Sunday, March 4, 2012

3 minggu yang mencabar...

dah laamaaa tak jenguk blog, jangankan blog, internet pun tak sempat nak tengok.
dalam 3 minggu lepas, dua-dua anak saya kena demam campak, rutin hidup terus bertukar. disebabkan diorg demam, saya kena cari cara lain selain hantar ke taska, yelah bila dah kena demam nie, tak boleh bercampur dengan kanak-kanak lain, nanti berjangkit.saya nak ambik cuti lelama pun tak boleh, takkan nak ambik cuti sampai 2 minggu (tempoh dijangka sembuh sepenuhnya). terpaksala mintak tolong mak mertua jagakan.khamis,jumaat - tinggal kat rumah MIL sambil berulang ke sekolah. ahad, balik rumah dan isnin sampai rabu minta adik tolong jaga kat rumah sendiri (nasib baik dia tengah cuti) nak jadi cerita, selasa - terpaksa ambik mc sebab diri sendiri lak demam - sakit satu badan - banyak hari gak nak pulih balik, pun mc satu hari je sebab saya baru bertukar sekolah (akan dibuka secara rasminya esok), mana boleh cuti lama-lama. khamis sampai rabu berikutnya, di rumah MIL pulak.suami pun tak berapa sihat gak(kesian hubby). dah elok nak sihat , si adik pulak demam panas , sampai lima hari baru baik. risau gak, bawak ke hospital - doktor kata demam biasa sebab xde muntah2 dan cirit-birit.demam lambat baik sebab badan belum pulih sepenuhnya dari demam campak sebelumnya tu.
aduhhh... ujian datang bertimpa-timpa dalam 3 minggu tu.bab anak sakit, saya boleh tahan lagi, tapi bila hubby pun tak sihat - jiwa kacau betul.tambah pulak diri sendiri pun tak sihat, tak pernah kena demam macam tu sampai hilang selera makan berhari-hari (macam orang alah lak, bila makan rasa nak termuntah balik)
pagi, pegi sekolah, balik - dah x larat nak buat apa, syukurla ada family mertua, kalau tak taula nak buat macam mana.pukul 9 dah ngantuk, badan pun lemah semacam je.
tu la kan.nikmat sihat sebelum sakit.jagalah kesihatan, sebab bila dah sakit, apa pun dah tak berguna

No comments:

Post a Comment