Tuesday, November 30, 2010

Perlukah Amalan Berpantang Selepas Bersalin?

Dalam dunia serba moden ni, perlu lagi ke berpantang selepas melahirkan anak?
Sebenarnya penjagaan dalam pantang sama pentingnya dengan penjagaan semasa hamil.
Kebanyakan daripada kita, begitu beria-ia menyediakan keperluan semasa hamil dan untuk bersalin - cari baju mummy , baju baby, katil baby dan macam-macam lagi. tapi tak ramai yang beria-ia menyediakan keperluan untuk berpantang selepas bersalin.

Situasi sama terjadi semasa saya mengandungkan anak sulung. kurang bersedia untuk berpantang, namun saya sangat bernasib baik kerana semasa pantang saya dijaga oleh ibu dan nenek yang juga seorang bidan. Namun ada ketikanya emosi saya mudah terganggu, cepat melenting, mudah menangis, mungkin disebabkan badan masih terasa sakit dan kurang tidur waktu malam.

Antara amalan-amalan berpantang yang biasanya dilakukan oleh orang Melayu ialah bertungku, berurut 3 hari berturut-turut, mandi daun atau mandi lulur, bertangas, memakai bengkung, minum air akar kayu dan jamu, makanan berkhasiat khusus untuk berpantang dan lain-lain seperti berpilis, mengikat rambut, memakai stoking dan sebagainya. Kira seksa la jugak nak menghabiskan 44 hari tu, tapi untuk kembali sihat, buatla jugak.



nie antara jenis bengkung yang boleh didapati di pasaran



yang nie bengkung yang lebih moden - boleh tgk kat http://www.bengkongmoden.com/ - pakai velcro.

Yang nie info saya dapat dari facebook (Raja Fatimah Nazli):

Secara asasnya proses berpantang ialah minum air akar kayu, berpilis, berparam, berbengkung, bertungku dan bertangas. Proses berpantang amat bagus dilakukan bagi memulihkan kesihatan tubuh ibu seperti sedia kala. Namun bantuan ahli keluarga terutamanya suami amat penting sekali supaya proses berpantang boleh dilakukan dengan lancar, maklumlah dengan adanya kehadiran anak kecil.Terbaik, penjagaan diri dimulakan sebaik sahaja melahirkan anak pertama. Wanita yang tidak menjaga rapi tubuhnya selepas bersalin, diri sendiri juga yang rugi. Terutamanya semasa tempoh berpantang 44 hari kalau boleh elakkan keluar rumah seperti menonton wayang, membeli belah dan membuat perjalanan jauh. Kesannya hanya akan ketara selepas beberapa tahun seperti badan bisa-bisa, lesu, perut selalu masuk angain, mudah lenguh, muka pucat, peranakan longgar, cepat berair dan berbau busuk ketika bersenggama, penglihatan terjejas dan paling teruk peranakan terkeluar dari tempatnya (tombong).Suami pula perlu bertolak ansur untuk memastikan kesihatan dalaman ibu benar-benar pulih sebelum mencampuri isteri. Walaupun berhak bersama selepas nifas, bagi saya tetap bahaya kerana rahim dan peranakan isteri masih dalam proses penyembuhan. Walaupun dari segi fizikal kelihatan sihat, luka di dalam mengambil masa untuk benar-benar sembuh.

Senarai amalan berpantang

1. Jangan banyak minum, cuma tiga teguk sekali minum dan hanyalah air panas. Terlalu banyak minum air menyebabkan peranakan lambat bercantum rapat.

2. Jikalau makan nasi, ambillah sekepal yang masih panas.

3. Amalkan minum air rebusan akar kayu, air rebusan halia dengan lada hitam, jamu bersalin; dan asah, tumbuk atau rebus biji manjakani dan diminum airnya. Biji manjakani bagus untuk mencegah lelehan faraj sewaktu kehamilan akan datang.

