Hari ni saya terbaca dalam blog kak Ungku Betty - Ceria Membaca dan Fun Reading:Dyslexia mengenai apa yang orang dyslexia nampak semasa dia membaca. Rupa-rupanya mereka nie nampak huruf tu berbeza dengan apa yang kita lihat - contohnya huruf-huruf yang nampak sama tapi berlainan orientasi contohnya huruf b , p , d dan q. mereka ini tidak boleh membezakan huruf-huruf tersebut. dan ada beberapa lagi masalah yang mereka hadapi semasa membaca (rujuk blog kak ungku untuk bacaan tambahan).
Itu apa yang orang dyslexia nampak. kita yang normal pun kekadang ada masalah ada. jadi bila anak kita @ anak murid kita yang nampak susah nak membaca, susah nak faham apa yang dia baca, cuba check samada dia memang lambat membaca atau mempunyai masalah-masalah lain. Kadang-kadang kita cepat naik angin, ye lah, dah ajar byk kali pun tak dapat2 jugak. Tapi cuba ambik masa dan check. Dan saya sebenarnya sangat kagum dengan guru-guru pendidikan khas di negara kita nie. Bukan senang nak ajar pelajar yang berkeperluan khas sebegini. Apapun, siapa pun anak murid kita, banyakla bersabar...
No comments:
Post a Comment