Saturday, June 19, 2010

Toy Story 3

semalam 18/6 kami pegi GSC untuk tengok toy story 3.yasmin & farah selalu sebut nak tengok movie tu,asal tengok je promo kat tv,sibuk nak tengok (tapi diorg tak tau yg movie tu ada kat cinema je) hubby dah buy ticket online, so bila bgtau yg kami nak bawak diorg pegi tgk toy story 3 , punyala excited sampai kat jiran sebelah rumah pun tau sbb si kakak dok sibuk bercerita yg kitorg nak bawak diorg tgk toy story 3 kat cinema yg ada screen besar!





seronok sgt yasmin & farah sebab nie la first time diorang pegi tgk movie. si adik sampai tak berkelip tengok screen besar.cerita dia pun memang best.sedih lak tgk ending cerita macam tu.anak-anak pun ok je masa kat dalam cinema tu, so kiranya bole la bawak pegi tgk movie lagi.







sebenarnya bagus jugak kita sebagai parent introduce kat anak-anak pasal tgk movie kat cinema, rooler coster atau apa saje yg sesuai dgn zaman anak-anak.coz hr tu saya ada tgk tv9, rancangan tanyalah ustaz - kata ustaz tu (lebih kurang yg saya ingat), anak-anak akan jatuh cinta dgn siapa yg perkenalkn sesuatu kepadanya.jadi sepatutnya kita sebagai parent yg perkenalkan supaya kita boleh terangkan buruk dan baiknya sesuatu perkara tu dan hubungan kita dgn anak-anak akan lebih rapat.

Monday, June 14, 2010

yasmin hani's report card

hari khamis 3 jun 2010 hari tu , ada parent's day kat tadika yasmin. so pagi tu pegi la tadika untuk ambil report card yasmin. alhamdullillah result kakak sgt membanggakan , malah dapat no satu dalam kelasnya. harap-harap , kakak bukan saja cemerlang dlm akademik, malah akhlaknya juga (ini yg agak mencabar)


SMACHIAN reunion at Kamalodge,Taiping 5&6 Jun 2010











on 5 & 6 Jun hari tu , kami organised small reunion kat Taiping , stay kat chalet Kamalodge. malam tu kitorang buat barbeque. seronok gak jumpa kawan-kawan lama, ada yang tak jumpa semenjak lepas spm.
gambar-gambar nie masa anak-anak tengah berseronok mandi kat swimming pool kat chalet.




Rahsia Melalui Tulisan


Rahsia Melalui Tulisan - Dr Fadzilah Kamsah
c&p dari blog kak ungku betty (tq kak)

Pertama : Tekanan

i. Tekanan yang kuat
Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas.
· Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif

ii. Tekanan yang ringan
Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas.
· Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit


Kedua : Bentuk Tulisan

i. Tulisan yang bulat-bulat
Semua huruf ditulis dengan bulat
· Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)

ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper
Tulisan yang angular dan sharp
· Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logical)


Ketiga : Kecondongan

i. Condong ke kanan
· Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih
sayang, berani, pemurah

ii. Condong ke kiri
· Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka
campur orang

iii. Tegak
· Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan
tengah

iv. Campur-campur
· Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan datang bulan (maaf)


Keempat : Kerapatan

i. Jarang-jarang
· Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.

ii. Rapat-rapat
· Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut


Kelima : Pada huruf J, G, Y, Z
i. Ada ekor
a) Besar, panjang dan sempurna
· Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan

b) Kecil, pendek dan tak sempurna
· Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri


Keenam : Pada palang huruf kecil T (t)
i. Tinggi
· Tahap aspirasi tinggi
ii. Rendah
· Mudah berpuas hati, cita-cita rendah
iii. Tengah-tengah
· Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana


Rumusan : -

Tulisan mencerminkan peribadi… Kita boleh menukar tulisan kita untuk mengubah peribadi dan Personaliti kita dengan sengaja supaya kita cemerlang dalam hidup…


by MUZRI on July 27, 2008