4. Dilarang keras minum minuman berais dan kacang soya.

5. Elakkan makan jambu batu, kekacang, nanas, sesetengah tumbuhan menjalar, nangka, labu, dan nasi sejuk kerana ia menyejukkan badan. Jambu batu selalu dikaitkan dengan Vitamin C iaitu bersifat sejuk. Lagipun makanan ini menyebabkan peranakan berair terlalu banyak semasa bersama suami.

6. Elakkan makanan yang gatal seperti makanan laut, telur, dan ayam daging kerana khuatir luka dalaman bernanah.

7. Pemakanan yang digalakkan termasuk lada hitam, halia, sup, kunyit, dan ikan yang boleh menghangat dan memberi tenaga.

Amalan Dalam Hari

1. Kaki tidak boleh dibuka luas dikhuatiri peranakan longgar. Duduk bersimpuh sememangnya mengetatkan otot faraj dalam jangka masa panjang untuk mewujudkan hubungan suami isteri yang lebih bermakna.

2. Sewaktu berbaring, jangan mengalihkan badan ke kiri dan kanan sesuka hati. Untuk menjaga rahim tetap pada kedudukan, tidur terlentang dengan disendal bantal di kiri dan kanan.

3. Ibu dalam hari mudah masuk angin, jadi perlu pakai baju lengan panjang, rambut diikat tegang (bunjut), berstokin ketat, jangan mandi basah kepala manakala lubang telinga disumbat bawang putih. Ibu jari kaki dilumur kunyit hidup. Amalan ini mengelakkan gila meroyan.

4. Jangan abaikan pemakaian coli sewaktu berpantang kerana dikhuatiri payudara yang bengkak dengan susu akan kendur dan jatuh. Tips mudah, gunakan nursing bra.

5. Sapukan campuran kapur sirih dan perahan limau nipis pada perut. Kemudian, ikat ketat barut/bengkung panjang dari bawah payudara meliputi bawah punggung hingga pangkal paha. Bengkung dipakai selama 44 hari. Ramuan berfungsi untuk mengecutkan rahim, manakala bengkung mengempiskan kulit perut dan mengelakkan punggung melendur.

6. Dua minggu pertama elakkan mencangkung sewaktu membuang air dikhuatiri peranakan lenjan dan mudah terkeluar. Sebaiknya guna tandas duduk dan kaki dibuka sederhana luas.

7. Elakkan bergerak cergas ke sana ke mari dan elakkan mengangkat benda berat kerana boleh membentankan peranakan.

8. Air mandian yang baik biarlah air suam yang dicampur serai wangi, daun pandan, daun seringan, daun jambu batu, daun pisang batu, dan daun lengkuas.

9. Selepas mandi sapukan pilis, iaitu memupuk kunyit di dahi dan pakailah bengkung.

10. Amalkan bertungku dengan tungku panas yang dibalut daun mengkudu. Bertungku memudahkan urutan sengkak dilakukan agar rahim mudah kembali pada tempat asal dan mengurangkan rasa sakit ketika urutan.

11. Amalan berurut seluruh badan dilakukan seminggu selepas bersalin selama 3 hari berturut-turut. Sebaiknya dilakukan selepas mandi dan bertungku.

12. Rebus bahan tangas seperti asam gelugur, garam jantan, daun sirih, daun inai, halia dan manjakani hingga mendidih. Angkat dan letakkan di bawah kaki agar asap panas naik ke vagina kira-kira 20 minit. Amalan ini boleh juga dibuat seperti sauna. Air yang telah sejuk boleh dibuat pencuci vagina. Amalan ini berfungsi untuk menyembuhkan luka dan jahitan, mengetatkan alat sulit, mengecutkan rahim serta otot-otot yang kembang.


