Berikut adalah keputusan pemenang bagi kuiz Sudoku yang telah disiarkan dalam Buletin Menteri Edisi 2 Ogos 2011 baru-baru ini.
Sesi pagi : Shalini (5Sc1)
Sesi petang : Lim Swee Jet (2T1)

Masing-masing menerima hadiah seutas jam tangan

Tahniah di ucapkan kepada pemenang.

yang nie untuk Shalini

yang ni pulak untuk Lim Swee Jet

cantik tak?

Harap-harap selepas ni, sambutan akan lebih menggalakkan dan warga SMKTM akan lebih berminat membeli Buletin Menteri dan menyertai kuiz di dalamnya.
p/s : semalam saya nampak salah seorang penerima hadiah tersebut memakai jam yang diterimanya ;) ;)


si adik bergaya dengan jam baru (pertama kali dapat jam, tido pun pakai jam!)
si kakak dan adik pun dapat gak jam (sebab diorang ikut masa saya beli jam tu kat kedai jam)

Friday, August 12, 2011

Kisah Benar : "Abang,tunggu mak di syurga ya".

Kisah Benar : "Abang,tunggu mak di syurga ya".
by Blog Teh Secawan on Friday, August 12, 2011 at 12:00am

Mak pandang jenazah abang yang terbaring kaku. Walaupun muka sembap, perut membusung, namun mak nampak ketenangan pada wajah abang.

Mak ambil pisau. Mak potong baju-T yang tersarung pada tubuh abang, baju terkahir yang abang pakai, Mak terpaksa potong kerana kerana baju itu tidak muat untuk melalui perut abang yang 'buncit'.

Tapi, mak akan simpan baju itu. Mak tak cuci, sesekali boleh mak cium baju itu, sekadar pengubat rindu di hati. Kemudian abah kendong tubuh abang ke pangkin yang telah disediakan. Lalu abah dan mak mendikan jenazah abang. Hanya kami berdua. Mak tak mahu orang lain. Biar tangan abah dan mak yang menjiruskanair buat kali terakhir pada tubuh kecil abang.

Mak nampak anak mata abah, berkaca-kaca, setitis dua air matanya tumpah, mengalir di pipi, tapi cepat-cepat abah sapu dengan lengan sasanya.

"Bang, jangan menangis. Kita selesaikan hingga ke titisan terkahir," begitulah kata mak pada abah.

Setelah abang dimandikan, mak bantu abah kapankan jenazah abang. Pun hanya kami berdua juga. biar tangan kami saja yang memakai dan membalutkan kain terakhir pada tubuh abang.

"Kakak, jangan menangis. tak baik buat abang macam tu!"

Itu pesan mak semasa kakak-kakak mahu mengucup dahi abang buat kali terakhir. Abah pula selepas mengucup dahi abang, cepat-cepat abah menjauh memalingkan muka.

Mak nampak air mata abah berjuntaian membasahi pipi. Dan buat kali terakhir itu juga, mak usap dahi abang. Mak senyum, lantas kucup dahi abang.

Mak bisikkan: "Abang tunggu mak di syurga ya!"

Akhirnya, wajah abang 'ditutup'. Kami sembahyangkan abang buat kali terakhir. Ramai betul jemaah yang turut serta. Setelah itu, kami bawa abang ke tanah perkuburan.

Abah masuk ke dalam liang lahad untuk menyambut jenazah abang. Alhamdulillah, semua kerja dipermudahkan. Abang sudah selamat di sana.

Bertubi-tubi mak terima ucapan takziah daripada tetamu yang datang. Abang nak tahu, ada satu soalan yang mereka tanyakan pada mak.

Soalan itu asyik terngiang-ngiang di telinga mak. Tanya mereka: "Kakak uruskan jenazah anak kandung sendiri, tapi setitis air mata tak jatuh ke pipi? Kenapa kakak tidak menangis?" Itulah soalan mereka.

Mereka hairan kenapa mak tidak menangis, sebaliknya bibir mak tidak lekang dengan senyuman. Kenapa mak masih mampu tersenyum di saat memangku sekujur tubuh yang pernah berada dalam rahim mak dulu?

Petang itu, mak duduk di satu sudut di ruang tamu rumah. Mak terfikir tentang soalan mereka itu. Mak tak tahu nak jawab macam mana. Kemudian, mak nampak sebuah diari di atas para di sudut ruang tamu.

Lantas mak capai diari kecil itu. Di dalamnya tercatat peristiwa yang berlaku sepanjang empat tahun dua bulan mak membesarkan abang.

Mak selak helaian demi helaian paparan kertas dalam diari yang sedikit usang itu. Aduh! Banyak sungguh memori yang tercatat di dalamnya.

Membacanya bagaikan meruntun jiwa mak kembali mengenangkan perjalanan derita abang sejak lahir hingga menghembuskan nafas terakhir.

Mata mak terpaku pada catatan peristiwa lebih kurang tiga bulan sebelum abang pergi. Mak rasa, di sinilah terkandung jawapan yang mak cari-cari.

