Tuesday, May 31, 2011

Swimming time!




cuti sekolah - masa untuk bawa family jalan-jalan, esp anak-anak.so, hari ni buat aktiviti yg diorang paling suka - swimming ;)

Saturday, May 28, 2011

Chapter 4 Interdependence Among Livin Organisms and The Environment

Form 2 Sn Chapter 4

Chapter 7 Electricity

f3 c7 Electricity

Pelangi bentuk bulat


tengahari semalam masa hantar yasmin sekolah, terasa pelik tengok banyak org 'udah mendongak ke langit' (macam skrip usin dlm hantu kak limah), dah tu siap ambik gambar langit lak tu. apa ke hei nye, tengah-tengah hari,matahari tengah terik dok ambik gambar langit. dgn rasa ingin tau, saya pun join sama.rupa-rupanya diorg semua tengah tgk kejadian pelangi yang berbentuk bulat , betul2 keliling matahari - besar dan memang obvious sangat.tapi susah la nak nampak sebab kena tengok direct kat matahari.tapi memang sangat cantik. tapi bila si adik tanya, mcmn boleh jadi mcm tu? saya tak dapat nak jawab sebab saya pun tak sure kenapa. kenapa ek?

Wednesday, May 25, 2011

Luahan perasaan

pagi-pagi tadi, saya jadi ala-ala cikgu kaunseling tak bertauliah. masa kat library tadi, saya dekati sorang sebab ada hal sikit.alih-alih saya jadi tempat meluahkan perasaan lak.so, saya pun tarik kerusi dan duduk sebelah supaya dapat menjadi pendengar yg baik.dia sedih sebab ada rakan sejawat yg susah nak bekerjasama sampai dia pulak kena cover keje org lain, walhal org tu boleh buat bodo je (kata org sekarang).memang letih jika dapat masalah macam tu.saya tak pandai nak komen @ tenangkan org lain tapi rasanya cukupla sekadar menjadi pendengar, sekurang-kurangnya terlepasla apa yg ditanggung dalam hati.

memang tak dinafikan keadaan di sekolah sekarang memang sibuk - marking paper, nak key-in markah,dan macam-macam lagi la.kalau tak dapat nak uruskan kerja, kerja yg lama belum siap dah dtg lak kerja baru - memang akan rasa tension - lagi tension bila kerja yg sepatutnya ditugaskan kpd org lain, tak disiapkan dengan sebaik mungkin,kita lak kena cover dan buat balik.

apapun, ni adalah nasihat daripada rakan saya - kuatkan semangat. Pokok yg utuh, bukan yg terlindung dari ribut dan taufan. Pokok yg kuat adalah yg tegak ditanah lapang, menahan simbahan matahari. Suatu masa org dapat bezakan antara cengal dan lalang. Sabar dan buat apa yg dirasakan betul.

MAHARANI LAWAK - KISAH 3 HANTU

cut & paste from facebook, sekadar selingan je....

Suatu malam, ada 3 hantu cuba menunjukkan kekuatan dan kehebatan masing-masing. Mereka mula mencari mangsa....

Hantu 1: Kau berdua, tunggu...aku cari mangsa aku. Dia kemudian terbang dan kembali dalam masa 10 minit dengan darah di sekeliling mulutnya.
Hantu 2&3: Wah hebat, dalam masa 10 minit aje...siapa mangsa kau?
Hantui 1: Kau nampak rumah di hujung tu?
Hantu 2&3: Nampak2....
Hantu 1: Haa....Habis satu rumah tu aku kerjakan..heehehe

Kemudian hantu ke-2 pulak terbang mencari mangsa. 5 minit dia kembali dengan mulut dan muka penuh darah.
Hantu 1&3: Wow! lagi hebat 5 minit aje, siapa mangsa kau?
Hantu 2: Kau nampak kampung di sana?
Hantu 1&3: Nampak2....
Hantu 2: Habis satu kampung tu aku kerjakan....hehehee

Giliran hantu ke-3.....hebat, dalam masa satu minit, dia kembali dengan mulut, muka dan seluruh badan penuh dengan darah.
Hantu 1&2: Alamak paling hebat, 1 minit aje....siapa pulak mangsa kau?
Hantu 3: Kau nampak tembok tu?
Hantu 1&2: Nampak2....
Hantu 3: Aku tak nampakkkkk!!! Aku terbang laju dan langgar tembok tuuuu!!! Itu yang berdarah seluruh badan akuuuu.....
Hantu 1&2: heheheheheheeeeeeeeeeee

Wednesday, May 18, 2011

adakah anda ada risiko mendapat sakit jantung?


Saya suka baca buku.betul.dulu mak selalu tegur saya suka sangat baca buku.masa zaman sekolah dulu pun,bila dapat buku yg saya suka, dah light's off pun saya baca gak.bila "light's off", lampu dorm kena padam, tinggal lampu koridor je. so saya pun baca dengan bertemankan lampu koridor tu - punyala malas nak turun ke study room kat bawah tu. akhirnya , saya kena pakai 4 mata la.
Masa zaman matrik, saya berkawan baik dengan Hani Kartika yang memang ulat buku.dari dia la saya kenal buku berbentuk motivation - Chicken Soup for the Soul. best buku nie. buku nie ada banyak jenis. yang paling saya suka - the chickensoup for the unsinkable soul.set buku ni bukanlah buku novel ke atau buku cerita, tapi merupakan kisah-kisah benar yang berlaku pada orang lain.banyak pengajaran dan menjadi inspirasi.salah satu cerita yang saya paling ingat - kisah seorang wanita yg suka selit bunga di rambut - macam orang zaman dolu-dolu.wanita nie adalah seorang korporat.tapi disebabkan stail dia yg suka pakai bunga kat rambut (bunga tu pun ikut stail baju dan occasion ), rakan sejawat pandang pelik kat dia, dok kutuk macam-macam kat belakang dia, tapi takde sorangpun yg berani tanya kenapa dia pakai bunga. tapi, satu pagi, wanita tu masuk opis tanpa bunga di kepala.si penulis tu pun tanya kenapa? wanita tu jawab, selama ni saya pakai bunga sebab saya teringatkan mak saya-dia selalu selitkan bunga di kepala saya tapi dia dah meninggal dunia akibat kanser.dia ada tinggalkan beberapa rakaman video untuk saya lihat setiap kali hari jadi saya.pagi tadi adalah rakaman video yang terakhir , dan dia minta saya tunjukkan satu tanda yang saya dah boleh berdikari.saya berfikir, dan akhirnya saya rasa saya patut tanggalkan bunga tersebut sebagai tanda saya dah boleh berdikari.so, apa pengajarannya? jangan suka-suka hati kutuk orang lain tanpa anda tahu situasi sebenarnya.orang lain dok kutuk-kutuk wanita tu pakai bunga tanpa sorangpun berani bertanya kat dia apa sebab dia asyik pakai bunga.rasa-rasa ada pernah terjadi kat diri sendiri tak?
Bila dah baca buku ni, saya terfikir gak.apa yang terjadi dalam hidup kita kadangkala tak seteruk dan sesusah orang lain.kadang-kadang kita rasa teruk sangat, kekadang sampai tension. tapi sebenarnya dugaan tu boleh kita atasi - caranya bertenang, berbincang dgn orang yg kita percaya.
Saya dah kumpul buku chicken soup nie dalam 6 buah - 1 saya bagi hadiah kat kawan - chicken soup for the teacher's soul. setiap bulan saya beli satu.tapi sekarang dah tak buat dah,dah tak sempat dan dah takde budget.
Saya ada sign up untuk buletin dr chicken soup nie. hari nie, ada artikel mengenai sakit jantung.
dan tahukah anda sebenarnya kebanyakan yg meninggal akibat sakit jantung, tak taupun yang dia ada penyakit tu dan tak menunjukkan apa-apa simptom.
Dalam artikel tu ada disertakan link untuk buat test samada kita ada kemungkinan ada sakit jantung atau tak.saya dah try, result akan dihantar ke email kita.nak try? cuba ke Simple Heart Test.memangla tak accurate, tapi sebagai langkah berjaga-jaga.manala tau.tambah-tambah kalau family kita memang ada history penyakit ni. mencegah lebih baik drpd mengubat , kan?

Inspirational quote:
The thousand mysteries around us would not trouble but interest us, if only we had cheerful, healthy hearts.
Friedrich Wilhelm Nietzsche