Saturday, May 14, 2011

Selamat Hari Guru 2011


siapa guru yang paling anda suka dan ingat sampai sekarang? banyak gak cikgu yang saya suka dan ingat.tapi seingat saya,semua guru saya memang merupakan guru-guru yang sangat dedikasi terhadap anak muridnya (kalu tak, tah kat mana la saya sekarang). malah ada antaranya telah pun kembali ke Rahmatulah (semoga roh mereka sentiasa dirahmati)
cabaran guru zaman sekarang memang sangat mencabar.antaranya, guru kena mahir dan master dalam ICT - kena up to date le kata orang.guru kena cari cara macam mana nak tarik minat pelajar untuk belajar (yelah, dunia di luar sekolah lebih menarik minat mereka - hiburan,internet dan macam-macam lagilah). saya sendiri pun cuba jugak up to date kan diri.adakalanya, rasa letih sangat, terkejar sana sini.mana nak urus rumah sendiri, urus PSS,urus P&P lagi, pendek kata semua tu nak kena buat dalam masa yang sama.kekadang rasa tak nak buat apa bila dah blank.tapi alhamdulillah, rakan-rakan banyak membantu.
kepada semua guru di dunia, samada guru rasmi mahupun tak rasmi, semoga anda menjadi guru yang bukan hanya mengajar, tetapi menjadi inspirasi kepada anak murid anda.
"Teachers are those who use themselves as bridges ,
Over which they invite their students to cross ;
Then having facilitated their crossing , joyfully collapse ,
Encouraging them to create bridges of their own"

Darurat Peperiksaan?


apa benda la pulak nie? darurat peperiksaan? apasal darurat lak? dah teruk sangat ke?
sebenarnya, darurat peperiksaan nie lebih kurang macam satu program/mood yang nak diwujudkan oleh pihak sekolah selepas cuti pertengahan tahun nie.bila dikaji balik suasana peperiksaan pertengahan yang baru je habis semalam, pelajar di tahun peperiksaan contohnya pelajar tingkatan 3 tak begitu serius semasa menjawab.mereka menjalani peperiksaan di dewan bagi membiasakan diri dengan suasana peperiksaan sebenar.semasa peperiksaan pun sempat lagi tido.jawab soalan pun tak serius,tambah-tambah semasa jawab paper seni (walaupun takde dalam PMR nanti) - boleh buat bising lak. pendek kata macam takde demam peperiksaan.tu yg nak buat program nie, supaya diorang boleh rasa 'demam' tu dan rasa macam exam tu dah dekat sangat dah, takla main-main lagi.
so, antara program yg dicadangkan - program kepong - selepas waktu sekolah, pelajar dikepong untuk menjawab soalan latihan. tapi kalau dikaji betul-betul, tiap-tiap tahun buat, tapi impaknya entahla.
seingat saya dulu, masa zaman sekolah, kami ada buat streaming selepas exam.so pelajar akan sedar dimana tahap dia sebenarnya.memang ada memberi kesan.
apapun program yang nak kita buat - yang paling penting adalah dalaman pelajar tu sendiri - tahap kesedaran akan betapa dekatnya peperiksaan, dah takde masa lagi untuk main-main, dah takde masa lagi untuk fokus kepada perkara-perkara lain (malangnya, sukan sekolah belum settle lagi, bulan julai baru nak buat, pun akan turut beri kesan kepada mood peperiksaan, tu cabaran tu)
kalau dah diri sendiri tak sedar lagi, camno program tu nak berkesan di hati mereka?
fikir-fikirkan....

Wednesday, May 11, 2011

Menu Sihat - Hidangan Pengantin

dlm pkl 1 petang tadi, ada discussion dengan peserta-peserta pertandingan masak- Hafiz, Aqilah dan Amirah. Kengkawan diorang yang lain pun ada join sama, tolong bagi idea. Perbincangan berkisar tentang menu yang menepati syarat pertandingan , setting meja hidangan dan agihan tugas.Tahun ni berbeza sikit dengan tahun sebelum ni. saya tak pernah lagi buat hidangan pengantin, jadi agak mencabar la jugak nak cari menu yg sesuai terutama setting meja-macamana nak buat ye. Cadangnya nak buat macam pelamin. tak sure ok ke tak.lepas tu terpikir lak, hidangan pengantin tu kan ada banyak stail , stail melayu ada, cina ada , india ada, macam-macam lagilah. bukan terhad kpd hidangan melayu je.kalau masuk pertandingan, kenala cari something yg totally different dr yg lain,kan.
saya ada masa lebih kurang seminggu untuk submit borang masuk bertanding. pertandingan tu pun ada masa dalam sebulan.insyaallah sempat.dah tanya ketua panitia KHB pasal duit PCG panitia, cikgu tu sokong penuh cadangan untuk masuk bertanding dan katanya duit ada lagi.harap-harap tahun nie dapat masuk ke peringkat negeri, kalu boleh kebangsaan, insyaallah....

Tuesday, May 10, 2011

Taklimat Pertandingan Memasak Peringkat Daerah LMS 2011

saya baru je balik dari SMK Treacher Methodist untuk satu sesi taklimat pertandingan memasak sekolah-sekolah menengah peringkat daerah LMS 2011. hari tu,bila saya cerita kat hubby pasal pertandingan ni, dia kata - kenapa ambik lagi? kan dah tak ngajar subjek KH sejak dah jadi guru media(guru library le)? emmm.. memang dah tak ngajar, kalau ikutkan, dah takde kaitan. tapi disebabkan minat(walaupun tak pandai masak dan jarang-jarang gak masak) dan suka nak bawak pelajar masuk pertandingan.lagipun tahun lepas tak dapat masuk sebab takde pertandingan masak di peringkat daerah. so budak-budak tu frust la jugak.so tahun nie,memang dah pasang niat untuk masuk.harap-harap takde masalah lain akan timbul.manala tau, kot-kot kena pegi kursus lak.
Bila diteliti balik,nampaknya syarat pertandingan tak jauh beza dari tahun-tahun sebelumnya.untuk tahun nie ada sedikit pembaharuan - resepi mesti dalam bahasa inggeris dan dalam cd!
Tarikh pertandingan peringkat daerah : 14hb mei
Tarikh pertandingan peringkat negeri (kalau ada rezeki) : 21 jun 2011
Tarikh akhir hantar borang penyertaan : 22 mei.
dan yang paling ditunggu-tunggu setiap kali ada pertandingan memasak - temanya. tahun 2009, tema berkelah. nak tau apa tema tahun nie? Hidangan Pengantin la pulak!
Takpe, jangan panik. Apapun, perkara pertama sekali - esok kena bincang dengan student (3 orang peserta). yelah, diorang yg akan masak.

Wednesday, May 4, 2011

MACA (Majlis Anugerah Cemerlang Akademik) 2010









Pada 29 April 2011, hari Jumaat bermula 8.00 pagi, bertempat di Dewan Bestari SMK Tengku Menteri telah berlangsung MACA 2010. Majlis ini diadakan untuk mengiktiraf pencapaian pelajar dalam bidang akademik sepanjang tahun 2010. Majlis ini telah dirasmikan oleh Encik Ahmad Rozairi bin Che Hat, Penolong Pegawai Daerah, Pejabat Daerah dan Tanah Larut, Matang dan Selama. Beliau juga merupakan bekas pelajar SMK Tengku Menteri.