Jawapan untuk soalan yang mereka tanya kenapa mak tidak menangis? Mak akan bacakan sedikit rentetan diari ini supaya mereka tahu kenapa mak tidak menangis, sayang.

Januari 2011- Perut abang semakin membusung kerana hati membengkak. kata doktor, semua organ dalaman abang sudah rosak,sudah 'reput'. Tak boleh diselamatkan lagi. Tidak mengapa. Hati mak berkata, cukuplah! Tidak akan ada lagi pembedahan untuk abang.

26 Februari 2011- Hari ini ulang tahun ke-4 abang. Dua hari sebelum itu, mak tanya, abang nak kek apa? Abang jawab, nak kek lori sampah!

Hah Hah.. Tergelak mak.Abang suka sangat melihat lori sampah yang lalu setiap pagi depan rumah. Sebab itu abang nak kek bentuk lori sampah,

Puas mak dan abah melilau sekitar Kuala Lumpur, tapi tak jumpa kek macam tu. Tak ada yang sanggup buat kek macam yang abang minta.

Mak kecewa! Selama ini, mak tunaikan apa saja permintaan abang, tapi kali ini mak gagal. Mak belikan kek coklat strawberi sebagai pengganti.

Dengan perut membusung, dada berombak kerana sukar bernafas, abang masih tersenyum dan nampak ceria melayan rakan-rakan yang datang, sama-sama menyanyikan lagu hari jadi abang. Dan ketika itu, hati mak sudah terdetik, mungkin ini hari jadi abang yang terakhir.

7 Mac 2011- Keadaan abang makin kritikal. Perut abang semakin besar. Abang tak mampu nak bergerak, lebih banyak terbaring dan asyik sesak nafas. Mak tak tahan lihat keadaan abang.

Mak bawa abang ke IJN, rumah 'kedua' abang sepanjang tempoh hayat abang. Kata doktor, tiada apa yang boleh dilakukan lagi.

Abang hanya menanti waktu. mak angguk perlahan. Mak redha. Dalam hati mak juga sudah berkata, masa abang tidak lama lagi.

Para ibu di wad tersebut asyik bertanya pada mak, macam mana dengan abang? Mak jawab: "InsyaAllah, abang akan sihat!"

Mak terpaksa cakap begitu pada mereka, sebab mak tak mahumereka semua lemah semangat jika mereka tahu abang sudah tiada harapan lagi.

Mereka pun sama, masing-masing bertarung dengan ujian apabila anak yang dikasihi ditimpa penyakit. jadi biarlah jawapan yang mak beri itu kedengaran manis pada telinga mereka. Pahitnya, biarlah mak sendiri telan.

13 Mac 2011- Hari Ahad. Mak pinta kebenaran doktor untuk bawa abang pulang kerumah . Doktor izinkan. Biarlah abang habiskan waktu-waktu terakhir bersama keluarga. Dan di saat-saat akhir ini, mak mahu tunaikan apa saja permintaan abang.

Di rumah, setiap hari mak akan tanya: "Abang nak apa harini?"

Mak masih ingat pada suatu pagi, abang menjawab: "Mak, abang nak naik kereta bomba!"

Mak termenung dengar permintaan abang. Bila abah pulang ke rumah, terus mak ajak abah keluar. Abah tanya pergi mana? Mak jawab: "Balai bomba!"

Sampai di situ, mak minta izin pegawai bomba. Mak kata, abang teringin nak merasa naik ke dalam trak bomba. Pegawai itu garu-garu kepala, kemudiannya menggeleng-gelengkan kepala.

Belum sempat pegawai bomba itu menjawab, lantas mak tarik baju abang ke paras dada. Separuh berbisik, mak beritahu pegawai itu: "Encik, ini anak bongsu saya dan hanya menanti masa untuk 'pergi'! Benarkan saya tunaikan impian terakhirnya ini!"

Bila lihat perut abang yang buncit dan dada dipenuhi kesan parut dan jahitan, pegawai itu tak tunggu lama. Terus diacapainya kunci, dibuka pintu salah satu trak bomba itu.

Dia dukung abang, letakkan ke atas tempat duduk bahagian pemandu. Abang nampak gembiru sangat biarpun cuma 15 minit abang di dalam trak itu. Abang tak perasan, mak palingkan muka lima saat. Sekadar mahu mengelap titisan air mata yang mula bertakung.

Hari lain, mak tanya lagi: "Abang nak apa?"

Abang jawab: "Abang nak naik lori sampah!"

Mak dukung abang, tunggu depan rumah. Bila lori sampah lalu pagi itu menjalankan rutinnya mengutip sampah, Mak tahan lori itu.

"Encik, anak saya teringin naik lori ni. Boleh izinkan sebentar?"

Pekerja itu tertawa mendengar kata-kata mak. Kemudian, mak angkat baju abang dan beritahu perkara sama. Berubah mimik wajah mereka.

Segera mereka angkat abang, letakkan di tempat duduk pemandu. Ada antara pekerja itu yang memalingkan muka, tak sangup lihat abang lama-lama. Sedih agaknya.

