SMK Toh Johan merupakan sebuah sek men di kawasan Trong, Taiping yang baru je mula menerima pelajar sejak seminggu lepas.kiranya, secara rasmi, baru je berusia 7 hari.guru-guru dah mula masuk sejak 3 minggu lepas untuk urusan pentadbiran sekolah.
Sebagai GPM (guru perpustakaan dan media) di sekolah nie, banyak gak keje yang nak dibuat, tambah-tambah dr segi nak melengkapkan fail-fail yang sepatutnya ada, kalau tak silap dlm 30 gak failnya.ye la, sek baru, semua kita kena buat.
pada saya, bab2 keje nie, biasalakan.saya tak kisah sgt.pada saya, yang penting sekarang saya kena cari cara macamana nak tambah koleksi bahan terutama buku serta cd pembelajaran di PSS.selain tu, saya perlukan dana untuk menambah keceriaan di PSS serta rangkaiannya (contohnya, bilik tayangan yang perlukan langsir sebab keadaan bilik yang cerah,sudut2 ilmu dsbg).
Oleh itu, jika tuan-tuan, puan-puan yang budiman mempunyai buku-buku terpakai yang ingin di dermakan, ataupun berhasrat untuk menyumbangkan dana, silalah hubungi saya melalui blog ini ataupun emailkan kepada saya seed77_99@yahoo.com
susah juga nak buat sesuatu kalau takde dana.dana daripada kerajaan pun belum diterima(dalam proses) tapi saya jangka tak dapat banyak, mungkin dalam 2-4 ribu sahaja.
saya berharap sangat jika ada yang sudi mendermakan buku ataupun dana, dapatlah saya tambah koleksi di PSS sek ini (sek ini merupakan sek men luar bandar).
Terima Kasih daun keladi....
Monday, March 12, 2012
Jagalah Adab Anda di mana pun berada,walaupun di alam maya
kebelakangan ni saya banyak mendapat komen terhadap entry saya ataupun bahan yang saya upload yang agak menyakitkan hati.bahasanya kekadang sungguh kurang sopan.kalaupun rasa tak berpuas hati dengan apa yang ada dalam blog saya nie, tak perlulah tulis komen-komen yang sebegitu.saya upload bertujuan untuk berkongsi bahan yang ada pada saya, saya tak kata bahan saya tu sangat perfect.kalau dah tak suka, carila di blog yang lain.masih banyak lagi blog / website lain yang dapat memenuhi keperluan masing-masing.tak perlulah meninggalkan kata-kata yang boleh menyinggung hati orang lain.pada saya, saya tak kisah apa anda pembaca nak komen,sikitpun tak rasa tersinggung ataupun tergugat.cuma yang saya agak pelik, kenapa tak gunakan nama sendiri semasa meninggalkan komen? tak berani kot?
kita, sebagai manusia, bukan hanya perlu bersikap baik, beradab mulia hanya bila di depan mata, malah di mana pun jua walaupun sekadar di alam maya/ciber.jangan ingat tak ada siapapun tahu akan perbuatan kita.

Sunday, March 4, 2012
3 minggu yang mencabar...
dah laamaaa tak jenguk blog, jangankan blog, internet pun tak sempat nak tengok.
dalam 3 minggu lepas, dua-dua anak saya kena demam campak, rutin hidup terus bertukar. disebabkan diorg demam, saya kena cari cara lain selain hantar ke taska, yelah bila dah kena demam nie, tak boleh bercampur dengan kanak-kanak lain, nanti berjangkit.saya nak ambik cuti lelama pun tak boleh, takkan nak ambik cuti sampai 2 minggu (tempoh dijangka sembuh sepenuhnya). terpaksala mintak tolong mak mertua jagakan.khamis,jumaat - tinggal kat rumah MIL sambil berulang ke sekolah. ahad, balik rumah dan isnin sampai rabu minta adik tolong jaga kat rumah sendiri (nasib baik dia tengah cuti) nak jadi cerita, selasa - terpaksa ambik mc sebab diri sendiri lak demam - sakit satu badan - banyak hari gak nak pulih balik, pun mc satu hari je sebab saya baru bertukar sekolah (akan dibuka secara rasminya esok), mana boleh cuti lama-lama. khamis sampai rabu berikutnya, di rumah MIL pulak.suami pun tak berapa sihat gak(kesian hubby). dah elok nak sihat , si adik pulak demam panas , sampai lima hari baru baik. risau gak, bawak ke hospital - doktor kata demam biasa sebab xde muntah2 dan cirit-birit.demam lambat baik sebab badan belum pulih sepenuhnya dari demam campak sebelumnya tu.
aduhhh... ujian datang bertimpa-timpa dalam 3 minggu tu.bab anak sakit, saya boleh tahan lagi, tapi bila hubby pun tak sihat - jiwa kacau betul.tambah pulak diri sendiri pun tak sihat, tak pernah kena demam macam tu sampai hilang selera makan berhari-hari (macam orang alah lak, bila makan rasa nak termuntah balik)
pagi, pegi sekolah, balik - dah x larat nak buat apa, syukurla ada family mertua, kalau tak taula nak buat macam mana.pukul 9 dah ngantuk, badan pun lemah semacam je.
tu la kan.nikmat sihat sebelum sakit.jagalah kesihatan, sebab bila dah sakit, apa pun dah tak berguna

Subscribe to:
Posts (Atom)