Wednesday, January 23, 2013

Pengalaman....

sepanjang 10 tahun menjadi warga pendidik (baru 10 tahun), boleh dikatakan pelbagai pengalaman saya dapat. sejak posting - pengalaman mengajar di sarawak banyak membuka mata saya (bersyukur sebenarnya sebab berpeluang ke sana) - suasana sangat berbeza - sistem sekolah,masyarakat sampailah bab-bab makan, sangat2 berbeza (elaun pun berbeza!)
setelah balik ke semenanjung, saya cuba timba pengalaman baru sebanyak mungkin.daripada guru biasa,saya menjadi penyelaras tingkatan.beberapa tahun lepas tu, saya teringin pulak nak belajar buat jadual - lepas tu saya lak yg jadi guru jadual waktu. bukan senang nak jana jadual yang boleh memuaskan hati semua pihak - tapi saya cuba sebaik mungkin.
selepas beberapa tahun dah buat jadual, saya nak cuba lak benda lain.dan kebetulan ada kekosongan, jadi saya ditawarkan menjadi guru media bermula tahun 2011. pun bukan kerja yang mudah - kerjanya rumit - 'renyah' - melibatkan hal yg remeh-temeh. mula-mula rasa putus asa jugak sebab saya terima jawatan tu tanpa tunjuk ajar secara langsung, kena la belajar sendiri.bila dah lama-lama, rasa seronok jugak.
nak dijadikan cerita, ada satu sekolah baru akan dibuka dalam daerah saya.terfikir gak, macamana ye bukak sekolah baru? jadi 16 feb 2012, saya mendaftar di smk toh johan sebagai salah seorang drpd 12 orang guru terawal yang menguruskan pembukaan sekolah - dan saya lebih kepada menguruskan PSS. 2 minggu pegi sekolah yang belum ada pelajar - dok dalam PSS sorang-sorang - sunyi je.
 
dalam gambar di atas, cikgu harun dan zairul adalah care taker.cikgu arazmi, cikgu zainurin, ustaz ahmad zahidi, mohd fazlee (ni fotografer kami), cikgu yusoff dan cikgu yuzaini, dan 4 orang cikgi -hasniza,salmah, kak salmiza dan saya.
cikgu zairul dah berpindah ke PPD dan kak salmiza dah menjadi nazir di ipoh.
kepada rakan-rakan (yang dah berpindah mahupun masih di smktj) - terima kasih banyak-banyak atas pengalaman yang tak terhingga ni.tapi, saya paling berterima kasih kpd hubby tercinta sbb sgt memahami saya.

Monday, January 14, 2013

Cherish every moment

12 Jan 2013 - genap 10 tahun saya memegang title Puan.alhamdulillah, kami mampu bersama selama ni (dan insyaallah tahun-tahun mendatang).
10 tahun bukanlah tempoh yang singkat - pelbagai dugaan telah kami tempoh. saya ingat lagi, selepas tarikh ni, 10 tahun dulu, kami terpaksa berpisah sebab saya posting ke Sibu - flight 21hb Jan. Allah sahajalah yang tahu,macam nak luruh jantung saya, dah le baru nikah,kena lak keje kat tempat yang tak pernah jejak kaki.nak tolak tawaran,takut nanti langsung nak posting.saya pun tawakkal je lah. nasib baik bulan 5 dah dapat balik ke tempat asal.
10 tahun - bohongla kalau saya kata tak pernah bergaduh,berselisih faham. saya bukannya sempurna. selalu ingatkan diri, takkanla sebab 1 kesilapan,semua kebaikan pasangan kita lupakan?
selepas 10 tahun - 2 puteri ni lah pengikat kasih sayang kami. ada gak yang tanya,takkan 2 je? pada saya - yang mana penting - kualiti ke kuantiti? kalau nak anak ramai sebab tengok orang lain ramai, baikla tak usah. anak ni amanat - ingat senang ke jaga anak pompuan? tau takpe
selepas 10 tahun - alhamdulillah, hidup lebih tenteram.
Bang, terima kasih tak terhingga ...