Begitulah seterusnya. Setiap hari, mak akan tanya pertanyaan yang sama. Abang kalau nak tengok gajah, mak bawa abang pergi zoo. Walaupun abang tak larat jalan, tak apa. Mak dan abah tidak kisah, kami silih berganti dukung abang.

Abang kata nak tengok burung, mak bawa ke taman burung. Abang kata nak main permainan robot, mak bawa ke kompleks beli-belah yang ada permainan seperti itu. Ke mana saja abang nak peri,semuanya mak tunaikan!

Setiap hari juga mak tanya abang nak makan apa. Macam-macam abang teringin nak makan. Martabak, nasi paprik, milo ais, cendol, air tebu, air bandung, rojak dan macam-macam lagi, semuanya mak tunaikanwalaupun makanan itu abang pinta pada pukul 3.00 pagi!

Apa saja yang teringin oleh tekak abang, semua mak cari walaupun abang sekadar menjamahnya sesudu dua. Apa saja abang pinta, kami tunaikan.

Mak tahu, mak faham, masa abang bersama mak dan abah semakin suntuk!

27 Mac 2011- Abang semakin kritikal! Nak bercakap pun terlalu lemah, apatah lagi untuk bergerak. Mata kuyu, hanya terbaringsambil memeluk Aina, anak patung kesayangan abang. Mak ajak abah bawa abang ke hospital.

"Kali ini kita bawa abang ke IJN, tapi kita mungkin akan keluar dengan tubuh abang yang sudah tidak bernafas!"

Itu kata-kata mak pada abah sebelum bertolak ke IJN. Mak mahu abah bersedia dan redha jika apa-apa berlaku. Sampai di IJN, abang terus ditempatkan di wad khas untuk pesakit kritikal.

5 April 2011- Mak telefon sekolah asrama kakak yang sulung di Seremban. Mak minta pelepasan daripada cikgu untuk benarkan kakak pulang.

"Adik tenat. Saya mahu kakak-kakaknya berada di sampingnya pada saat terakhir!"

Itu kata-kata mak pada cikgu dan akak diizinkan pulang pada hari ini. Kemudian, Dr. Adura. , doktor yang sinonim merawat abang datang melawat.

Mak memang rajin bercerita dengan Dr. Adura. Kebetulan mak ceritakan yang mak terkilan tak dapat tunaikan permintaan abang mahukan kek berbentuk lori sampah.

7 April 2011- Pagi ini Dr. Adura datang melawat abang. Kemudian Dr. Adura beritahu ada surprise untuk abang tengah hari ini.

Rupa-rupanya, tengah hari itu datang tetamu yang juga rakan-rakan alam maya Dr. Adura membawa kek lori yang abang mahukan sebelum ini.

Ada dua kek mereka bawa. Mak tak sanka, Dr Adura tulis di dalam blognya kisah abang dan ramai yang mahu menyediakan kek yang abang pinta.

Sekali lagi, para tetamu bersama jururawat dan doktor menyanyikan lagu selamat ulang tahun untuk abang. Tapi abang kurang ceria, wajah abang tampak letih dan nafas abang turun naik.

8 April 2011- Tengah hari ini, masih ada lagi tetamu datang membawa kek berbentuk lori warna pink untuk abang. Tapi abang sekadar lemah. Abang sekadar terbaringmerenung kek itu.

Malam itu, semasa jururawat mengambil tekanan darah abang, bacaanya meningkat naik. Tapi hati mak dapat rasakan abang sekadar mahu meredakan keresahan hati mak. Malam itu, hanya mak berdua dengan abang di dalam bilik.

Mak pandang sayu wajah abang yang semakin lesu dan pucat. Mak duduk di sebelah abang, mak peluk dan usap rambut abang. Mak menangis teresak-esak bagai anak kecil.

Dalam tangis itu, mak katakan pada abang: "Mak tahu abang nak senangkan hati mak. Abang tak perlu buat macam tu. Mak tahu abang nak pergi.

"Jangan tahan-tahan abang. Pergilah. Mak sudah sedia. Mak redha segalanya. Mak puas dapat sempurnakan apa saja hajat yang abang pinta. Mak juga bangga kerana Allah hadirkan abang dalam hidup mak walaupun seketika!"

Abang hanya diam, memandang mak dengan pandangan lesu. Dan ketika itu mak menangis sepuas-puasnya. Dan mak berjanji tidak akan menangis lagi selepas itu! Ya, mak tidak akan menangis lagi biarpun abang sudah tiada lagi di dunia

Abang pada tahun 2007.

9 April 2011- Pagi itu mak pesan pada abah agar bawa semua anak-anak datang ke hospital. Masa abang dah dekat sangat. Mak lihat abang dah kritikal. Wajah abang sudah tampak biru, lebam! Dada berombak, tercungap-cungap menarik nafas.

Abang dah tak mampu bercakap lagi sejak malam tadi. Makan minum pun tak mahu. Pakul 8.00 pagi, abah dan kakak sampai.

