12 Jan 2013 - genap 10 tahun saya memegang title Puan.alhamdulillah, kami mampu bersama selama ni (dan insyaallah tahun-tahun mendatang).
10 tahun bukanlah tempoh yang singkat - pelbagai dugaan telah kami tempoh. saya ingat lagi, selepas tarikh ni, 10 tahun dulu, kami terpaksa berpisah sebab saya posting ke Sibu - flight 21hb Jan. Allah sahajalah yang tahu,macam nak luruh jantung saya, dah le baru nikah,kena lak keje kat tempat yang tak pernah jejak kaki.nak tolak tawaran,takut nanti langsung nak posting.saya pun tawakkal je lah. nasib baik bulan 5 dah dapat balik ke tempat asal.
10 tahun - bohongla kalau saya kata tak pernah bergaduh,berselisih faham. saya bukannya sempurna. selalu ingatkan diri, takkanla sebab 1 kesilapan,semua kebaikan pasangan kita lupakan?
selepas 10 tahun - 2 puteri ni lah pengikat kasih sayang kami. ada gak yang tanya,takkan 2 je? pada saya - yang mana penting - kualiti ke kuantiti? kalau nak anak ramai sebab tengok orang lain ramai, baikla tak usah. anak ni amanat - ingat senang ke jaga anak pompuan? tau takpe
selepas 10 tahun - alhamdulillah, hidup lebih tenteram.
Bang, terima kasih tak terhingga ...
No comments:
Post a Comment