Apapun, jangan pandang remeh amalan orang tua kita ni. Setiap satu amalan tersebut, ada rahsia dan kebaikannya tersendiri

Friday, November 26, 2010

Petua Agar Anak Ikut Cakap Ibubapa

by ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA on Wednesday, November 17, 2010 at 2:48am

1.Setiap pagi, sebelum pergi sekolah, anda berdiri di belakang anak dan kedua-duanya (anak dan ibu atau bapa) menghadap kiblat.

2.Letakkan kedua-dua telapak tangan ibu/ayah yang dirapatkan atas kepala anak tanpa sentuh kepala lebih kurang 1 inci dari rambut.

3. Bacakan al Fatihah dan Alam-nash-rah... hingga habis.

4. Niat dalam hati mohon pada Allah: "Ya Allah permudahkanlah anak aku ini untuk belajar dan diterangkan hati, lembutkan hati dan ditetapkan iman dan mohon anak aku ini mendengar cakap ibu bapanya".

5. Kucup dahi anak dan biarkan dia pergi ke sekolah. Telapak tangan anda (ibu/bapa) ada aura dan gunakannya sebaik-baiknya.

Petua Menidurkan Anak



by ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA on Friday, November 26, 2010 at 1:29am
(copied from facebook)

Kanak-kanak yang tidak memperoleh tidur yang mencukupi lebih cenderung menjadi terlalu letih sepanjang hari dan kerap mengantuk. Dalam sesetengah kes, mereka juga kerap menukar lokasi tidur pada waktu malam atau mempunyai lebih banyak masalah tidur. Berikut petua untuk menidurkan anak.

1.Pastikan anak anda memperoleh tidur yang mencukupi - Setiap bayi memerlukan 14 hingga 15 jam untuk tidur pada setiap hari. Kanak-kanak pula memerlukan tidur selama 12 hingga 14 jam sehari, manakala pelajar pra-sekolah memerlukan 11 hingga 13 jam sehari bagi membolehkan tubuh mereka berfungsi dengan baik.

2. Tidurkan waktu dia mengantuk - Sebaik-baiknya rutin tidur bayi anda patut bertahan selama 30 hingga 60 minit bagi setiap kali tidur manakala bagi kanak-kanak yang sudah memasuki alam persekolahan pula, rutinnya adalah di antara 20 hingga 30 minit.

3. Cahaya matahari sebagai loceng - Cahaya mentari memainkan peranan yang penting untuk membetulkan pola harian tidur si anak. Pendedahan anak kepada sinar matahari sebaik sahaja dia terjaga dari tidur boleh memberinya petanda semulajadi bahawa hari sudah siang.

4. Persekitaran tidur selesa - Ini bermakna persekitaran tidur yang baik adalah dingin, gelap, senyap dan selesa. Pastikan juga si kecil tidur di atas tilam yang selesa dan memakai baju tidur yang tidak menganggunya sepanjang waktu tidur.

5. Persekitaran yang selamat - Periksa bilik tidur anak terlebih dahulu dan pastikan bilik tidurnya bebas daripada barangan yang bersepah sehingga menganggu keselesaan untuk tidur.

6. Ajar anak cara tidurkan dirinya – Didik anak anda mengenai kepentingan mempunyai rutin tidur yang menenangkan. Berikan juga tumpuan kepada kesan berkaitan tidur yang mungkin mempengaruhi tabiat tidur anak anda. Galakkan anak belajar menenangkan diri sekiranya terjaga pada waktu tengah malam. Kira-kira satu pertiga daripada kanak-kanak yang sudah bersekolah masih memerlukan bantuan ibu bapa untuk kembali kepada tidur setelah terjaga

