Tuesday, January 31, 2012

Time to Think

Great people talk about ideas
Average people talk about things
Small people talk about other people

Are you great , average or small people?


Kunjungan ke Perpustakaan Raja Tun Uda Shah Alam














kunjungan nie sebenarnya lebih kepada nak survey kat mana letaknya library nie sebab kalau takde aral, nak bawak pengawas PSS ke sini bulan Feb nanti. tahun lepas langsung tak ke mana-mana. kesian lak kan. macam anak kita la, dok rumah je tak bawak jalan-jalan, tentula boring kan. harapnya, lepas dah bawak pegi jenjalan ni, 'anak-anak' didikku akan lebih bersemangat dalam menjalankan tugas mereka di sekolah@PSS nanti, insyallah.


sampai kat sana dah pukul 4, lagi sejam PRTU nak tutup. tu pun sebab tersesat - pegi kat tempat lama kat seksyen 11 (kalu tak silap), tempat baru nie kat seksyen 13, dekat dengan PTPL dan Kelab Golf. tapi walaupun dah nak tutup, orang ramai still berduyun-duyun masuk - yg bawak anak-anak bawah 10 tahun macam saya ni masuk ke Zon Kreatif, sebuah bilik sebelah kanan pintu masuk utama - sebab kanak-kanak nie tak dibenarkan masuk ke kawasan @ tingkat lain, maklum je la kan, anan-anak usia nie susah nak dok diam. tapi anak-anak saya memang seronok sangat masuk Zon Kreatif tu - si adik siap berguling-guling kat bawah 'pokok' dengan tah anak sapa tah (dia memang cepat dapat kawan). Si kakak - dapat buku yg dia suka - terus duduk & baca - dah tak kisah apa dah.


Pada yang belum pernah pegi - cubalah berkunjung ke Perpustakaan Raja Tun Uda - ada macam-macam kat sana yang tak sama macam library biasa. Alhamdulillah pagi tadi pihak PRTU dah beri persetujuan untuk menerima kunjungan kami. Insyallah 25/2/2012 akan ke sana lagi. Kali nie harap-harap boleh explore lebih lagi.

Sunday, January 29, 2012

Sistem Pernafasan

Try this!

Sistem Pernafasan: http://onnet.bamboomedia.net/?j=lab&url=MTkyMTY0Ng==

Friday, January 27, 2012

Bunyi Aneh di Sarawak

macam-macam komen tentang ni - terpulang kepada diri masing-masing untuk komen.
apapun, fikirkan hikmah di sebaliknya.
apa komen anda?
petikan dr mynewshub

Saturday, January 21, 2012

Jalan Jalan Habiskan Duit?

cuti-cuti Malaysia lagi! selamat tahun baru cina ye.kita yang tak sambut pun tumpang sekaki sebab dapat tumpang bercuti. insyaallah hari ni nak gerak turun kl.agak dah lama gak tak pegi kuala lumpur nih,last tahun lepas masa start cuti sekolah. saje la jalan-jalan.
buat apa cuti nih?
apapun, guna peluang cuti ni sebaik mungkin ye.

emm.. semalam secara rasminya letak fail pertandingan memasak atas meja seorang rakan guru - rasanya terpaksa lepaskan kerja jadi guru penasihat pertandingan memasak memandangkan jadi guru media ni menuntut komitmen yang lebih. ohhh ... sedihnya ;(

Thursday, January 19, 2012

Sense of Urgency

apa lak nie?
sense of urgency definition : A sense of urgency is the attitude and process of treating key business or personal matters as if one's life depended on it. It is determination to stay focused on results and deadlines until the task or project is completed.
Significance
Employees, managers and key decision makers who practice a sense of urgency with important projects tend to get things done more quickly, according to Goalsguy.com: Create A Sense Of Urgency!

Benefits
All business and personal goals require hard work and commitment. Those who recognize what is needed to accomplish their goals, stay focused and treat matters urgently tend to excel and accomplish more than others. Having a sense of urgency is also one of the best ways to meet deadlines

Read more: Sense of Urgency Definition eHow.com http://www.ehow.com/facts_5879843_sense-urgency-definition.html#ixzz1jttHbJWe

kenapa tetiba terlintas pasal 'sense of urgency'?
tahun lepas,ada rakan guru edarkan artikel pasal how to create sense of urgency. saya terpikir gak, apasal nak urgent,urgent nie? lepas dah baca, fahamla sikit.tapi setakat faham je la.tak praktikkan sgt pun dalam real life (tu la kan,macam mana la ilmu tu nak kekal)
Dah masuk 3 minggu dah sekolah, saya terfikir kenapa nampak mcm kelam-kabut je saya buat keje? pikir punya pikir, saya rasa sebabnya ialah - tak fokus dan lambat bertindak.
contoh mudah - saya dah ada idea nak buat lawatan sejak bulan disember 2011 lagi, dan cadangnya nak buat bulan feb 2012 tapi tak buat tindakan apa-apa.masuk minggu kedua sekolah,baru nak cari paperwork,nak hantar surat dll.kalau saya letakkan idea tu sebagai sesuatu yg urgent, tentu tak kelam-kabut.

penting ke ada sense of urgency?
pada saya , sense of urgency ni lebih kepada tindakan kita, cepat atau lambat dalam merebut peluang.macam kes lawatan tu, kalau tak anggap sebagai urgent - silap2 tak dapat pegi sebab bulan mac dah ada exam.
tapi bukan semua kerja kita termasuk dlm kategori 'urgent' - kalau semua tu kita anggap segera, silap2 boleh sakit jantung, kalau pekerja di bawah kita, tentu diorg pun resign. kena fokus yang mana betul-betul urgent.

apapun, Do It Right! Do It With Style! Do It Now!

