Monday, April 25, 2011

Sibuknyaaaa...!

Minggu nie merupakan minggu yang sibuk (atau menyibuk?) bagi warga SMKTM. esok ada program kat dewan sekolah, kalau tak silap program kebudayaan dan muzik - lebih kurang macam tu la.sekolah ni terlibat dengan beberapa pertandingan seperti kompang formasi dan program penutup.
Hari Rabu lak saya dan Mizani akan bawa 8 orang pengawas PSS ke SERATAS untuk program Kemahiran Perpustakaan dan Menghasilkan Fail Tegak (saya sendiri pun kena belajar sama). So esok kena siapkan benda-benda yang nak kena bawak - beberapa buku baru yang belum diproses, serta bahan-bahan untuk hasilkan fail tegak. Program tu berlangsung dari pagi hingga 5 petang. Nasib baik boleh pelajar boleh pakai baju sukan, senang sikit nak buat kerja.
Tapi sebelum Rabu (esok la kena siap), saya nak kena selesaikan print buku program utk Majlis Anugerah Cemerlang Akademik MACA 2010. Sebenarnya dah siap dah jumaat lepas, tapi sebab ada penambahan nama penerima anugerah, kena la betulkan. Nasib baik belum print banyak-banyak.
Hari Jumaat lak - MACA 2010. Semua pelajar akan datang ke sesi pagi. Hari tu tugas saya dah selesai, so boleh la fokus pada acara di dewan.
Tadi, dlm pkl 1 petang, ada meeting sambutan hari guru. Hari guru dianjurkan oleh pengawas sekolah, guru-guru yang terlibat dalam meeting tu hanya bertindak sebagai penasihat je la. Teringat masa zaman sekolah dulu, sambutan hari guru memang grand - maklumla, itula hari kita nak raikan guru kita, kan.
Macamana sibuk sekalipun, jangan la pulak asyik merungut je. dah tugas guru memang luas, selaras dengan tema Hari Guru - Guru Penjana Transpormasi Pendidikan Negara

No comments:

Post a Comment