Monday, November 22, 2010

Science Form 2 Chapter 1 The World Through Our Senses

BAB 6 Tanaman Hiasan Tingkatan 1

Clever di Astro TVIQ


biasa tengok @ dengar pasal program Clever di Astro Channel 552 TVIQ? first time saya tahu pasal program nie masa dok tekan remote tv tengok info kat Astro. ternampakla tajuk program tu, tapi tak terfikirla nak tengok. sampaila satu hari one of my student tanya saya, kenapa gas helium bila disedut, suara kita akan jadi pelik? saya tanya macamana kamu tau? barulah student saya nie cerita yang dia tengok Clever. bermula dari situla saya pun mula menonton program tu. memang la masa mula-mula tengok, kita terfikir - ni rancangan untuk budak2 ni! ye la, pengacaranya Aznil, lepas tu ada 2 buah sekolah rendah yang akan bertanding dan dibantu oleh celebriti. tapi kalau kita cuba jawab soalan2 yg ditanya, kadang2 kita pu tak tau jawapannya!
jadi sekarang, saya galakkan anak saya menonton TVIQ semasa cuti. dan dalam suratkhabar the star ada dikeluarkan iklan mengenai jadual program TVIQ sepanjang cuti.
kepada para pelajar SMKTM, tontonlah program tv yang memberi manfaat kepada anda,ok

Sunday, November 21, 2010

BAB 11 Jahitan II (Elektif ERT)

Bab 10 Pakaian Tingkatan 1 ERT



rujukan sampingan bagi BAB 10 Pakaian Tingkatan 1 Elektif Ekonomi Rumah Tangga

PERKARA-PERKARA YANG MEMBUAT KITA HILANG INGATAN DAN TUMPUL MINDA



Kurangkan makan bawang besar
Kurangkan makan berempah
Kurangkan makan ketumbar kering
Kurangkan menonton hiburan
Kurangkan membaca majalah hiburan
Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak
Kurangkan minuman air batu,air dalam tin(100 plus dan lain2)
Kurangkan makan organ dalaman ayam terutamanya kanak2
Jangan makan kepala ikan
Jangan minum air yang ada semut
Jangan tidur selepas subuh
Jangan tidur selepas asar
Jangan tidur selepas makan
Jangan makan terlalu kenyang
Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam
Jangan menyapu rumah pada waktu malam
Jangan makan yang masam-masam berlebihan
Jangan dicampur makan laut dan darat dalam satu hidangan
Jangan minum susu selepas memakan daging/ayam

PERKARA-PERKARA YANG PERLU DIAMALKAN
Selalu makan buah manisan seperti kurma dan lain2
Selalu makan makanan yang panas2
Selalu memakan kekacang seperti kacang soya @ badam dan lain2
Selalu minum air masak
Selalu makan ulam2
Selalu mengamalkan pandangan hijau
Selalu bersenam
Selau menggunakan imajenasi otak
Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum/soya
Banyakkan aktiviti berkhemah di hutan/pantai(yang mempunyai pokok) kerana disitulah terdapat banyak ion2 negetif dan cahaya matahari infra merah (terutama pada waktu pagi) yang amat diperlukan oleh tubuh badan,kerana hanya kawasan seperti ini sahaja yang mempunyai % yang cukup untuk kegunaan kita seharian berbanding dalam bangunan batu ianya terlalu sedikit
Jangan ego
Jangan dengki pada orang lain
Jangan makan dari sumber yang tidak halal
Jangan memberi anak makan makanan dari sumber yang tidak halal
Jangan makan makanan yang ada pewarna
Jangan makan makanan yang ada pengawet
Jangan mengunakan minyak masak lebih dari 2 kali
Jangan mandi selepas 9.00malam
......dan yang paling penting dibawah ini........
selamat beramal.....

Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.
Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.
Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.
Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.
Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).
Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang b ila -b ila masa.
Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.
Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita.
Nanti kita sombong apab ila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.
Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan mengh ila ngkan kasih orang kepada kita.
Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita.
ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.
Jangan biarkan SAJE email ni. Hantarkan kepada semua saudara islam yang anda kenal !!
Wasalam
"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW)

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.."
(Surah Al-Ahzab:71)

(diambil drpd facebook)

Saturday, November 20, 2010

Cuti Sekolah Akhirnya...



akhirnya dah tiba cuti sekolah hujung tahun...

tapi, sebelum cuti, semua cikgu kelam-kabut buat kerja. maklumlah, hujung2 memang byk kerja, slip exam pelajar nak kena buat, nak kena serah laporan tu, laporan nie, macam la sekolah tu dah nak tutup terus! mungkin bagi cikgu-cikgu yang nak balik kampung dan bercuti ke tempat lain, memangla terpaksa siapkan jugak kerj supaya tak dipanggil semula ke sekolah, kalau tak spoil la cuti kan! saya sendiri pun ada lagi kerje yang siap dek kerana sibuk menyiapkan benda2 yang orang lain nak! bukan senang jadi cikgu woii.. kata orang - jadi cikgu la senang,bila cuti sekolah, cikgu pun cuti. hakikatnya, tak macam tu. masa cuti macam nie, ada yang kena jadi pengawas peperiksaan , ada yg kene marking paper , pegi kursus dan sebagainya.
apapun, walau macamana susah sekalipun pekerjaan kita, tapi kalau dah minat, semuanya akan jadi mudah, tak gitu?
to my beloved student, manfaatkan cuti anda ye. jaga diri, hiasi peribadi (chewah! bunyi macam penceramah lak!)

Sunday, November 14, 2010

Choosing labour - natural or high-tech medical procedure?

Though doctors play a role in giving women the necessary information about labour options, women and their partners need to take their share of responsibility too in making informed choices and decisions. รข€“ AFP
thestar.com.my

Hari nie masa dok belek2 the star, saya terbaca satu artikel nie -
http://thestar.com.my/health/story.asp?file=/2010/11/14/health/7385426&sec=health
artikel mengenai proses kelahiran , yang sepatutnya berlaku secara normal tetapi boleh juga melalui kaedah-kaedah moden seperti pembedahan ceasarean. antara yang menarik perhatian saya, ada yg memilih C-section semasa kelahiran pertama walaupun sihat dan berisiko rendah hanya setelah mendengar pandangan doktor.ada juga memilih kaedah ini untuk memanipulasi horoskop si anak. malangnya , wanita tersebut mungkin tidak tahu bahawa kelahiran yg berlaku secara semulajadi adalah jauh lebih baik.

Sebagai bakal ibu, kebanyakkannya menyerahkan kpd doktor utk memilih kaedah kelahiran yg sesuai . saya sendiri pun mengalami situasi yg sama.apabila diingat semula situasi semasa nak melahirkan anak kedua, saya perlu di'induced' jika tidak bersalin pd tarikh yg dijangka kerana katanya bayi saya besar.pkl 7 pagi tarikh tersebut, semasa pemeriksaan, doktor kata bukaan dah 1@ 2cm tapi tanpa berbincang dgn saya, doktor tersebut teruskan juga dgn 'induced'.dan yg malang lagi, saya sendiri pun tak terkata apa-apa.mungkin doktor tersebut fikir yg saya mungkin lambat lg akan bersalin, tp dari pengalaman pertama dahulu, bila dah mula buka , bukaannya akan bertambah dgn cepat. maka, bermulalah episod 'sakit'.'induced' akan membuatkan kita 'dipaksa' bersalin. pkl 9 saya dah terasa sakit yang amat sangat, lebih sakit drpd kelahiran anak sulung - seperti nak putus rasanya pinggang.setiap kali contraction, berpeluh2 seperti org mandi, nak bercakap pun dah tak mampu. terpaksa saya panggil nurse,tp diorang ingat saya belum lagi nak bersalin.nasib baik ada sorang nurse yg cadang nak check bukaan - rupanya dah 5 cm. dia terus ambilkan wheel chair dan bawa saya ke labour room. nak sms kat suami pun dah tak sempat.kat LR, doktor pun buat tak kisah sangat sbb ingat lambat lagi.tapi saya cakap-saya dah nak bersalin sgt2, barula dr tu kelam-kabut bentang kain.tak lama lepas tu, saya terus bersalin! terkejut gak dr tu sebab pkl 11 dah bersalin.bila dah selesai semua, saya pun balik ke wad-nurse tgk semacam.saya dengar diorang cakap 'ha, dah bersalin dah,cepatnya' - lebih krg cam tu la. saya, dlm hati - 'tu la, bila org ckp, jgn ingat org tu buat2 sakit' - sabar jela. dah lepas bersalin pun, masa kat wad, boleh rasa lagi sakit contraction tu.agaknya drug tu tak habis lg.