Mak suruh kak long bacakan Yaasin di sebelah abang. Mak suruh abah baca juga, tapi bacaan abah tersekat-sekat kerana cuba menahan tangisnya.

Pukul 3.00 petang, abang makin lesu. Lantas mak ajak abang keluar berjalan-jalan.

"Abang, nak tengok matahari tak? Jom kita turun kantin minum sambil tengok matahari!"

Abang hanya mengangguk lemah. Mak dukung abang dan kita satu keluarga turun ke kantin. Abang mahu minum air coklat. Tapi abang hanya minum seteguk. Kemudian, abang lentukkan kepala pada bahu mak.

"Abang, tu tengok kat luar tu? nampak taj sinar matahari tu? Cantikkan?"

Mak tunjuk pada abang sinar matahari yang kelihatan di celah-celah rintik hujan yang turun waktu itu.

Abang angkat kepala melihat ke arah matahari itu. kemudian, abang menguap.

"Abang ngantuk!" Itu kata abang dan kemudian abang terlentuk semula pada bahu mak.

Tiba-tiba jantung mak berdegup kencang.

"Bang, jom naik. Abang nak 'tidur'! Mak terus ajak abah dan kakak naik semula ke wad walaupun mereka belum sempat jamah makanan di atas meja."

Mak tahu, masa abang sudah hampir tiba!

Sampai di wad, mak baringkan abang atas katil. Dan abang terus merintih dalam nada yang lemah: "Makkk..sakit perut..!"

Dan abang terus memanggil: "Makkkkk!". Suara abang perlahan dan amat sayu bunyinya. Lantas mak letak tapak tangan mak atas dahi abang.

"Abang, hari ini, waktu ini, mak redhakan abang pergi. Mak halalkan segala makan minum abang. Mak halalkan air susu mak untuk abang. Pergilah abang. Mak izinkan abang pergi!"

Mak ucapkan kata-kata itu sambil merenung jauh ke dalammata abang yang semakin kuyu. Saat abang sedang nazak itu, mak panggil kakak-kakak agar mengucup abang selagi abang masih bernafas. Mereka kucup pipi abang bertalu-talu dan mula meraung dan menangis.

"Kakak! kalau kamu semua nak menangis, keluar dari bilik ini. Mak tak mahu abang dengar kamu menangis! Jangan seksa abang dengan tangisan kamu!"

Mak marah mereka buat begitu pada abang. Mak tak mahu abang lihat kami menangisi pemergian abang. Mak tahu, abang akan jadi lebih sedih dan berat hati untuk pergi bila melihat kami menangis di saat akhir sakaratulmaut menjemput abang.

Mak tak mahu tambahkan lagi kesedihan abang untuk meninggalkan kami. Abah pula hanya berdiri di penjuru bilik, meraup wajah menahan suara tangisannya.

Jururawat yang ada dalam bilik juga menangis, mak suruh jururawat keluar dan tutup tirai bilik itu. Mak tak mahu orang luar lihat. Mak tak mahu ada orang menangis di saat abang akan pergi. Setitis dua mengalir juga air mata mak. Tapi mak masih mampu tersenyum.

"Pergilah abang. Mak izinkan. Mak izinkan.. pergilah..!" Dan perlahan-lahan mata abang yang layu tertutup rapat, genggaman tangan abang pada jari mak semakin lemah dan akhirnya terlepas...

Pukul 3.50 petang, akhirnya abang meninggalkan dunia fana ini. Innalillah... Mak kucup dahi abang. Mak bisikkan di telinga abang: "Tenanglah abang di sana. Suatu hari nanti, mak juga pasti akan turuti jejak abang. Abang... tunggu mak di sana
ya! Di syurga!"

Abang, sekarang mak dah dapat jawapanyya. Mengapa mak tidak menangis?

Pertama, abang telah di takdirkan menjadi ahli syurga yang akan membantu mak di sanananti.

Kedua, apa saja keinginan abang semasa hayat abang telah mak tunaikan. Tiada lagi rasa terkilan di hati mak.

Ketiga, segala hutang sebagai seorang ibu telah mak langsaikan semasa hayat abang. Mak telah sunatkan dan buat akikah untuk abang.

Keempat, mak telah menjalankan tanggungjawab sepenuhnya, sentiasa berada di sisi abang dan menggembirakan abang setiap saat dan waktu.

Kelima, mak rasa istimewa dipilih Allah untuk mendapat anak seperti abang. Mak jadi 'kaya' dengan kehadiran abang. Kaya kesabaran, kaya tawadhuk, kaya keredhaan , kaya keimanan, kaya kawan, kaya ilmu, dan kaya pengetahuan.

Mak telah beri segalan-galanya melebihi 100% untuk abang. Mak telah beri yang terbaik dan mak telah berusaha hingga ke garisan penamat. Sebab itu mak tak perlu menangis lagi.

Abang.. biarpun kini hidup mak dan abah terasa sunyi dan kosong tanpa abang tapi... mak akan sentiasa tersenyum mengenangkan saat-saat terindah kehadiran abang dalam hidup kami biarpun cuma sebentar.

