Thursday, June 30, 2011

Edisi 1 Buletin Menteri!


hari jumaat lepas 24 Jun 2011 (saje buat hari jumaat, ambik berkat), AJK Buletin Menteri telah berjaya menerbitkan edisi 1 buletin setelah dirancang sejak bulan Mac lepas.bukan senang (macam makan kacang)nak buat buletin nie woi.walaupun hanya 4 muka je.nak cari template yang sesuai, apa artikel nak masukkan, berapa page dan macam-macam lagilah.nak dapatkan maklumat pun satu hal gak (baru dapatkan maklumat pasal sekolah je dah rasa susah, agaknya orang yg terbitkan suratkhabar hari-hari tu dah berapa kali pengsan agaknya ye tak?)
Pagi-pagi lagi AJK terlibat menjual buletin tersebut dari kelas ke kelas (disebabkan ini adalah keluaran pertama, jadi kita nak tengok feedback secara terus dengan pembeli) Alhamdulillah, sambutan agak baik. Ada yang memberi respond yang positif, ada gak yg sebaliknya.adat la kan,mula-mula buat memangla ada banyak halangan.yang penting, jangan putus asa dan jangan dengar sangat cakap orang lain yang tak banyak membina.
Insyallah, edisi kedua akan menyusul dalam pertengahan bulan Julai pulak dan begitulah seterusnya untuk bulan-bulan yang akan datang.
terima kasih banyak-banyak kepada yg menyokong buletin, yg turut membeli, menyumbang idea, tolong print (En. Tun sebab tolong print guna printer canggih yg boleh print atas kertas A3) tanpa pertolongan dan sokongan kalian, tak dapek la nak buat buletin ni. terima kasih daun keladi ye..

Tuesday, June 14, 2011

PERTANDINGAN MEMASAK SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT DAERAH LMS 2011

hari nie saya bawa peserta ke pertandingan memasak yg ditaja MAGGI dan NESTLE bagi peringkat daerah larut matang & selama bertempat di SMK(P) Treacher Methodist. pertandingan mula dengan pendaftaran, cabutan nombor meja, taklimat hakim, persediaan awal (boleh prepare la - nak potong ke, buat gubahan ke, hiasan ke kecuali masak) then pkl 10 pg baru start masak sampai 11.30 pg.lepas tu masa untuk hakim merasa dan ambik markah.dalam pukul 12.30 baru mula upacara penutup dan penyampaian hadiah.

tahun nie lain sikit temanya : menu sihat hidangan pengantin sajian kebahagiaan
so, ala-ala makan beradap gitu.bila tengok setting meja sekolah lain, memang kecut gak.yela, kita buat simple je tahun, ada sek yg buat ala-ala pelamin.salah sorang peserta lelaki tunggal pada hari tu -Hafiz - asyik tengok sekolah lain. memang, kalau first time masuk pertandingan, memang akan tergamam macam tu.cepat-cepat saya cakap kat dia, jgn tengok sgt kat sek lain, fokus pd apa yg patut dibuat.markah setting meja tak banyak, yg banyak (40 markah) pada rasa masakan tu.

menu hari ni :
nasi soya seharum kasih
ayam panggang sehati berdansa
salad raja sehari
manisan kalbu (pencuci mulut-puding)
cinta sempurna (minuman)
- nama je pelik-pelik, yela, kan tema pengantin!

so, keputusan :
johan - SMK Simpang
naib johan - SMK Tengku Menteri
ketiga - tuan rumah - SMK(P) Treacher Methodist

alhamdulillah, dapat gak naib johan - kalau tak silap, dah masuk kali ketiga dapat naib johan ni.harap-harap tahun depan lekat lak johan (he,he)
tahun ni, preparation sederhana, hiasan meja pun ala kadar je. silap gak, semua saya buat sendiri je, tak nak susahkan orang lain - walhal kak asliza bila-bila pun boleh bantu dan berminat.bukan semua benda boleh buat sendiri - ada masanya perlukan kerjasama kumpulan baru menjadi ;)

terima kasih gak kpd guru kanan vokasional & teknik - Pn Normadiah sebab sudi gak luangkan masa menjenguk kami masa dah habis pertandingan - selama nie takde sapa pun yg datang jenguk.















Saturday, June 11, 2011

Bersediakah anda untuk mati?

Mati. Setiap yang bernyawa pasti dan akan mati. Bercerai roh dari jasad. Tahukah anda bila anda akan mati? Bersediakah anda untuk mati? Jika ditanya pada aku, sudah pasti jawapannya, aku masih tidak bersedia! Kenapa masih tidak bersedia?

Bukan untuk menikmati keindahan duniawi, bukan juga masih tidak puas hidup di dunia yang penuh godaan ini, tetapi mengenangkan terlalu banyak dosa yang masih belum di-top up dengan pahala, amalan yang amat sedikit apatah lagi Iman yang ibarat roda, turun dan naik. Sekejap di atas sekejap di bawah, aku terlalu takut dan malu untuk mengadap-Nya.

