Saturday, August 27, 2011

Apa nilai RM0.50 kepada anda?

RM0.50? bukan RM50.
Apa boleh anda buat dengan nilai 50sen tu?
boleh beli kuih.boleh beli air kat kantin.tapi kalau beli kuih pun, berapa boleh dapat dengan 50sen? kuih pun dah 3 singgit.silap2 beli kuih dapat 1,2 je.
nak beli top up untuk phone? buat gelak dek tokeh kedai je.
kenapa saya asyik tanya pasal tu?
2 hari lepas, redaksi buletin dah hasilkan buletin edisi 3 aidilfitri.tapi disebabkan masalah teknikal (masalah dengan kedai photostat yang lambat buat dan tetiba je harga kos dah jadi double - kata tokehnya - yang 2 edisi dulu dia salah kira - so, salah saya ke? ) jualan buletin tak berapa lancar. sesi petang jual hari khamis, sesi pagi hari jumaat , tu pun tak dapat jual kepada pelajar pagi sebab AJK sibuk lak pagi tu. so saya letak kat bilik guru - kira self service la, ada bekas untuk isi duit.malangnya ada sorang je yang beli.agaknya semua sibuk nak balik raya....
sebelum tu pelajar saya pegi sendiri jual kat guru-guru, tapi diorang tengok dan kata tak nak. dulu ada gak yang kata, saya dah baca dah yang cikgu lain punya, jadi saya tak nak beli.saya bukan nak diorang beli semua, satu je, 50sen untuk hargai penat lelah pelajar (penat lelah saya takpela kalau tak nak hargai) macamana nak semai budaya membaca kalau 50sen pun susah nak keluar? tapi rasa kalau bagi free, tentu ambik punya. tujuan asal saya hasilkan buletin nie bukan nak mengaut untung banyak sampai juta-juta, untung tu pun balik kepada pelajar bila beli hadiah untuk kuiz yang pelajar sertai dalam buletin tu.kalau takde beli, camno nak ada duit beli hadiah? photostat 127 keping pun tak habis semua.
sama gak dengan baca surat khabar.nak je saya charge sapa yang nak baca, bayar. kenapa? dah la tak nyempat-nyempat nak baca, lepas baca tinggal je kat mana dia baca, bukan nak letak balik.
entahla, banyak la cabaran kali nie, nak menduga saya dan pelajar saya di bulan puasa nih. orang kata (rasanya) kalau Allah uji, tu maknanya Dia sayang kat kita lebih.
Ya Allah, ampunkanlah dosaku kalau pendapat/luahan hatiku ini tak betul.

3 comments:

  1. saya sokong apa yang cikgu ckp pasal surat khabar 2 dan pasal buletin yang hari jumaat tu sebnrnya ajk pss ada turun untuk jual tapi diorang kata ckgu x ada kt ps jdi diorang tolong lipat buletin aje

    ReplyDelete
  2. Alahai kesiannya baca keluh kesah cikgu. Tapi memang tak patut pun. Apa sangatlah 50 sen tu kalau dibandingkan dengan wajah ceria para pelajar bila cikgu membeli buletin hasil karya mereka kan? Kalau my son sekolah sana, mama suruh langgan terus. :D Moral support itu penting!

    ReplyDelete
  3. cikgu sidah ,kenapa x bagi tahu jualan untuk sesi pagi x memuaskan . kalu bagitahu boleh la saya ngn nurin or ainatul or zul or sape2 tolong jual kan

    ReplyDelete