Saturday, October 23, 2010

GOOD LUCK FOR THE FINAL YEAR EXAM


kepada semua pelajar , esp pelajar smk tengku menteri ; semoga berjaya menjawab kertas peperiksaan akhir tahun. dan ingat, keputusan peperiksaan ini akan menentukan kedudukan kelas anda pada tahun hadapan.
jagalah kesihatan ye..
GOOD LUCK!

Thursday, October 14, 2010

C7 Heat as a form of energy

Check out this SlideShare Presentation:

Sunday, October 10, 2010

Pot Luck (Part 2)
















Pot Luck 2010 (Part 1)

dah lama gak tak buat makan-makan sesama cikgu-cikgi kat sekolah. dulu , kerap gak buat. kenapa ek? agaknya masing-masing sibuk dgn hal dan urusan-urusan yg tak pernah habis.
alhamdullillah, kali nie dpt gak buat. seronok gak. pot luck kali nie boleh le dikatakan merangkap jamuan hari raya @ open house and open mouth!

macam-macam ada! ada mee kari , spagethi , roti jala , cucur , nasi lemak , soto , sate , kek dll.



bincang apa la agaknya ye....


nie tapai , sedap ni , tapi kalau tak tahan panas , emm...


sila , sila , jangan malu-malu...

Monday, October 4, 2010

Happy Birthday Darling!!


happy birthday abg.
i will always love u...

Sunday, October 3, 2010

Tujuh Perkara Ganjil


Apa ku tahu.. ku sampaikan...
Tujuh perkara ganjil.


Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s. w. t. Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat."

" Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu. " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s. w. t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s. w. t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.

Sambung pemuda itu lagi, " Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,"

Pemuda itu menyambung lagi, " Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Apabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu." " Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi.

" Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah itu, " Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s. w. t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya."

" Golongan kelima, ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya," sambung pemuda itu. " Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s. a. w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut.

" Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya," " Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi.

" Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi. Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s. w. t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya.

"Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s. w. t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah.

Wallahua'lam..

See More
Wahai, sahabat-sahabatku & saudara-saudaraku... baca dan hayatilah.. kongsi dan sebarkanlah... semoga kita mendapat keberkatan dariNYA bersama2.. insyallah..
By: Mohd Rizal Rosli Putra

c&p from facebook (tq kak ungku)

Friday, October 1, 2010

KPLI SN1 - Maktab Perguruan Tuanku Bainun 2002


terkenang maso dolu-dolu...
ke mana la agaknya masing2 ye?

antaranya , Elaine Chang , kak Mokhtaroh , kak Ismayati , kak Asnidar , Judith , Gayatri , kak Hamezan , Maimunah , Maria , Azlina , Hasmeru , Mas'ud , Mutalib , Sukri , Azharizal , Azmi , Zainal.

Good Luck!!