Wednesday, July 17, 2013

Selamat Berpuasa

Ramadhan datang lagi ;) alhamdulillah...

Apa perkara paling ketara kita nampak berlaku hanya dalam bulan ni?
Salah satunya tentulah kewujudan bazar2 ramadhan di merata-rata tempat. Setakat ni, baru 2 kali saya ke bazar ramadhan. Nampaknya tahun ni, tak berapa berselera bab2 makan. Kadang2, jenuh pusing2 dalam bazar tu, tak tau nak beli apa. Bukan tak ada makanan yang menarik, tapi sebab saya asyik nampak 'menu' yang biasa - sama macam tahun2 sebelumnya. Belum jumpa sesuatu yg baru, yg menarik untuk dicuba.

Apapun, elok juga kurang membeli - takde la membazir jika tak habis. Kan tak baik membazir ;)


Selamat Berpuasa Semua....


Friday, July 5, 2013

Amali Membuat Kek Kaedah Putar - Kek Pelangi (nampak macam traffic light adala ;)







dah nak dekat bulan Ramadhan dah, tapi sempat lagi buat amali. Yelah, yang paling best ngajar/belajar subjek KH ni - tang buat amali lah,lebih-lebih lagi ERT. Buat amali, lepas tu boleh makan ;)

amali ni sebenarnya nak tunjukkan kaedah membuat kek kaedah putar dimana lemak dan gula diputar sehingga gebu. disamping tu, nak juga tunjukkan bagaimana nak jadikan kek tu nampak berlapis-lapis warnanya - semua ni tak boleh main cakap je, kena tengok dan buat - baru pelajar ingat sampai mati. lebihan adunan dibakar sebagai kek cawan.

resepi pun simple je - saya banyak rujuk blog kak umie - homeswetthome.blogspot sebab resepi yang mudah dan sangat dipercayai 'kemenjadiannya' ;)

KEK 'TRAFFIC LIGHT'


Bahan-bahan :

  • 125 gm mentega
  • 150 gm gula halus
  • 2 biji telur
  • 250 gm tepung kek
  • secubit garam
  • 70 gm susu segar/uht
  • 1/2 cawan inti blueberi
  • 1 sudu teh esen vanila

Cara Membuatnya :

1.     Pukul mentega dan gula hingga putih dan gebu.

2.     Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul sebati.Masuk esen vanila.

3.     Ayak tepung, dan garam,masukkan ke dalam adunan mentega berselang-seli dengan susu sambil digaul rata. (mula dengan tepung dan diakhiti juga dengan tepung)

4.     Sudukan ketiga-tiga warna berselang-seli sehingga habis. 

5.     Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 40 - 50 minit hingga masak, (bergantung kepada saiz kek. jika kek cawan,, ambil masa dalam 18 - 20 minit je)