Friday, July 22, 2011

alhamdulillah, rezeki...

hari nie rasa badan lain macam sikit.malam semalam baru sampai rumah, lepas balik dari penang.letih betul rasanya.pagi-pagi dah sakit perut, 2 kali.agaknya salah makan kot.badan pun rasa longlai, macam nak demam pun ada. keje pun banyak. tapi nasib baik (ye ke? rasa tak jugak sebab dah hilang 3 waktu untuk ulangkaji dengan student) hari nie form 3 ada exam - pra percubaan pmr - so tak le letih sangat. lepas ada sikit perbincangan dgn rakan-rakan guru tentang isu-isu di sekolah , nak kata gossip pun tak jugak, tapi lebih kurang macam tu la.terus mood jadi down sikit. dah la banyak keje nak kena siapkan.
tapi, tetiba, datang PK 1 bawak surat, sambil hulur surat tu dia kata tahniah! pelik gak apasal? saya terus buka surat - rupa-rupanya saya adalah salah seorang penerima APC (anugerah guru cemerlang) 2010. syukur alhamdulillah. nie la pertama kali saya dapat selepas berkhidmat hampir 9 tahun.
tu la kan, dalam mood tak berapa syok pagi tadi, akhirnya terubat la sikit lepas dpt berita tu.
alhamdulillah...

2 comments:

  1. Wah~! Tahniah... ckg memang layak dapat la... banyak aktiviti bersama pelajar yang menarik saya tengok. :)

    Saya je tak pernah dapat apa-apa dari tahun 94 dalam bidang pendidikan sejak jadi guru. Dah dapat kena pangkah pulak... hehe..!!

    ReplyDelete