Abang dalam kisah ini adalah adik Iqbal Fahreen Hamdan, anak bongsu daripada limaberadik. Abang masuk hospital seawal usia dua minggu akibat menghidapi lima jenis kompilasi jantung termasuklah kekurangan injap, jantung berlubang dan saluran sempit. Abang telah menjalani pelbagai siri pembedahan seawal usia dua bulan dan ada antara pembedahan seawal usai dua bulan dan ada antara pembedahannya gagal, malah abang pernah disahkan 'mati' apabila jantungnya berhenti berdenyut. Walaupun pada awalnya doktor mengjangkakan hayat abang tidka lama selepas lahir ke dunia, namun ternyata anak kecil ini mampu bertahan sehingga usia empat tahun untuk meninggalkan kenangan terindah dalam hidup Jamilah (ibu) dan Hamdan (bapa)
(p/s : menitik-nitik air saya masa c&p cerita nie)

Thursday, August 4, 2011

terima kasih atas sokongan anda...




alhamdulillah , dapat juga buletin menteri edisi 2 bagi bulan ogos dikeluarkan dan dijual.betul gak, bila dalam pressure (time constrain), saya tetapkan date line pagi nie untuk siapkan - kita boleh buat. bila kita letak date line tu lambat lagi atau masa panjang untuk buat, kita akan rasa berat dan asyik bertangguh sebab rasa lambat lagi.tapi bila terdesak, boleh aje sebenarnya.dalam 2 hari je dah boleh siap.
untuk kali kedua ni, cuma marketing lain sikit. kalau edisi 1 dulu, AJK buletin jual dari kelas ke kelas, kali nie bukak meja@kaunter kat depan koperasi, antara tempat laluan yang paling sibuk la kat sekolah ni. alhamdulillah, lepas jualan tadi dah boleh balik modal. kalau takde apa, esok boleh cuba jual lagi.
terima kasih kepada yang banyak memberi sokongan (samada yang beli ataupun tidak).
tapi, betul tak kalau saya katakan - orang kita nie, kalau bab membeli bahan bacaan memang sayang duit. tapi kalau bab beli kad top-up, ada lak duit.pendek kata, bab membeli bahan bacaan nie memang bukan budaya kita.tak percaya, cuba masuk rumah (kita atau kengkawan/sedara).apa yang kita nampak? yang pasti tv, radio, kengkadang boleh kalah panggung wayang.ada nampak rak buku yang penuh dengan buku? kalau ada pun rak, penuh dengan pinggan mangkuk hiasan (yang sayang nak guna). saya suka tengok afc kat astro 703, ada satu rumah chef tu, dari living room, ke dining sampai ke dapur penuh dengan rak yang sarat dengan buku.
apa kata anda? budaya membaca belum betul2 menjadi budaya kita...

Buletin Menteri Edisi 2 Ogos 2011


Tuesday, August 2, 2011

think out of the box!

Sunday, July 31, 2011

Ramadhan datang lagi...



Sedar tak sedar , alhamdulillah kita berpeluang merasa sekali lagi bulan Ramadhan .
Teringat masa kecik-kecik dulu, malam pertama puasa , arwah abah akan mengajar kami adik-beradik niat puasa (al-fatihah buat abah....)
Dikesempatan ini, saya memohon maaf jika ada tulisan saya yang menyinggung perasaan sesiapa. semua tu tak disengajakan.
p/s : bacalah Majalah Solusi edisi 34 (bumper) - banyak info mengenai Ramadhan

Hair Cut Day

insyaallah esok umat islam akan mula berpuasa.si kakak yg baru tahun 1 berazam nak puasa tahun nie (ni first time dia nak puasa - harap-harap ok).
tentula kita nak keadaan yang terbaik semasa kita berpuasa - rumah selesa,bersih, badan pun sihat.kebelakangan cuaca agak panas dan rasa rimas tambah-tambah bila rambut dah panjang.so semalam (sabtu) saya pun ajak hubby untuk bawa anak-anak pegi gunting rambut (termasukla saya) kat kedai aunty yang kami biasa pegi sejak dari si kakak kecik lagi.getting her first time hair cut, memang risau gak. rambut si kakak agak kerinting, takut aunty tu susah nak potong (walhal apa nak risau, memang aunty tu expert)takut dia tak boleh duduk diam, so kitorang prepare satu bekas chocolate. sambil-sambil aunty tu potong rambut dia, my hubby bagi dia 1 choc. agak-agak macam tak ok, bagi satu lagi. alhamdulillah, sempat gak gunting rambut dia - cantik je.
so, lepas tu , bila nak potong rambut, masih guna taktik tu. tapi bila dah biasa gunting rambut, dah tak perlu dah. dia sendiri dah tau nak duduk kat kerusi mana.
yang si adik lak, tak perlu taktik tu, sebab dia dah biasa tengok kami gunting rambut, jadi dia pun ok je, cuma kekadang tu tak diam gak. lepas tu asyik sibuk nak main rambut kat atas lantai.
apapun, lega sikit bila rambut dah pendek, rasa ringan je ;)

