Wednesday, March 6, 2013

Guru tiada masa untuk keluarga?

Ini bukan isu baru - kalau anda sendiri seorang guru - anda setuju atau tidak?
Kalau tanya saya - saya akan jawab - bergantung kepada situasi kerja cikgu tu sendiri. Kalau nasib tak baik (ye ke?) , sekolah tengah kejar status SBT - sudah tentulah sibuk, keje kadangkala sampai ke malam. ada rakan guru (yang sekolahnya dah dapat status SBT) cerita, masa nak dapatkan status tu, meeting pun buat malam - sampai suami dia kata "tak bawak bantal,selimut sekali?". Memang susah - keje macam orang gila - punyala tak cukup masa. Tapi, selepas bersusah-payah tu, apa yg saya lihat (dan pd pandangan saya yang tak seberapa pengalamannya) sekolahnya menjadi sekolah rebutan - mak bapak berebut/berlumba2 nak hantar anak ke sekolah tu (termasukla saya dan suami).Jadi diorang boleh pilih pelajar - hanya yang terbaik sahaja - jadi kurang masalah disiplin, kualiti akan terjamin.

Habis tu- sekolah yang tak kejar status SBT, cikgu2nya tak sibuk ke?
balik kepada bab tiada masa untuk keluarga - saya sendiri pun kadangkala rasa serba salah. kadangkala ada mesyuarat sebelah petang , ataupun masa cuti ada kelas tambahan -
Kita tak boleh banding sistem masa kita sekolah dulu dengan sekarang. zaman kita dulu mana ada FB, twitter dll. Jadi , keje cikgu pun dah berubah mengikut masa - dah lebih kepada online - masuk markah, kena check email,  prepare power point/prezi untuk ngajar , cari bahan dan macam2 lagila.

Sistem orang Malaysia bekerja memang macam ni. masa kursus di shah alam tahun lepas, fasilitator tu dari UK.diorang ni ada sistem bekerja yg pada saya bagus - training hanya dari pukul 8 sampai 5 petang - malam takde.ikut jadual asal,ada slot malam,tp disebabkan mat saleh ni tak nak - sebab waktu malam pd diorang bukan time keje, jd takdela slot malam.pd dia - masa keje-guna sepenuhnya.training mesti jalan on time - tamat pun on time. tryla jugak buat macam tu,tapi belum 100% lagi.saya dah mula kurangkan buat keje di rumah (kekadang x sempat gak).yelah, kalau keje sekolah pun buat kat rumah,habis keje rumah sapa lak nak buat?

jadi pendek ceritanya - pandai-pandaila urus masa.

1 comment:

  1. Cikgu kalau time free kat sekolah boleh la bawak periuk nasik, kuali, perencah kari semua. Free je kelas... pegi bersiang ikan untuk masak gulai. Jgn le time free pi ngadap FB pulak....

    Balik dah boleh makan je... hahaha...!!

    ReplyDelete