tertarik dengan artikel dalam The Star ni - cadangan memperkenalkan semula sekolah aliran Inggeris.
nampaknya masih lagi dengan isu bahasa Inggeris. perlukah kita wujudkan sekolah aliran Inggeris? kritikal sangatkah bahasa Inggeris kepada rakyat Malaysia?
1. daripada sudut pandangan sebagai ibubapa :
kalaulah di tempat tinggal saya, wujud sekolah sebegitu @ international school - mungkin saya pun akan tertarik untuk hantar anak2 saya. saya mahu mereka mampu bergaul/berinteraksi dengan pelbagai bangsa, dapat membina keyakinan diri mereka dan secara tak langsung meningkatkan kefasihan mereka berbahasa Inggeris.
2. daripada sudut pandangan sebagai warga pendidik :
apapun tindakan yang akan diambil oleh pihak kementerian - perlu difikir sedalam-dalamnya. perlukah menokok tambah 'jenis' sekolah sedangkan yang sedia ada masih banyak kekurangan? mengapa sekolah (contoh : sekolah harian) tidak menunjukkan kecemerlangan yang sepatutnya? pada saya,di sekolah banyak prosedur/birokrasi yg menyekat kreativiti guru & murid disamping kurang peruntukan dr segi kewangan. byk kaedah p&p yg kami ingin lakukan - contohnya membuat projek dimana pelajar dapat aplikasi teori yang telah dipelajari,buat lawatan/kerja lapangan tetapi disebabkan kekangan 'perlu habiskan silibus' , 'exam oriented' dimana guru mesti pastikan pelajarnya mesti lulus@cemerlang dalam subjeknya, membuatkan saya kadangkala berasa tawar hati . bagi sekolah yang bilangan guru adalah sedikit - bebanan kerja lebih banyak berbanding rakan-rakan di sekolah besar.bayangkan, seorang guru terpaksa memegang beberapa jawatan dalam satu masa - guru kelas,guru penasihat kelab/persatuan,unit beruniform, sukan, rumah sukan, jawatankuasa PIBG, setiausaha peperiksaan (sedangkan menjadi guru kelas sahaja memang banyak kerja setiap hari).itu belum termasuk tugas panitia matapelajaran, tugas semasa hari anugerah, hari itu dan hari ini.pendek kata - banyak tugas pengkeranian yang guru perlu dijalankan sedangkan masa berkenaan boleh digunakan sepenuhnya untuk merancang p&p yang berkesan dan menarik. bilangan guru perlu ditambah jika kementerian tidak mampu menambah jumlah kerani disekolah untuk meminimumkan 'tugas-tugas lain selain p&p'. terus terang saya nyatakan - bukan mudah untuk menyediakan p&p yang berkesan. saya mengajar mata pelajaran kemahiran hidup - saya perlu menyediakan sendiri peralatan untuk amali memasak (contohnya) memandangkan tiada pembantu bengkel.
apapun , setiap tindakan yang diambil - sila kaji sedalam-dalamnya.jangan hanya bertahan beberapa tahun, kemudian dirombak/dibatalkan terus. yang menjadi mangsa adalah anak-anak kita. jangan sampai orang hilang kepercayaan kepada sistem pendidikan kita yang asyik berubah-ubah seperti tiada ketetapan dan arah.
No comments:
Post a Comment