Monday, July 25, 2011

apa kena lak hari ni


alhamdulillah, pagi tadi dah settle sampaikan hadiah untuk NILAM bagi bulan Jun 2011 dalam perhimpunan mingguan.tah mcmn hari nie rasa kepala dan badan lain macam - macam nak demam pun ada.aduh... dah lari mood buat keje.dalam kepala rasa tepu.
bila dah camni, balik nie jawabnya kena makan ubat, minum air banyak2. terfikir gak, agaknya ade ke kaitan dengan tapak kaki yg kebelakangan nie bila pijak rasa sakit, terutama lepas dah duduk lama.bila saya tanya rakan sejawat - katanya tu tanda-tanda nak kena kencing manis.alamak! tu la kan, susah la nak control bab makan nie.asyik nak makan yang manis-manis je.
so, ubahla gaya hidup dan pemakanan kita sebelum terlambat

harap-harap esok boleh jadi macam kat atas ...

Sunday, July 24, 2011

Boleh ke tukar opsyen?

petang tadi saya menonton AKW - apa kata wanita dengan pengacara Zamzarina. pada saya isu hari nie agak menarik - chef wanita - isu dan masa depan (lebih kurang macam tu la rasanya). tetamu jemputan ialah Chef Liza , chef selebriti serta 2 orang anak perempuan kembarnya yg turut menjadi seorang chef. sebelum tu, ada sekumpulan junior chef - chef muda, kanak-kanak yg tekun menghasilkan masakan masing-masing. rupa-rupanya ada yg dah ambil kursus masa cuti sejak dari umur 4 tahun.tak bahaya ke kalau kanak-kanak masuk dapur? kanak-kanak nie sebenarnya kalau kita terangkan apa yang boleh dilakukan dan yg tak boleh, apa bahaya didapur, apa langkah-langkah keselamatan, mereka pun boleh menjadi seorang chef yg berbakat.nampak kanak-kanak tu memang tekun, malah ada yg memang bercita-cita menjadi chef.
terfikir lak saya, kalaulah saya tak tersilap ambil kursus masa kat u dulu, kalaula saya korek betul-betul apa minat saya, tentu saya tak duduk dalam dilema.saya tak le bercita-cita utk jadi chef, tapi berminat utk mengjr bidang berkaitan dengannya, dan yg paling dekat tentula kemahiran hidup ert.saya nie cikgu opsyen sains, tapi dah 8 tahun ngjr kemahiran hidup, kh dan memang sangat2 minat dengan subjek nie.masa kpli memang nak apply kh tapi takut tak dapat memandangkan ni kali kedua saya mohon kpli.tahun nie, disebabkan saya opsyen sc, kena la ngajr sc sebab kh dah penuh.rasa kehilangan besar.kosong je.susah gak nak kena belajar blk sc yg dah lama tinggal.
kekadang terfikir gak, nak je saya masuk balik belajar dan ambik kursus kemahiran hidup.tapi tu la, boleh ke tukar opsyen?

Saturday, July 23, 2011

The Voca People



manusia boleh menjadi begitu kreatif

Friday, July 22, 2011

press release from YIM

nie antara ringkasan apa yang berlaku semasa program kreativiti dan inovasi hari tu
yang saya tengok kat website Yayasan Inovasi Malaysia

sekitar program kreativiti & inovasi guru sekolah pemangkin zon utara


me, jazlina and kak amilia penceramah daripada Yayasan Inovasi Malaysia , En. Aziph

gambar kenang-kenangan...

alhamdulillah, rezeki...

hari nie rasa badan lain macam sikit.malam semalam baru sampai rumah, lepas balik dari penang.letih betul rasanya.pagi-pagi dah sakit perut, 2 kali.agaknya salah makan kot.badan pun rasa longlai, macam nak demam pun ada. keje pun banyak. tapi nasib baik (ye ke? rasa tak jugak sebab dah hilang 3 waktu untuk ulangkaji dengan student) hari nie form 3 ada exam - pra percubaan pmr - so tak le letih sangat. lepas ada sikit perbincangan dgn rakan-rakan guru tentang isu-isu di sekolah , nak kata gossip pun tak jugak, tapi lebih kurang macam tu la.terus mood jadi down sikit. dah la banyak keje nak kena siapkan.
tapi, tetiba, datang PK 1 bawak surat, sambil hulur surat tu dia kata tahniah! pelik gak apasal? saya terus buka surat - rupa-rupanya saya adalah salah seorang penerima APC (anugerah guru cemerlang) 2010. syukur alhamdulillah. nie la pertama kali saya dapat selepas berkhidmat hampir 9 tahun.
tu la kan, dalam mood tak berapa syok pagi tadi, akhirnya terubat la sikit lepas dpt berita tu.
alhamdulillah...

