Friday, August 27, 2010

Science Form 1 Chapter 4 The Variety Of Resources On Earth

FIND ALL SIX RESOURCES OF THE EARTH THAT WE HAVE LEARNED


Science Form 1 Chapter 5 The Air Around Us

AIR CONSISTS OF NITROGEN , OXYGEN , CARBON DIOXIDE , INERT GASES , WATER VAPOUR , MICROORGANISM AND DUST.

CAN YOU FIND THEM?

Science Form 1 Chapter 6 Sources of Energy



PLEASE FIND ME....

HERE ARE SOME CLUES...

1. ENERGY STORED IN AN OBJECT DUE IT ITS POSITION
2. THE ENERGY PRODUCED WHEN WE CLAPPING HANDS
3. ENERGY THAT WE GET FROM THE BATTERIES
4. THE ENERGY WHICH ENABLES US TO SEE
5. THE ENERGY POSSESSED BY A MOVING TRAIN
6. A FORM OF ENERGY IN A HOT OBJECT
7. THE EXAMPLE OF THIS TYPE OF ENERGY IS PETROLEUM
8. THE ENERGY THAT START WITH THE LETTER ‘N’
answer :
potential
sound
electrical
light
kinetic
heat
chemical
nuclear

Thursday, August 26, 2010

16th Day of Ramadhan

tak sangka ye, dah 16 hari umat Islam berpuasa, dah 16 hari dalam bulan Ramadhan. agaknya, apa yang kita dah dapat dalam bulan yang berkat nie?
tahun nie ibadat puasa terasa agak mencabar - keadaan cuaca yg agak panas. tambahan pulak saya ngajar sesi petang. budak-budak pun , kejap-kejap minta nak ke tandas - nak cuci muka (ye ke?) siap ada yang sorang tu tanya, "cikgu! ada tak petua nak hilangkan dahaga?" terkejut gak, nak tergelak pun ada, tapi bila tengok muka dia, kesian lak.saya kata - "takde! itulah dugaan di bulan puasa. banyak-banyakla bersabar" saya sendiri pun kekadang rasa tak tahan gak, masa berbuka pun asyik minum air je. tapi masa berbuka, mesti minum air panas dulu, air teh ke, baru boleh minum air ais - kalau tak nanti mesti sakit-sakit badan.
hari nie berbuka apa? dah banyak hari asyik beli makanan kat pasar ramadhan, hari nie terlebih rajin lak, masak nasi minyak putih (resepi mom in law) , lauk daging masak dendeng.tak sempat nak buat lauk-lauk lain


NASI MINYAK PUTIH
BAHAN-BAHAN
Beras (lebih baik kalau basmathi) - 6 pot
Susu cair (1/2 tin) dicampur dengan limau kasturi (dlm 2,3 biji)
Bawang besar -2 biji (potong dadu)
Bawang putih (mayang)
Halia , Daun sup , Tomato
Kulit kayu manis, buah pelaga , bunga lawang, bunga cengkih
Sup punjut - 2 -diketuk
Kiub ayam Maggi - 2 ketul
Gula ( supaya nasi tidak hancur)
Kismis, minyak sapi, minyak jagung
CARA-CARA
Panaskan minyak sapi + minyak jagung. Tumis bawang,rempah,kismis. masukkan susu.
Setelah naik bau, masukkan air ,lebih kurang 6 pot (ikut beras)
Then, masukkan gula, kiub ayam dan sup punjut
Setelah mendidih, masukkan beras, daun sup dan tomato

Monday, August 23, 2010

Tazkirah Ramadhan

RENUNG-RENUNGKAN LAH


Jika harta yang hilang dari diri seseorang, maka tiada apa pun yang hilang,
Jika kesihatan yang hilang dari diri seseorang, maka ada sesuatu yg hilang,
Tetapi jika akhlak yang hilang dari diri seseorang, maka segala-galanya
telah hi lang dari diri seseorang.

Dikisahkan, bahawasanya di waktu Rasulullah s.a.w. sedang asyik
bertawaf di Ka'bah, beliau mendengar seseorang di hadapannya bertawaf,
sambil berzikir: "Ya Karim! Ya Karim!"

