Wednesday, September 30, 2009

Bila anak demam...

hari nie terpaksa ambik cuti rehat khas sebab farah hani (2 yrs ++) demam, on off demamnya. bila makan ubat , ok then panas balik. tiga hari lepas, si kakak, yasmin hani yang demam, 2 hari.si adik nie, bila tak sihat, dia mesti memerap ngan ibunya, asyik nak dukung. jadi kena gak ambik cuti, walaupun byk kerja sekolah belum siap. Tapi, apapun, family comes first, tul tak?

lepas makan ubat, petang tu dia tido agak lama. lepas bangun tido, boleh makan sikit - farah suka makan mee sup. tapi, skrg panas balik badannya. kalau esok tak ok gak, kena bawak pg klinik.risau gak kan.manala tau, diorang nie demam apa.bila call mak, rupanya adik2 pun ada gak yang demam, tapi dah ok dah. kalau demam raya , tak la risau ...

Tuesday, September 29, 2009

kerja 0h kerja

hari nie dah masuk hari kedua persekolahan. tetiba dengar cerita exam akhir tahun nak dipercepatkan, walhal ada satu bab lagi belum cover! nampaknya kena la pulun habiskan silibus, then amali buat selepas exam. cuma satu je yang tak syok. selalunya lepas final year examination, bebudak mula tak datang sekolah. kalau dtg pun, kalau ada buat jamuan akhir tahun, ataupun nak ambil result exam, coz nak tau tahun depan masuk kelas apa, takutla kot2 kena turun kelas. bebrapa tahun kebelakangan nih, kitorang mula ajar subjek tahun depan,contohnya pelajar form 1 akan mula belajar satu bab atau tajuk subjek form 2. jadi, kalau nak pastikan pelajar datang sek lepas exam, pada saya senang je. kalau kemahiran hidup ert - ajar bab masakan, siap buat amali - confirm diorang datang sek! sebab diorang seronok dapat memasak dengan kawan2 (walaupun kat rmh tak pernah masak!)

glitter-graphics.com

Tuesday, September 15, 2009

Selamat Hari Raya


dah seminggu raya baru boleh masuk entry.masa raya hari tu sibuk tul, tambahan lak ada beberapa hari tu celcom connection ada problem,setakat boleh tgk blog je, nak tulis pun lambat sgt. hari nie dah start masuk sekolah.selamat bekerja setelah lebih seminggu cuti-rasa liat sikit masa nak dtg sekolah!! maklumla dah lama dok kat rumah :)

antara gambar masa hari raya pertama (kat rumah MIL, rumah mak -banjir sampai malam raya baru surut)


dzulkifli , farah hani, yasmin hani and me

Sunday, September 13, 2009

Demam, demam...

Hari khamis dan jumaat lepas (10,11 Sept) ambik mc, tak pegi sekolah. Hari rabu tu dah rasa badan semacam je, asyik batuk je, nak bercakap ngan student pun susah sampai student pun cakap, suara cikgu dah lain.Lepas sekolah, terus pegi rumah MIL for iftar, 9/9/09 adalah my MIL's birthday. malangnya makan pun tak lalu, sedangkan ada macam2 makanan kat depan mata. then balik rumah, malam tu start demam. nasib baikla hubby tolong lap dan letak tuala lembap kat kepala. dah tak boleh pikir apa2, kepala pening semacam + batuk + demam.esoknya pegi klinik, doktor bagi mc 2 hari. katanya kalau tak kebah gak demam, kenan pegi hospital. alhamdulillah hr ketiga (actually on my birthday 12/09/09) dah takde demam, batuk je yg tak ok lagi.

Hari nie 13/09, sempat la pegi shopping kat ipoh, ada butik ariani baru beberapa minggu (rasanya) bukak kat greentown.thanx to my hubby, dapat lah tudung baru (bday gift merangkap raya).terus sihat walafiat.. he ... he...
THANK YOU SO MUCH ABG....

Friday, September 4, 2009

H1N1- Unpublicized preventative steps

My friend send me this through email yesterday.
I find these preventive steps very useful and would like to sharewith everyone. May Almighty Allah save us all from this flu.

Subject: H1N1- Unpublicized preventative steps

This seems true for the prevention & control of H1N1, so good topractice this esp if you have flu symptoms :
While you are still healthy and not showing any symptoms of H1N1infection, in order to prevent proliferation, aggravation of symptomsand development of secondary infections, some very simple steps notfully highlighted in most official communications can be practised(instead of focusing on how to stock N95 or Tamiflu):

1. Hand-washing (well highlighted in all official communications)

2. Hands-off-the- face approach. Resist all temptations to touchany part of face (unless you want to eat, bathe or slap).

3. Gargle twice a day with warm salt water (use Listerine if youdont trust salt). H1N1 takes 2-3 days after initial infection in thethroat to proliferate and show characteristic symptoms. Simplegargling prevents proliferation. In a way, gargling with salt waterhas the same effect on a healthy individual that Tamiflu has on aninfected one. Dont underestimate this simple, inexpensive andpowerful preventative method.

4. Similar to 3 above, clean your nostrils at least once every daywith warm salt water. Not everybody may be good at Sutra Neti (a verygood Yoga asana to clean the nasal cavities), but blowing the nosehard once a day and swabbing both nostrils with cotton buds dipped inwarm salt water is very effective in bringing down viral population.

Happy Breathing!

Tuesday, September 1, 2009

Back to School!

Hari nie hari pertama persekolahan setelah bercuti dan berpuasa di rumah selama 10 hari.kat taiping nih, pepagi dah hujan lebat, alhamdulillah, sejuk dan nyaman je hari nih.
So, minggu nie sambung lagi bab jahitan (elektif) di mana pelajar dikehendaki menghasilkan skirt berkasing.belajar, tak susah, yang susahnya, bab nak guna mesin jahit.maklumlah, mesin jahit nie kekadang ok, kdg tak.jadi mana2 pelajar yg ada mesin jahit kat rumah, bolehla sambung jahit kat rmh masing2.yg takde mesin jahit? guna je la mesin jahit kat sekolah... Sesuaila dgn bulan puasa nie, banyakkan amali drpd teori, kalau tak nanti cepat ngantuk! ;)

Jgn jadi mcm nih,

atau macam ni,


Selamat Berpuasa Semua!

52th Merdeka Day