Thinking Maps - Hand Signals


Thinking Maps - Body Signs


Saturday, January 5, 2013

Buku Pengurusan (Peribadi)

setiap kali nak masuk tahun baru, mesti masalah ni timbul. "kat mana nak catat apa benda yg dibuat setiap hari? buku mcmn nak guna? nak beli kat mana?"
saya selalunya akan terlibat dgn pelbagai kerja - masuk sek,pepagi buat releif kalau ada guru tak hadir, pas tu buka pss, pas tu ke bengkel kalau ada kelas, pas tu time rehat kena ada kat pss, pas tu kalau ada pembekal buku datang, kena la layan, pas tu - so on and on and on..  tu yang penting kena ada buku catatan.tahun lepas, sampai 3 buku catatan - 1 besar, 2 kecik ( bleh msk dlm handbag). ada gak terlintas nak beli tab - konon nak jadi organise le,tp pikir-pikir balik - takut nanti dok sibuk guna utk benda lain.byk -ve drpd +ve.




 



lepas meetg pertama haritu, setiap org dpt buku pengurusan sek (buku takwim sek). cantik gak. saya ni, suka kalau page tu kosong,xde garisan,jd suka hati le nak tulis ke, lukis ke. jenuh cari kat kedai, xde yg menarik dan sesuai.last2, tpikir - susah2 print je la,pas tu bind je kat sek, beli binding ring je - buka mahal pun. nak letak apa pun dalam buku - ikut sukala kan.so, settle masalah, drpd keluar ribu raban beli tab/ipad - keluar le modal dlm rm10 je. jimat,jimat

Friday, January 4, 2013

Kursus Pasukan Pemandu i-THINK

bulan November lepas, saya berpeluang mengikuti kursus pasukan pemandu bagi program i-THINK di Hotel Grand Bluewave Shah Alam.sebelum ke kursus, saya dah dapatkan bahan-bahan kursus di internet (dah baca pun, tapi tak berapa nak faham).jadi, saya pun preparela keperluan-keperluan yang patut saya bawa.bos bagitau kursus ni tak perlu bawak laptop.terfikir gak,kursus apa la pulak yg tak memerlukan laptop. tapi, saya bawak gak, in case ada keperluan.
sangat bersyukur sebenarnya sebab hubby memahami (kebetulan kami memang berada di kl beberapa hari sebelum kursus). nak dijadikan cerita,malam sebelum ke Shah Alam, badan dah rasa lain macam (agaknya alergi dgn cuaca kl kot? ;) esoknya,mula demam. mula-mula rasa ok.tapi bila start taklimat, demam makin teruk. slot sebelah malam, masih boleh bertahan,panadol dah byk telan. training ni memang xde guna laptop -  memang menyeronokkan sebenarnya, tapi disebabkan badan tak sihat, saya tak begitu menjiwai (chewah).
pagi, slot hari kedua - saya masuk sejam pertama, lepas tu saya mintak excuse drpd fasilitator utk balik ke bilik utk makan ubat dan berehat - otak dah tak boleh nak terima maklumat-dah jam. so, saya balik ke bilik,telan panadol,tarik selimut ,tido 2 jam.lepas tu, badan berpeluh,baru rasa ok sikit,saya turun balik untuk join sesi seterusnya.
kursus i-THINK ni banyak aktiviti dalam kumpulan,banyak proses berfikir,banyak menggunakan kertas majong & presentation - tu yg tak boring tu. pada saya , program i-THINK ni nak mengubah kebiasaan kita sebagai guru dan juga murid berfikir,dari kebiasaan guru yg banyak bertungkus-lumus dalam kelas(tu yg selalu letih tu) kepada murid yg lebih banyak buat kerja dan berfikir.
program ni telah dilaksanakan oleh 10 buah sekolah rintis, dan sekolah saya merupakan batch kedua yg memulakan program ni tahun ni dan akan dilaksanakan di seluruh negara pada tahun depan.
sebelum buka sek, pasukan pemandu dah pun buat in house, dan kalau ikut perancangannya, akan mula diperkenalkan pada minggu ketiga, tapi nampaknya hari pertama dah ada yang mula menggunakannya dlm pdp ( saya sendiri pun dah mula guna peta pertama-peta bulatan - rasa x sabar nak tengok respon dan reaksi pelajar bila kita guna peta) dan kalau org tanya saya - ok ke program i-THINK? pada saya - sangat bagus,pelajar akan lebih aktif.masalah pelajar di sek saya - pelajar takut untuk memberikan pendapat, bila kita tanya,diorg kekadang macam takut nak jawab,terutama kelas pandai.saya selalu cakap - jangan terlalu bersopan-santun dalam belajar, sampai tak keluar suara langsung.di awal-awal program ni,inilah antara cabaran yg saya hadapi - nak mengubah pelajar , drpd hanya mendengar je guru bercakap, kepada pelajar yang berani menyuarakan pendapat.





                                                        moga-moga berjaya! chaiyok!