Thursday, July 21, 2011

selepas kursus...

kadang-kadang kita ambik mudah tentang benda-benda yang kita rasa dah biasa buat.macam saya, pegi kursus bukanla sesuatu yg pelik atau baru.tapi kekadang kesilapan yg sama kita buat.jarang nak well prepared, lepas tu bila dah sampai tempat kursus baru la menyesal.kali nie, nasib baik saya dah prepare borang-borang yg perlu dikepilkan sekali dengan borang claim tnt - macam borang kebenaran bawa kenderaan , photostat cover dalam buku bank dan kad touch&go, surat panggilan mesyuarat.tapi saya selalu terlupa tang bahagian nak isi gaji,elaun - nasib baik ada egaji, bolehla check.bab tu dah settle, tak ingat lak mcmn nak isi bahagian dlm, nasib baik ada en. zulkurnain dr smkKE, dapatla refer kat dia.settle borang claim.
tapi saya terlupa bawak kad biru - kad yg perlu ditandatangan oleh ketua program.so, dah tak bwk, kenala buat kat sekolah je.
lagi satu saya silap.tengah syok2 ambik video, tetiba bateri habis! tu, la. yang ni bukan sebab saya lupa, tapi sebab tak nak charger.hubby dah byk kali tanya samada nak bwk ke tak, saya confident je kata tak nak bwk walhal bukanla berat sangat.dah menyesal tak sudah.yela, bukan senang nak boleh dtg kursus lagi.
so, lain kali kena beringat.jangan ambik mudah dalam apa-apa sekalipun kalau tak nak menyesal kemudian

Hari Ketiga (terakhir) Mesyuarat/Taklimat Program Kreativiti & Inovasi

nampaknya hari nie adalah hari terakhir program nie.pagi nie, mula dengan pembentangan kumpulan mengenai projek P&P Inovatif. setiap kumpulan diberi masa selama 10 minit.nampaknya cikgu-cikgi sangat kreatif - masing-masing ada pelbagai cara dan kaedah untuk menghasilkan P&P berkesan dan inovatif,menggunakan ICT dan yg penting berpusatkan murid - ada guna blog, emel, guna fb pun ada, video dan macam-macam lagila. habis slot pembentangan nie, break jap, minum pagi.then sambung balik untuk sesi rumusan dan pemberian tugasan untuk dijalankan bila balik sekolah nanti.

Wednesday, July 20, 2011

Hari Kedua Program Kreativiti dan Inovasi Guru Sekolah Pemangkin Zon Utara

alhamdulillah hari nie masuk kedua.hari nie ada slot dengan penceramah dari Yayasan Inovasi Malaysia, En Muhamad Aziph Mustapha.slot nie mula dari pagi, pkl 10pg then ada break tengahari, sambung balik pkl 2 sampai pkl 5ptg.banyak input yang saya dapat drpd ceramah beliau, kekadang benda-benda yg tak terfikir oleh kita.

Tuesday, July 19, 2011

Dah kat Copthorne Orchid Hotel , Pulau Pinang

punyala letih hari nie! start dari pukul 4.30pg sampaila pukul 4 tadi, nie barula boleh rest sebab dah check in kat hotel.kalau ikutkan, dah tak perlu pegi sekolah pagi tadi, tapi disebabkan ada kerje dan urusan yang belum diselesaikan, saya pegi la sekolah jap sampai pukul 10.30pg.lepas tu kelam-kabut pack barang masuk dalam kete (nasib baik la hubby yang hantar - thanks darling) , pkl 12tghr ambil dua beradik tu kat taska, hantar si kakak pegi sekolah (dia sekolah petang), then hantar si adik kat rumah atuknya, letak barang2 dia, pujuk dia jap (sebab nangis nak ikut, nangis kejap je), tup-tap tup-tap, pukul 2 ptg baru gerak ke penang.
sebenarnya saya ke penang nie sebab ada mesyuarat/taklimat Program Kreativiti dan Inovasi Guru Sekolah Pemangkin Zon Utara dari hari nie 19 Julai sampai 21 Julai.
kesian gak, tinggalkan si dua beradik (esp abahnya ;) ), tapi dah keje, kenala kan. lagipun , kalau asyik keje kat sekolah je, tak keluar-keluar, boring gak - silap-silap saya jadi macam katak bawah tempurung ;)

Sunday, July 10, 2011

Chocolate CupCake yang kembang setaman


biasa tengok cup cake yang kembang macam nie? haa, jangan tak tau kak kiah oii, nie la rupa cup cake yang teman terlebih kukus, tengok2 dah kembang cam nie. so nak buat camno? takkan nak jamu orang dalam keadaan macam tu?
ye la, mata pun memainkan peranan penting dalam mempengaruhi otak kita untuk percaya makanan yang kita tengok tu sesedap yang dilihat. kalu rupa buruk, silap2 ptak kita pun ingat mesti tak sedap ( kalu tak, takdela chef kat hotel2 bersusah-payah hias dan garnish makanan diorang kan.
last-last, cara paling mudah bagi orang yg tak penah ambik kursus secara formal, cuma try2 sendiri je dan tgk buku, ni le cara saya nak bagi cantik mata memandang. kira ok la kan...

