Wednesday, November 3, 2010

Peperiksaan dah tamat!




peperiksaan akhir tahun telahpun berakhir hari isnin yang lepas , 1hb Nov. bagi pelajar tingkatan 2 , kertas peperiksaan yang digunakan adalah selaras bagi negeri Perak , jadi lepas nie kita boleh lihat perbandingan prestasi antara sekolah dan jadikan TOV yang lebih berkualiti untuk PMR tahun depan.
pelajar juga didedahkan dengan semua prosedur peperiksaan sebenar seperti melakukan peperiksaan di dewan, setiap pelajar diberi tempat duduk sebagaimana peperiksaan sebenar, kertas peperiksaan juga hanya diambil daripada bilik pengetua dan dibuka 1 jam sebelum peperiksaan dijalankan.hasilnya, pelajar lebih serius semasa menjawab kertas peperiksaan.
tapi yang malangnya, hari selasa , sehari selepas peperiksaan tamat , kehadiran pelajar menurun dengan ketara - mungkin diorang rasa macam dah habis PMR kot? he, he...

No comments:

Post a Comment