Wednesday, December 29, 2010

Selamat Kembali Ke Sekolah!!


sedar tak sedar, dah nak habis cuti dah rupanya. sekolah saya dah mula mesyuarat guru sejak isnin 27hb, esok hari khamis hari terakhir meeting. masuk hari ketiga meeting , dah rasa macam sesak napeh - banyaknya benda yang nak dibuat , yang tengah dibuat tapi belum siap dan macam-macam lagi keje2 cikgu yang lain yang tak menang tangan nak buat.
banyak benda yang dirancang untuk disiapkan semasa cuti belum disiapkan - tu yg rasa tak senang duduk tu. takpe, kena list balik keje apa yg patut jadi main priority.then cuba siapkan.kena banyak bersabarla kan.
kepada student tersayang - pasang niat dan betulkan niat anda sebelum melangkah keluar dari rumah untuk ke sekolah. datang sekolah, mestilah dengan niat untuk belajar , kalau kita niat datang sekolah hanya nak jumpa kawan2, nak sembang2 - silap2 itu ajela yg dapat, ilmu semua tak lekat.inipun juga sebagai ingatan untuk saya sendiri

Tuesday, December 21, 2010

Jom minum jus pegaga!

kredit gambar dayang_jack@myresepi.com
pernah minum jus pegaga? dulu , saya pernah minum , mak sedara yang buat. tapi tah macam mana, rasanya tak sedap. jadi dah lama la jugak saya tak minum jus pegaga nie - cuma makan buat ulam je.

tapi hari tu saya terbaca dalam my resepi - tentang cara nak buat jus pegaga. rupa-rupanya kena campur gula batu sikit. so saya pun try le - saya blend secekak pegaga , sedikit air masak dan campur gula batu. bila minum - memang sedap - memang rasa macam minum air tebu.

saya paste resepi jus pegaga tu ye.

Bahan-bahan ( 1-2 gelas )
100 gm pegaga (cuci dgn air garam bsama akarnya sekali-sebab tang akar nie le yg bagus)
3 camb gula perang (saya guna gula batu)
500 ml air masak
5-7 ketul ais (saya tak guna ais)

Cara-cara
Masukkan air masak ke dlm periuk bersama gula perang dan masak sehingga mendidih. Sejukkan.
Kemudian kisar daun pegaga bersama air gula td. Tapiskan jusnya.
Masukkan semula jus td ke dlm pengisar dan kisar bersama ketulan ais selama 1 minit.
Siap dan boleh diminum. Selamat Mencuba!
** Setiap 100g bahagian pegaga yg blh dimakan mengandungi air 87.7g, protein 2.0g, lemak 0.2g, karbohidrat 6.7g, serat 1.6g, kalsium 171mg, fosforus 32mg, B2 0.19mg, niasin 0.1mg dan Vitamin C 48.5mg.

atau kalau nak lagi senang - masuk je pegaga, air masak, gula batu - terus blend
saya tak tapis, saya minum dengan 'serdak' nya sekali - tu kan serat, baik untuk mengelakkan sembelit

Thursday, December 16, 2010

Nak makan apa ye hari nie?

kekadang rasa jemu gak makan nasi hari2 kan? ( fuh! bongkaknya bunyi! orang melayu memang le makan nasik!) tapi, makan nasik le baru betul2 kenyang tambah2 untuk 2 puteri tu. si kakak suka sgt makan ayam esp ayam bakar@panggang, si adik suka makan sup. dok pikir2 apa la nak masak, last2 masak nasik gak! cuma buat lauk simple je : ayam bakar, stew sosej ayam dan brokoli, tomyam cendawan.

nie tomyam cendawan - rebus je, masuk bawang besar, pes tomyam, carrot, celery dan cendawan. tak yah tumis, dah kurangkan minyak
stew sosej ayam dan brokoli - pun rebus gak. campur krim sup ayam yang dalam tin, kiub ayam , sosej ayam , daun bay , thyme , putik jagung , carrot dan brokoli

ayam bakar - paling senang. malam sebelumnya saya dah perap ayam nie dengan tumisan ayam madu maggi (saje try, dan hasilnya, not bad gak rasanya) , madu dan sedikit thyme. masa bakar , saya lapik dengan daun pandan - saje je - bila bakar, bau wangi je satu rumah

nie rupa ayam bakar tu lepas keluarkan dari oven. senang masak cara bakar ni sebab kita lepas dah masukkan dlm oven, kita boleh tinggal dan buat keje lain

