Friday, January 6, 2012
Selepas 3 hari bersekolah....
"What do you expect to achieve this year?"
Banyak yang nak dicapai.dalam kepala ni macam-macam plan ada.bila ditengok balik - setakat ada idea je,tanpa perancangan bertulis, alamat tinggal idea je la.tapi bab-bab nak buat paper work ni, punyala liat.syukurlah tahun nie pihak pentadbir lebih linear dan mudah, tak perlu susah-payah berkertas kerja.
Minggu ni saya jadi guru bertugas mingguan bersama 2 lagi guru.Selepas 3 hari bersekolah....... apa yang saya lihat, ada banyak perubahan yang sedang dan akan berlaku.Mulai tahun ni,semua warga sekolah kena hadir sebelum 7.10pg kerana ada program tertentu sebelum mula waktu rasmi P&P.Waktu P&P pun berubah mengikut hari.Perjumpaan kelab/persatuan pun dah dibuat dalam waktu persekolahan - pada saya sangat baik sebab ikut amalan yang sudah-sudah, bila waktu koku dibuat di luar waktu kelas seperti sebelah petang - boleh bilang berapa yang hadir.
Selepas 3 hari bersekolah... anak-anak pun nampaknya ok.si adik nampak excited nak pegi taska sebab sehari sebelum mula sekolah,saya bawak dia pg taska-just melawat.rupanya dah bercat baru - punyala happy dia - "ibu,cantikla taska, adik seronok nak pegi taska!". si kakak pulak, tahun ni dah masuk darjah 2, dan tahun ni kelasnya di tingkat 1, so ada la problem nak bawak beg troli naik tangga.hari ketiga, saya bagi dia bawak beg galas dan nampaknya ok.
Sebenarnya, selepas 3 hari bersekolah... apa yang saya nampak,kerja saya sebenarnya bertimbun-timbun - tapi saya ada satu tabiat yg plg tak elok - suka bertangguh. Camno nak buat? nak buat kerja , asyik tunggu cik mood datang barula semangat nak buat.Saya tak kisah buat kerja,tambah2 yang memang kita suka, tapi ada gak orang boleh buat hati kering - suka-suka hati nak tolak kerja dia kat saya, depan saya cakap lain, belakang cakap lain.bila mintak tolong dia, on the spot menolak.bila perlu pertolongan orang lain, boleh lak datang jumpa.apa? tak malu ke? (ini boleh mendatangkan marah ni!)
To my beloved hubby - jangan risaukan kami ye, kami ok :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment