Dalam sebuah kampung , ada seorang pemuda. Pemuda ni diberitahu oleh seseorang supaya mencari harta karun dengan menggali sedalam 6 kaki di tanah gersang nun di hujung kampung. Pada mulanya dia teragak-agak juga, takut nanti apa orang kampung akan kata bila dia dok sibuk menggali di tanah gersang tu. Tapi akhirnya dia teruskan niatnya. Sedang dia sibuk mengali, silih berganti orang datang - macam-macam yang mereka katakan kepada pemuda tersebut, malah ada yang gelakkan gelagat pemuda tersebut yang macam orang tak betul menggali di tanah yang gersang, takde apa-apa. Tetapi pemuda tersebut tidak peduli malah terus menggali sehingga mencapai kedalaman 5 kaki.Kemudian datang seorang budak, berkata "apalah abang ni! macam orang bodoh!" Terus pemuda tersebut patah semangat dan meninggalkan tempat tadi. Tak berapa lama kemudian, datang seorang pemuda lain, sambung kerja-kerja menggali si pemuda sebelumnya yang hanya tinggal 1 kaki je lagi. Dan nasib baik menyebelahi pemuda tersebut, akhirnya harta karun tersebut menjadi kepunyaannya..
Kalaulah si pemuda yang pertama tadi bersabar sedikit je lagi, tentulah dia takkan terlepas harta karun tu kan.
So, iktibar & pengajarannya?
(cerita nie diolah daripada cereka di TV1 'Ku Petik Bintang-bintang' yang mengisahkan 3 sahabat baik mengharungi cabaran semasa mengikuti kursus law - cerita yang sangat menarik.)
No comments:
Post a Comment