Friday, January 6, 2012

Selepas 3 hari bersekolah....


"What do you expect to achieve this year?"
Banyak yang nak dicapai.dalam kepala ni macam-macam plan ada.bila ditengok balik - setakat ada idea je,tanpa perancangan bertulis, alamat tinggal idea je la.tapi bab-bab nak buat paper work ni, punyala liat.syukurlah tahun nie pihak pentadbir lebih linear dan mudah, tak perlu susah-payah berkertas kerja.

Minggu ni saya jadi guru bertugas mingguan bersama 2 lagi guru.Selepas 3 hari bersekolah....... apa yang saya lihat, ada banyak perubahan yang sedang dan akan berlaku.Mulai tahun ni,semua warga sekolah kena hadir sebelum 7.10pg kerana ada program tertentu sebelum mula waktu rasmi P&P.Waktu P&P pun berubah mengikut hari.Perjumpaan kelab/persatuan pun dah dibuat dalam waktu persekolahan - pada saya sangat baik sebab ikut amalan yang sudah-sudah, bila waktu koku dibuat di luar waktu kelas seperti sebelah petang - boleh bilang berapa yang hadir.

Selepas 3 hari bersekolah... anak-anak pun nampaknya ok.si adik nampak excited nak pegi taska sebab sehari sebelum mula sekolah,saya bawak dia pg taska-just melawat.rupanya dah bercat baru - punyala happy dia - "ibu,cantikla taska, adik seronok nak pegi taska!". si kakak pulak, tahun ni dah masuk darjah 2, dan tahun ni kelasnya di tingkat 1, so ada la problem nak bawak beg troli naik tangga.hari ketiga, saya bagi dia bawak beg galas dan nampaknya ok.

Sebenarnya, selepas 3 hari bersekolah... apa yang saya nampak,kerja saya sebenarnya bertimbun-timbun - tapi saya ada satu tabiat yg plg tak elok - suka bertangguh. Camno nak buat? nak buat kerja , asyik tunggu cik mood datang barula semangat nak buat.Saya tak kisah buat kerja,tambah2 yang memang kita suka, tapi ada gak orang boleh buat hati kering - suka-suka hati nak tolak kerja dia kat saya, depan saya cakap lain, belakang cakap lain.bila mintak tolong dia, on the spot menolak.bila perlu pertolongan orang lain, boleh lak datang jumpa.apa? tak malu ke? (ini boleh mendatangkan marah ni!)

To my beloved hubby - jangan risaukan kami ye, kami ok :)

Monday, January 2, 2012

Jom ke Muzium!





dah penghujung cuti dah kan.pikir-pikir balik,apala aku dah buat sepanjang cuti.rasa banyak lagi benda yg belum buat,tapi bila dipikir balik (berapa kali pikir daaa) sebenarnya dah byk yg dah buat,yg penting dpt bersama family, luangkn masa dgn mak & family mentua.yelah, bila dah start sek, sibuk la kan.sabtu pun kekadang kena pg sekolah,bila nak jenguk orang tua kan? selagi diorang masih ada,saya cuba cari masa utk jenguk2 diorg.kena tunjukkan contoh pd anak2,mcmn sibuk pun kita,sebagai anak mesti jaga hati ibubapanya.
saya ada terjanji dgn anak2 nak bwk diorg pg Muzium Perak,Taiping.bukan jauh pun, balik kpg pun lalu depan muzium.last time saya pg situ masa darjah 5 - punyalah lama.bukan tak nak bawak,tp seingat saya dulu, saya pernah rasa seram sejuk masa masuk muzium tu, tu yg rasa berat sikit nak pg.tapi dah janji, kenala kotakan ye tak.tambah2 bila dah terjanji dgn anak2 - anak x pernah lupa,kita yg selalu lupa dan buat2 lupa.
so , pagi td saya bawak la my two princesses pg muzium.dah sampai, bila masuk nampak mcm lengang, tapi rupanya kat dlm dah ada ramai org.dah lain sangat drpd apa yg saya pernah tgk dulu.dah cantik.anak2 saya pun excited saya kat dalam tu.alhamdulillah, saya dah tunaikan janji,manalah tau kan,bolehle tutup mata rapat (harap2 takde hutang apa2 lagi)
tinggal 2 hr je lagi... JOM KE SEKOLAH!!