Kursus Eduwebtv 2.0

5 & 6 Julai lepas, saya hadiri kursus eduwebtv 2.0 di PKG Simpang mulai jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang.
saya pernah hadiri in house training kat sekolah beberapa tahun lepas, tapi version lama.lepas kursus tu, ada gak saya try guna tapi tak berapa menarik, agak susah nak tengok video dalam tu dan tak banyak benda yg boleh saya guna. tapi version baru nie, much better la.boleh buat playlist sendiri, so pelajar boleh acsess kat mana2.then boleh lak upload video kita dan juga soalan exam - kira boleh share la dengan semua.
tapi apapun, lepas balik training yg macam nie, ada satu lagi keje yg kena buat - kena buat in house training kat cikgu-cikgi kat sekolah lak.emm... , camno? kita kenala master dulu baru la boleh ajar orang , kan?



Thursday, June 30, 2011

Edisi 1 Buletin Menteri!


hari jumaat lepas 24 Jun 2011 (saje buat hari jumaat, ambik berkat), AJK Buletin Menteri telah berjaya menerbitkan edisi 1 buletin setelah dirancang sejak bulan Mac lepas.bukan senang (macam makan kacang)nak buat buletin nie woi.walaupun hanya 4 muka je.nak cari template yang sesuai, apa artikel nak masukkan, berapa page dan macam-macam lagilah.nak dapatkan maklumat pun satu hal gak (baru dapatkan maklumat pasal sekolah je dah rasa susah, agaknya orang yg terbitkan suratkhabar hari-hari tu dah berapa kali pengsan agaknya ye tak?)
Pagi-pagi lagi AJK terlibat menjual buletin tersebut dari kelas ke kelas (disebabkan ini adalah keluaran pertama, jadi kita nak tengok feedback secara terus dengan pembeli) Alhamdulillah, sambutan agak baik. Ada yang memberi respond yang positif, ada gak yg sebaliknya.adat la kan,mula-mula buat memangla ada banyak halangan.yang penting, jangan putus asa dan jangan dengar sangat cakap orang lain yang tak banyak membina.
Insyallah, edisi kedua akan menyusul dalam pertengahan bulan Julai pulak dan begitulah seterusnya untuk bulan-bulan yang akan datang.
terima kasih banyak-banyak kepada yg menyokong buletin, yg turut membeli, menyumbang idea, tolong print (En. Tun sebab tolong print guna printer canggih yg boleh print atas kertas A3) tanpa pertolongan dan sokongan kalian, tak dapek la nak buat buletin ni. terima kasih daun keladi ye..

Tuesday, June 14, 2011

PERTANDINGAN MEMASAK SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT DAERAH LMS 2011

hari nie saya bawa peserta ke pertandingan memasak yg ditaja MAGGI dan NESTLE bagi peringkat daerah larut matang & selama bertempat di SMK(P) Treacher Methodist. pertandingan mula dengan pendaftaran, cabutan nombor meja, taklimat hakim, persediaan awal (boleh prepare la - nak potong ke, buat gubahan ke, hiasan ke kecuali masak) then pkl 10 pg baru start masak sampai 11.30 pg.lepas tu masa untuk hakim merasa dan ambik markah.dalam pukul 12.30 baru mula upacara penutup dan penyampaian hadiah.

tahun nie lain sikit temanya : menu sihat hidangan pengantin sajian kebahagiaan
so, ala-ala makan beradap gitu.bila tengok setting meja sekolah lain, memang kecut gak.yela, kita buat simple je tahun, ada sek yg buat ala-ala pelamin.salah sorang peserta lelaki tunggal pada hari tu -Hafiz - asyik tengok sekolah lain. memang, kalau first time masuk pertandingan, memang akan tergamam macam tu.cepat-cepat saya cakap kat dia, jgn tengok sgt kat sek lain, fokus pd apa yg patut dibuat.markah setting meja tak banyak, yg banyak (40 markah) pada rasa masakan tu.

menu hari ni :
nasi soya seharum kasih
ayam panggang sehati berdansa
salad raja sehari
manisan kalbu (pencuci mulut-puding)
cinta sempurna (minuman)
- nama je pelik-pelik, yela, kan tema pengantin!

so, keputusan :
johan - SMK Simpang
naib johan - SMK Tengku Menteri
ketiga - tuan rumah - SMK(P) Treacher Methodist

alhamdulillah, dapat gak naib johan - kalau tak silap, dah masuk kali ketiga dapat naib johan ni.harap-harap tahun depan lekat lak johan (he,he)
tahun ni, preparation sederhana, hiasan meja pun ala kadar je. silap gak, semua saya buat sendiri je, tak nak susahkan orang lain - walhal kak asliza bila-bila pun boleh bantu dan berminat.bukan semua benda boleh buat sendiri - ada masanya perlukan kerjasama kumpulan baru menjadi ;)

terima kasih gak kpd guru kanan vokasional & teknik - Pn Normadiah sebab sudi gak luangkan masa menjenguk kami masa dah habis pertandingan - selama nie takde sapa pun yg datang jenguk.