Saturday, December 11, 2010

Doh asas tart




nie resepi tart casing yang saya dapat masa belajar dulu.senang je buat, godak2 dalam besen pun boleh, tak yah guna mixer.
boleh dapat dalam 50 casing (saiz kecil)
Bahan A
100gm butter/marjerin
(saya guna marjerin Puteri - warna lebih cantik dan wangi)
50gm gula icing
1/4 esen vanilla

Bahan B
1/2 biji telur (dipukul sedikit)

Bahan C
210gm tepung gandum
15gm susu tepung

Cara2 :
kacau bahan A hingga lembut
masukkan bahan B dan C
uli rata hingga lembut
tekan ke dalam acuan tart

Nak dengar (baca) cerita?

Dalam sebuah kampung , ada seorang pemuda. Pemuda ni diberitahu oleh seseorang supaya mencari harta karun dengan menggali sedalam 6 kaki di tanah gersang nun di hujung kampung. Pada mulanya dia teragak-agak juga, takut nanti apa orang kampung akan kata bila dia dok sibuk menggali di tanah gersang tu. Tapi akhirnya dia teruskan niatnya. Sedang dia sibuk mengali, silih berganti orang datang - macam-macam yang mereka katakan kepada pemuda tersebut, malah ada yang gelakkan gelagat pemuda tersebut yang macam orang tak betul menggali di tanah yang gersang, takde apa-apa. Tetapi pemuda tersebut tidak peduli malah terus menggali sehingga mencapai kedalaman 5 kaki.Kemudian datang seorang budak, berkata "apalah abang ni! macam orang bodoh!" Terus pemuda tersebut patah semangat dan meninggalkan tempat tadi. Tak berapa lama kemudian, datang seorang pemuda lain, sambung kerja-kerja menggali si pemuda sebelumnya yang hanya tinggal 1 kaki je lagi. Dan nasib baik menyebelahi pemuda tersebut, akhirnya harta karun tersebut menjadi kepunyaannya..

Kalaulah si pemuda yang pertama tadi bersabar sedikit je lagi, tentulah dia takkan terlepas harta karun tu kan.

So, iktibar & pengajarannya?

(cerita nie diolah daripada cereka di TV1 'Ku Petik Bintang-bintang' yang mengisahkan 3 sahabat baik mengharungi cabaran semasa mengikuti kursus law - cerita yang sangat menarik.)

Thursday, December 9, 2010

Movie Time!





nie second time kami bawak yasmin & farah tgk movie kat GSC. kali nie tengok Disney's Tangled Rapunsel. nasib tak berapa baik sebab dapat tempat duduk baris dua dari depan, tapi bagi diorang, nampaknya ok, so excited dan tak sabar nak tengok cerita tu.ramai gak orang yang datang menonton, kira penuhla semua seat.
start je movie, tak bergerak dua2 'princesses' tu! maklumlah, skrinnya besar.si adik pulak siap gelak besar bila ada part2 yang lucu (si adik tu badan je kecik, gelak punyala kuat!nasib baik tak obvious sgt sebab orang lain pun gelak kuat gak) tapi cerita rapunsel nie memang best.bila dah balik rumah, kekadang si kakak tanya - "ibu, bila nak tengok Rapunsel lagi?"
alamak!


Monday, December 6, 2010

Tahun baru?

Saya pasti ada antara kita yang tak sedar, tak perasan yang kita dah masuk tahun baru.

" Tahun baru? "
" Apa pulak ? kan baru 6 hb Dis? lambat lagi tahun baru! "
" Ye la. Yang tu tahun Masihi. Kan ke esok dah 1 Muharam 1432? "
(tapi sebenarnya kita dah masuk tahun baru pada waktu maghrib , bukan 12 tgh malam macam tahun baru Masihi - saya petik tulisan solihin )

Betul tak? saya sendiri pun tak ingat tentang maal hijrah ni. nyaris-nyaris lupa. betapa jahilnya kita ni kan? lebih ingat 1 Jan daripada 1 Muharam!
Sekarang saya tengah tgk telemovie Tv3 - Dakwah Muharam. cerita yang cukup bermutu - dari segi jalan cerita, mesej. Harap lebih byk cerita sebegini, jangan asyik2 buat cerita cinta, cerita hantu. sebab tu banyak anak muda kita jadi 'hantu'! sebab , tv punya pengaruh yg sgt besar. apa yg dilihat/ditonton, itulah yg kita akan ingat dan akan ikut.

Apapun, Selamat Tahun Baru 1432H semua.
Apa azam anda?