Rasulullah s.a.w. menirunya membaca "Ya Karim! Ya Karim!" Orang itu
lalu berhenti di salah satu sudut Ka'bah, dan berzikir lagi: "Ya Karim! Ya
Karim!" Rasulullah s.a.w. yang berada di belakangnya mengikut zikirnya
"Ya Karim! Ya Karim!" Merasa seperti diolok-olokkan, orang itu menoleh ke
belakang dan terlihat olehnya seorang laki-laki yang gagah, lagi tampan
yang belum pernah dikenalinya. Orang itu lalu berkata:

"Wahai orang tampan! Apakah engkau memang sengaja memperolok-olokkanku,
kerana aku ini adalah orang Arab badwi? Kalaulah bukan kerana ketampananmu
dan kegagahanmu, pasti engkau akan aku laporkan kepada kekasihku,
Muhammad Rasulullah."

Mendengar kata-kata orang badwi itu, Rasulullah s.a.w. tersenyum, lalu bertanya:
"Tidakkah engkau mengenali Nabimu, wahai orang Arab?"
"Belum," jawab orang itu. "Jadi bagaimana kau beriman kepadanya?"

"Saya percaya dengan mantap atas kenabiannya, sekalipun saya belum
pernah melihatnya, dan membenarkan perutusannya, sekalipun saya belum pernah
bertemu dengannya," kata orang Arab badwi itu pula.

Rasulullah s.a.w. pun berkata kepadanya: "Wahai orang Arab! Ketahuilah
aku inilah Nabimu di dunia dan penolongmu nanti di akhirat!" Melihat Nabi
di hadapannya, dia tercengang, seperti tidak percaya kepada dirinya.

"Tuan ini Nabi Muhammad?!" "Ya" jawab Nabi s.a.w. Dia segera tunduk
untuk mencium kedua kaki Rasulullah s.a.w. Melihat hal itu, Rasulullah s.a.w.
menarik tubuh orang Arab itu, seraya berkata kepadanya:

"Wahai orang Arab! janganlah berbuat serupa itu. Perbuatan serupa itu
biasanya dilakukan oleh hamba sahaya kepada tuannya, Ketahuilah, Allah
mengutusku bukan untuk menjadi seorang yang takabbur yang meminta
dihormati, atau diagungkan, tetapi demi membawa berita gembira bagi
orang yang beriman, dan membawa berita menakutkan bagi yang mengingkarinya."

Ketika itulah, Malaikat Jibril a.s. turun membawa berita dari langit dia berkata:
"Ya Muhammad! Tuhan As-Salam mengucapkan salam kepadamu dan bersabda:
"Katakanlah kepada orang Arab itu, agar dia tidak terpesona dengan belas kasih
Allah. Ketahuilah bahawa Allah akan menghisabnya di hari Mahsyar nanti, akan
menimbang semua amalannya, baik yang kecil mahupun yang besar!" Setelah
menyampaikan berita itu, Jibril kemudian pergi. Maka orang Arab itu pula berkata:

"Demi keagungan serta kemuliaan Tuhan, jika Tuhan akan membuat
perhitungan atas amalan hamba, maka hamba pun akan membuat perhitungan dengannya!"
kata orang Arab badwi itu. "Apakah yang akan engkau perhitungkan dengan
Tuhan?" Rasulullah bertanya kepadanya. 'Jika Tuh an akan memperhitungkan
dosa-dosa hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa kebesaran
maghfirahnya,' jawab orang itu. 'Jika Dia memperhitungkan kemaksiatan
hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa keluasan pengampunan-Nya.
Jika Dia memperhitungkan kekikiran hamba, maka hamba akan
memperhitungkan pula betapa kedermawanannya!'

Mendengar ucapan orang Arab badwi itu, maka Rasulullah s.a.w. pun
menangis mengingatkan betapa benarnya kata-kata orang Arab badwi itu, air mata
beliau meleleh membasahi Janggutnya. Lantaran itu Malaikat Jibril turun
lagi seraya berkata:

"Ya Muhammad! Tuhan As-Salam menyampaikan salam kepadamu, dan bersabda:
Berhentilah engkau dari menangis! Sesungguhnya kerana tangismu, penjaga
Arasy lupa dari bacaan tasbih dan tahmidnya, sehingga la bergoncang.
Katakan kepada temanmu itu, bahawa Allah tidak akan menghisab dirinya,
juga tidak akan memperhitungkan kemaksiatannya. Allah sudah mengampuni
semua kesalahannya dan la akan menjadi temanmu di syurga nanti!" Betapa
sukanya orang Arab badwi itu, apabila mendengar berita tersebut. la
lalu menangis kerana tidak berdaya menahan keharuan dirinya. "


