Mesyuarat Jawatankuasa GPM Kelompok Zon Simpang Kali 1/2011
Tempat : PKG Simpang (di SK Matang, Taiping, Perak)
Masa : 2.30 petang
Ini adalah mesyuarat pertama yang saya hadiri melibatkan GPM dari sekolah-sekolah lain sekitar Zon Simpang. Dapatlah bertemu dengan rakan-rakan yang sama kerja macam saya. Menurut pengerusi, En. Megat, tahun ni banyak GPM baru, boleh dikatakan hampir separuh (termasukla saya)
Banyak perkara yang dibincangkan, daripada hal-hal kerja sehinggalah perbincangan masalah-masalah yang dihadapi oleh GPM terutama GPM baru.Bila kita dah dengar masalah orang lain, terasa bersyukur sangat sebab sebenarnya situasi kerja saya sebenarnya senang berbanding rakan-rakan lain. Kerja akan senang jika rakan-rakan guru dan staf-staf di sekolah turut membantu.Yang paling penting, urusan membeli keperluan untuk PSS seperti pembelian buku, untuk keceriaan dan sebagainya. Ada rakan GPM yang menghadapi masalah dengan pentadbiran dalam urusan pembelian bahan-hanya boleh beli buku sahaja, nak beli plastik pembalut pun tak boleh. tak ke pelik tu? habis, macamana nak balut buku? Sebenarnya ada garis panduan untuk GPM membuat pembelian - bahan apa yang boleh , apa yang tak boleh.Peruntukan yang PSS dapat memang banyak, dan perlu diagihkan mengikut keperluan.
Mesyuarat tamat 4.45 petang. ada jamuan di kantin.Then terus pegi ambik si adik. Nasib baik dia tak komplen. Kalau tak dia akan cakap - "Ibu ambik lambat!" Nak kata apa?
No comments:
Post a Comment