bulan November lepas, saya berpeluang mengikuti kursus pasukan pemandu bagi program i-THINK di Hotel Grand Bluewave Shah Alam.sebelum ke kursus, saya dah dapatkan bahan-bahan kursus di internet (dah baca pun, tapi tak berapa nak faham).jadi, saya pun preparela keperluan-keperluan yang patut saya bawa.bos bagitau kursus ni tak perlu bawak laptop.terfikir gak,kursus apa la pulak yg tak memerlukan laptop. tapi, saya bawak gak, in case ada keperluan.
sangat bersyukur sebenarnya sebab hubby memahami (kebetulan kami memang berada di kl beberapa hari sebelum kursus). nak dijadikan cerita,malam sebelum ke Shah Alam, badan dah rasa lain macam (agaknya alergi dgn cuaca kl kot? ;) esoknya,mula demam. mula-mula rasa ok.tapi bila start taklimat, demam makin teruk. slot sebelah malam, masih boleh bertahan,panadol dah byk telan. training ni memang xde guna laptop - memang menyeronokkan sebenarnya, tapi disebabkan badan tak sihat, saya tak begitu menjiwai (chewah).
pagi, slot hari kedua - saya masuk sejam pertama, lepas tu saya mintak excuse drpd fasilitator utk balik ke bilik utk makan ubat dan berehat - otak dah tak boleh nak terima maklumat-dah jam. so, saya balik ke bilik,telan panadol,tarik selimut ,tido 2 jam.lepas tu, badan berpeluh,baru rasa ok sikit,saya turun balik untuk join sesi seterusnya.
kursus i-THINK ni banyak aktiviti dalam kumpulan,banyak proses berfikir,banyak menggunakan kertas majong & presentation - tu yg tak boring tu. pada saya , program i-THINK ni nak mengubah kebiasaan kita sebagai guru dan juga murid berfikir,dari kebiasaan guru yg banyak bertungkus-lumus dalam kelas(tu yg selalu letih tu) kepada murid yg lebih banyak buat kerja dan berfikir.
program ni telah dilaksanakan oleh 10 buah sekolah rintis, dan sekolah saya merupakan batch kedua yg memulakan program ni tahun ni dan akan dilaksanakan di seluruh negara pada tahun depan.
sebelum buka sek, pasukan pemandu dah pun buat in house, dan kalau ikut perancangannya, akan mula diperkenalkan pada minggu ketiga, tapi nampaknya hari pertama dah ada yang mula menggunakannya dlm pdp ( saya sendiri pun dah mula guna peta pertama-peta bulatan - rasa x sabar nak tengok respon dan reaksi pelajar bila kita guna peta) dan kalau org tanya saya - ok ke program i-THINK? pada saya - sangat bagus,pelajar akan lebih aktif.masalah pelajar di sek saya - pelajar takut untuk memberikan pendapat, bila kita tanya,diorg kekadang macam takut nak jawab,terutama kelas pandai.saya selalu cakap - jangan terlalu bersopan-santun dalam belajar, sampai tak keluar suara langsung.di awal-awal program ni,inilah antara cabaran yg saya hadapi - nak mengubah pelajar , drpd hanya mendengar je guru bercakap, kepada pelajar yang berani menyuarakan pendapat.
moga-moga berjaya! chaiyok!
Salam cikgu Sidah, sy ada hantar email cikgu dialamat seed77_99@yahoo.com. . Sedang mencari writer untuk Alat Bantu Mangajar i-Think .
ReplyDeleteMaaf jika mengganggu.