Kalau tidak keberatan.... Tolong sebarkan cerita ini kepada saudara Muslim
Muslimat yang lain agar menjadi renungan dan pelajaran kepada kita semua.
Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang
yang mengajarnya meskipun dia sudah meninggal dunia... "


Wassalam
(this is email forward by my friend)

Sunday, August 22, 2010

Science Form 1 Chapter 7 Heat Part 2



ACROSS
1. When heated, solids, liquids and gases will .......................
2. When cooled, solids, liquids and gases will .......................
3. ........................... is the flow of heat through a solid
4. .......................... is the flow of heat through fluids such as gases and liquids
5. ......................... is the transfer of heat through a vacuum
6. Example of insulator used in our bedroom

DOWN
4. Solids that allow heat to pass through is called heat ........
7. Heat flows from the .................... object to the colder object
8. Happend at night - ..................... breeze
9. Happend during the day - ................... breeze
10. Solids that do not allow heat to pass through is called heat .....................

Friday, August 20, 2010

Science Form 1 Chapter 7 Heat



ACROSS
1. Heat is a form of .........................................
2. We feel .................. under the Sun
3. We feel .................. when the Sun is not shining
4. Heat can be produced by ............................ two objects together
5. The heat produced by rubbing two sticks together can produce ................
6. The heat from Sun can dries our ................................

DOWN
7. Heat produced by the burning of ............ can make engines work and motor vehicles move
8. Heat from burning fuel can be used for ............................
9. The heat from the Sun can produces ............................... energy
10. .......................................... is a measure of the degree of hotness of an object or substance
3. The unit for temperature is degree .............................. (0C)

Monday, August 16, 2010

Kinetic and Potential Energy

one informational yet very interesting video that i get from youtube - my student love it!

Wednesday, August 11, 2010

1st day of Ramadhan ....


Salam semua.hari nie , 11 Ogos bersamaan 1 Ramadhan, hari pertama berpuasa.anak yg sulung (dah 6 tahun) mintak nak puasa sama (nie la first time dia nak puasa, sahur dah biasa ikut sama) tapi saya tak galakkan sebab dia tak sihat, baru nak baik batuk & selsema.so, dia kata hujung minggu, hari tak sekolah, dia nak puasa. alhamdulillah , dia nak & berminat nak puasa (yg tak nak tu yg payah).
hari nie kat sekolah, baru waktu pertama, dah muka menyembah meja (ngantuk le..) yg tak dtg sek pun ramai gak.dasyat gak ujian bulan puasa nie ye, lagipun, sekolah petang bulan2 puasa nie memang agak mencabar, ditambah pulak waktu dekat2 nak balik nanti, dah boleh bau ayam golek , sate dan sbgnya dari pasar ramadhan berhampiran, lagila budak2 tak senang duduk - dah plan dah,keluar pintu pgr kang nak beli apa.(bukan kata budak2 je , cikgu pun sama , he, he)
bulan puasa nie, balik awal sikit, 5.50 - selalunya 6.40

Tuesday, August 3, 2010

CHOCHOLATE CHIPS MUFFINS

muffin nie sebenarnya dah banyak kali buat, resepi ambik dari rumah mamafami (minta izin paste resepi kat sini)
rasa muffin nie sedap, tak manis sgt



nie peminat setia muffin nie - Farah Hani






CHOCOLATE CHIPS MUFFINS (C&P from mamafami,tq ma)

Ingredients :

1 3/4 cups flour
1/4 cup cocoa powder
1 cup castor sugar
1 teaspoon baking powder
1 teaspoon bicarbonate of soda
1/2 teaspoon salt
1 cup fresh milk
1 egg ~ lightly beaten
1/3 cup cooking oil
1 teaspoon vanilla essence
3/4 cups chocolate chips



Method :

1. Sieve together flour, cocoa powder, baking powder, bicarbonate of soda and salt into a big bowl. Add in sugar. Mix well using a whisk.
2. In a smaller bowl, beat lightly the egg. Add in fresh milk, cooking oil and vanilla essence.
3. Pour the liquid into the dry ingredients. Mix lightly using a whisk.
4. Add in chocolate chips.
5. Spoon into the muffin cups layered with papercups, till almost full.
6. Bake in a preheated oven at 170 C for 20 to 25 minutes (depends on your oven)

Perkembangan Janin Dalam Kandungan



sungguh menyentuh hati ....