Monday, August 31, 2009

Nasi Kentang (mashed potato with mince meat)




Sebenarnya resepi nie langsung takde nasi kat dalam. Ni my MIL punya resepi, katanya resepi istana turun-temurun.Masakan nie ala barat.Simple je nak buat. Sesuai bagi yang nak kurangkan makan nasi (diet la konon). Teksturnya lembut je, tak payah nak kunyah teruk2.Semalam berbuka pun nie adalah antara makanan yg ada (berbuka kat rumah mentua)

NASI KENTANG
Bahan utama - kentang (lebih elok kalau kentang putih), dalam 6,7 biji
Daging cincang - lebih kurang dalam 200gm
Bawang merah , 5 ulas (mayang)
Bawang putih, 2,3 ulas (mayang)
Sedikit halia (potong kecil-kecil)
Sedikit mentega dan minyak (untuk tumis)
Daun sup
Garam
Telur sebiji
Serbuk lada putih (white pepper)

Rebus ubi kentang hingga lemput dan lecek.Ketepikan
Dalam kuali (senang nak kacau), masukkan mentega dan minyak (kalau tak, mentega akan senang hangus). setelah panas, tumis bawang dan halia.
Masukkan daging. Setelah agak masak, masukkan ubi kentang tadi.
Kacau sebati, masukkan garam, white pepper. Ketepikan sedikit, masukkan telur.
Kacau lagi. Setelah agak rata, masukkan daun sup. Kacau sehingga rata dan bolehla diangkat.
So, mudah je kan.
Selamat mencuba...

Sunday, August 30, 2009

Terkenang semasa dolu-dolu...

masa dok layan facebook,ada kawan yg keluarkan gambo lama - gambo masa form 4 dulu (1993 kot) he, he ... lain bebenor rupa masing2. malangnya tak dapat nak ingat nama setiap orang, maklumla dah lama sgt tak contact, nampaknya kena la cari dan bukak balik majalah nukleus (majalah sekolah)

agak-agaknya, camno le rupa kengkawan yang lain ...?
rindunyeeee....



Thursday, August 27, 2009

Bencana H1N1

hari nie dapat berita anak kawan satu sekolah menengah dulu admitted to ipoh hospital hari ni sbb H1N1.kena stay 4 hari, kalau dah ok baru boleh blk rumah dan kuarantin for 1 week.kesian, umur lebih krg yasmin, dlm 5,6 tahun je. sama-samalah kita berdoa agar dijauhkan penyakit dan malapetaka

Wednesday, August 26, 2009

Kengkawan lama...


dlm 2,3 hari nie, saya baru try masuk facebook.ada kawan lama invite masuk. so, terjumpala kengkawan lama.alhamdulillah, masing-masing dah berjaya dgn kehidupan sendiri.

5 Ramadan 1430


dah masuk 5 hari dah puasa.apa yang kita dah buat sepanjang puasa nih? sama macam sebelum puasa ke? beza cuma tak makan waktu siang je? silap-silap dapat letih je...

Tuesday, August 25, 2009

4 Ramadan 1430


Hari nie dah masuk hari keempat umat islam berpuasa.Cuaca kat taiping hari nie , lebih kurang sama mcm beberapa hari lepas, sejuk dan mendung (mcm orangnye ke?) harap-harap jemuran semalam yg belum kering sempat kering hari nie.hari nie sambung jemur tepung, semalam sekejap je dapat jemur.
Tak tau lak nak berbuka apa hari nie.semalam berbuka dengan bihun goreng.rasanya nak buat buah melaka & kuetiau goreng lak hari nie.
Yasmin & Farah tengah tengok tv (apalagi kalau bukan channel favourite diorang - astro 613, kekadang 615) - mentang-mentangla maknye cuti, dapat le tengok tv puas-puas. yelah, kalau hari sekolah, diorang kena pegi taska.

Sunday, August 23, 2009

Hari kedua Ramadan


Hari nie dah masuk hari kedua berpuasa. kat Taiping nie, alhamdulillah hari-hari hujan, so sejuk je lah.cuma nak pegi pasar ramadan tu lecehla sikit. Semalam berbuka kat rumah MIL.hari nie plan nak balik berbuka kat rumah mak pulak.maklumlah, dah cuti sekolah,lagipun bukannya jauh pun antara rumah saya dgn rumah parents kitorang.

Saturday, August 22, 2009

Selamat Berpuasa!


Alhamdulillah kebetulan tahun nie permulaan puasa jatuh betul2 masa mula cuti separuh penggal kedua.Dapat la berpuasa seminggu di rumah @ kampung.
Selamat berpuasa semua. Inilah masa terbaik jika kita ingin memulakan azam baru.