Pernahkah anda terfikir yang anda akan mati dengan tiba-tiba tanpa sebarang petanda? Aku pernah dan selalu. Tidak mengira masa terutamanya apabila berbaring untuk melelapkan mata, aku akan termenung sejenak. Merenung syiling yang bersawang, dalam cahaya yang samar. "Macam mana agaknya kalau Allah tiba-tiba nak cabut nyawa aku?" Aku fikir dengan mendalam dan selalunya datang perasaan gemuruh, gentar. Serius. Kita tidak tahu bila kita akan meninggalkan dunia ini.

Bila-bila masa saja.

Pernah, selalunya bila hampir terlelap, tiba-tiba datang perasaan seolah-olah nyawa hendak pergi. Terkejut. Terus beristighfar seraya bermonolog, "Ya Allah, jangan ambil nyawa aku lagi, jangan! Aku masih tidak bersedia lagi ya Allah!"

Serius. Aku bukan cakap sebarangan. Mungkin aku terlalu memikirkan banyak perkara. Pernah juga aku suarakan tentang perkara ini kepada ibu yang aku panggil umi, "Umi, kenapa along selalu fikir pasal mati eh? Petanda ke ni?"

Cepat saja umiku memotong kata, "Hish! jangan fikir bukan-bukan la.. Tu maknanya Allah nak along perbanyakkan amalan, ibadah, biar jadi orang beriman.."

Cuba anda fikirkan sejenak, hari ni kita tengok orang itu meninggal, orang ini meninggal, kita bersedih untuk orang itu dan menangis untuk orang ini. Tetapi, cuba anda bayangkan esok pula orang menangis untuk anda.

Setiap hari ada sahaja orang meninggal dan kadangkala dengan sebab yang tidak munasabah dan tidak tersangka. Jangan ingat mati itu menjemput tika hari tua, sebab sakit tua, apabila usia mencapai 70 dan ke atas. Kata orang, umur kritikal untuk ke masjid.

Apa salahnya kita muhasabah diri. Kadang-kadang aku termenung, kenapa orang itu dan orang ini masih leka bermaksiat, kalau tiba-tiba Allah cabut nyawa masa itu, alangkah ruginya.

Dulu, masa belajar di kolej matrikulasi, aku sempat menyertai dan mengikuti jemaah tabligh. Banyak yang aku belajar dan masih banyak yang aku tidak ketahui. Masih aku ingat kata-kata ini, "Amalan kita, solat kita, puasa kita dan sebagainya itu bukan menjamin kita untuk ke syurga-Nya. Beribadahlah berterusan seribu tahun sekalipun belum tentu menjamin kita untuk ke syurga Allah." Aku terkedu.

"Ya Allah, layakkah aku untuk ke Syurga-Mu?" Aku bertanya.

Habis itu apa yang menjamin kita untuk ke Syurga Allah?

Jawapannya ringkas saja, "Keredhaan Allah". Keredhaan Allah yang membenarkan kita untuk menjejakkan kaki ke Syurga nan indah itu. Wallahualam.

Jadi, setiap perkara yang kita lakukan, biarlah mendapat keredhaan-Nya. Apa jua perkara sekalipun. Muhasabahkan diri.

Apabila anda bersendirian, keadaan sunyi sepi.. cuba pejamkan mata. Bayangkan sudah tiba masanya untuk anda pergi selamanya. Sakit bukan kepalang.. luka terhiris sembilu sudah pedih, apatah lagi roh yang hendak bercerai dari jasad.

Anggota badan anda tidak dapat bergerak, bermula dari bawah.. perlahan-lahan ke atas. Deria anda yang terakhir yang dapat berfungsi ialah telinga. Saat itu, semuanya sudah gelap gelita, hanya dapat mendengar bunyi persekitaran.

Telinga adalah deria terakhir yang berfungsi sebelum roh meninggalkan jasad. Sebab itulah kita dikehendaki membisikkan kalimah syahadah di kala seseorang sudah nazak. Nazak bermakna nyawa sudah sampai ke penghujungnya.
Memuhasabah diri sedikit sebanyak dapat membantu kita, sejauh manakah kesedaran kita.. kesediaan kita untuk mati. Jangan sedar saja, hendaklah disusuli dengan amalan yang diredhai-Nya. Aku berpesan kepada diri sendiri dan rakan-rakan sekalian. Moga hidup kita sentiasa diberkati dan diredhai Allah S.W.T.

-Artikel Iluvislam.com
10 Jun 2011
Biodata Penulis

Berasal dari Kelantan, graduan Ijazah Sarjana Muda Elektrik & Elektronik dari UTHM dan sekarang bekerja di Kuala Lumpur sebagai Jurutera Elektronik. Salah satu hobi di masa lapang adalah menulis & berkongsi apa saja hasil penulisan di blog http://www.mushmello.com/

Friday, June 10, 2011

Family pic