Tuesday, August 18, 2009

Teacher's Pot Luck 2009 (for afternoon session)

these are some of the pictures taken during 'makan-makan'


Cikgu Norziha bawak puding kastard + buah-buahan

yang nie, Cikgu Isma Azura yg buat, kek prune

nie, teman yang bawak, roti jala berinti daging

sila,sila.. jangan malu-malu, sapa malu, dia lapo

pilih je yang mana berkenan, bak kata kak Mai, hari ni kita lupakan pasal kolestrol

nie bergambar dgn Cikgu Salawati (Ala)

Tuesday, August 11, 2009

Influenza A(H1N1)



minggu nie adalah exam week bagi smktm (percubaan pmr pun dah mula). malangnya, hari nie ramai pelajar yang demam, batuk dan tak sihat berbanding semalam (isnin 10/8/09). ada yang dah balik ke rumah (diambil oleh parent). yang lain, dihantar ke klinik (untungnya, klinik kesihatan sebelah pagar je). cikgu2 pun dah ramai yang mula pakai mask esp masa masuk kelas. yelah, tak ke risau, ada pelajar yang batuk tak henti2, yang bersin dan macam2 lagi. silap2 cikgu lak yang masuk hospital.

last week, kak nora (cikgu bahagian kesihatan) attend satu taklimat pasal H1N1. tak lama lagi , setiap pelajar akan dapat mask. setiap hari, pada waktu pertama, guru akan ambil suhu badan setiap pelajar.jika didapati demam, akan terus dihantar ke klinik.

Wednesday, August 5, 2009

Chocolate Cake (steam style)





i've got this recipe from one of Kak Asliza's student after they have cooked this simple yet delicious chocolate cake. i used to make chocolate moised cake (agak leceh sikit)

BAHAN-BAHAN & CARA MEMBUAT

4 biji telur
1 cawan gula
1 cawan minyak masak
1 cawan susu pekat manis
(semua bahan di atas-pukul hingga kembang)

Kemudian masukkan bahan-bahan berikut :
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung naik sendiri
1 sudu teh serbuk penaik
(bahan di atas diayak terlebih dahulu)
Kemudian akhir sekali masukkan bahan-bahan berikut :

1 cawan serbuk koko
1 cawan air suam
Pukul sehingga betul-betul sebati
Kukus selama 1 jam

dinner at ssl hotel, taiping






this my MIL, Hajjah Raja Mariam , Yasmin & Farah called her Tah (grandma)

and this is my FIL, Haji Hashim (my daugthers called him Atuk (Grandpa)




dan yang pasti, orang yg paling happy tentula Yasmin Hani - dapat makan ice cream malam-malam!

Aduh Sekolah



letihla kat sekolah sekarang nih.banyak program yg dah berlangsung dan akan berlangsung kat sekolah.rasanya masa zaman kite sekolah dulu, time-time macam nie dah sibuk dgn extra classes, latih tubi dan macam-macam lagila yg menjurus kepada akademik. ada yg kata, zaman dah berubah cikgu.sekarang nie kerje cikgu bukan setakat mengajar je, kena buat program lain sama.macam kat sekolah teman, kitorang ada program re-sit -maksudnya jika dlm mid year exam, student tak dapat 50 markah dan ke atas, that student must sit for the same paper as a punishment sampailah dia lepas 50 markah .kalau 2 kali kena re-sit, 2 kalilah.teorinya memang elok, tapi praktikalnya, kurang.minggu depan dah nak ujian 3, masih ada lagi paper yg tak settle buat re-sit.kekadg bila nak buat re-sit, bertembung dgn program lain. nasib baikla subjek kemahiran hidup tak banyak yg kena re-sit.

saya ada satu lagi blog khusus utk panitia kemahiran hidup - www.kemahiranhidupsmktm.blogspot.com. kalau ada free tu, singgahle. sekolah pun ada portal sendiri - www.tengkumenteri.com

lunch at MIL's house

slide show nie, masa lunch kat rumah mentua-bersempena ngan bday ipar and cousin

Saturday, August 1, 2009

nasi minyak putih





NASI MINYAK PUTIH
BAHAN-BAHAN
Beras (lebih baik kalau basmathi) - 6 pot
Susu cair (1/2 tin) dicampur dengan limau kasturi (dlm 2,3 biji)
Bawang besar -2 biji (potong dadu)
Bawang putih (mayang)
Halia , Daun sup , Tomato
Kulit kayu manis, buah pelaga , bunga lawang, bunga cengkih
Sup punjut - 2 -diketuk
Kiub ayam Maggi - 2 ketul
Gula ( supaya nasi tidak hancur)
Kismis, minyak sapi, minyak jagung
CARA-CARA
Panaskan minyak sapi + minyak jagung. Tumis bawang,rempah,kismis. masukkan susu.
Setelah naik bau, masukkan air ,lebih kurang 6 pot (ikut beras)
Then, masukkan gula, kiub ayam dan sup punjut
Setelah mendidih, masukkan beras, daun sup dan tomato