Pengajarannya -
1. Kita sebenarnya ada hak untuk tentukan apa yg terbaik untuk diri kita-sebab yang nak menanggung sakit, adalah kita sendiri, dan bukannya doktor.
2. Sesuatu yg berlaku secara semulajadi adalah yg terbaik - kelahiran normal lebih mudah, luka pun lebih cepat baik, penjagaan semasa berpantang pun lebih mudah. tetapi kalau terpaksa, apa boleh buat, kan.
3. Pendapat doktor tak semestinya tepat. dapatkan pandangan kedua malah ketiga jika perlu. macam kes saya, sebenarnya 'induced' tak perlu. dan sebenarnya anak saya yang kedua nie tak besar pun, kecik lagi drpd kakaknya.
Bacalah artikel tu. Apa pandangan anda?

'Ada 3 perkara yang banyak merubah hidup manusia : perkahwinan , kelahiran dan kematian'

p/s : tahniah kepada Syahril dan Farina - hari ini telah bergelar ibu dan bapa kpd seorang baby boy

Annual Dinner SMK Tengku Menteri



gambar dinner semalam...

Yasmin's Annual Concert & Graduation Day











Hari Sabtu lepas 13/11/2010 memang hari yg busy bagi family saya. pagi- bersiap-siap ke tadika Yasmin sebab ada graduation day, malam lak ada annual dinner sekolah.Yasmin dapat third place dlm writing contest dan saguhati dlm colouring contest. alhamdullillah semuanya berjalan lancar.Malah budak-budak tu pun nampak happy walaupun si adik tu masih lagi demam.

Friday, November 12, 2010

santai hari minggu...

nie gambar masa gi breakfast ahad lepas
bersantai di hujung minggu
sekali-sekali kena gak luangkan masa berkualiti dgn family,ye tak?





selepas beberapa tahun tak jumpa...



selepas beberapa tahun tak jumpa.., rasanya dlm 5,6 tahun gak la .. barulah berkesempatan jumpa kawan masa zaman belajar dulu - Hani Kartika. sebenarnya ramai lg yg tak jumpa.kebanyakkan dok di kl,sedangkan saya di perak

wedding kat kl

n3 nie patutnya dah lama dah upload, tp disebabkan kesibukan melampau (ke buat-buat sibuk?) baru le hari nie sempat.
nie la pengantinnye , my husband's cousin - Johan


my little princesses..


pencuci mulut... sagu gula merah .. yasmin tak cukup semangkuk!


nie maksu



Wednesday, November 3, 2010

Peperiksaan dah tamat!




peperiksaan akhir tahun telahpun berakhir hari isnin yang lepas , 1hb Nov. bagi pelajar tingkatan 2 , kertas peperiksaan yang digunakan adalah selaras bagi negeri Perak , jadi lepas nie kita boleh lihat perbandingan prestasi antara sekolah dan jadikan TOV yang lebih berkualiti untuk PMR tahun depan.
pelajar juga didedahkan dengan semua prosedur peperiksaan sebenar seperti melakukan peperiksaan di dewan, setiap pelajar diberi tempat duduk sebagaimana peperiksaan sebenar, kertas peperiksaan juga hanya diambil daripada bilik pengetua dan dibuka 1 jam sebelum peperiksaan dijalankan.hasilnya, pelajar lebih serius semasa menjawab kertas peperiksaan.
tapi yang malangnya, hari selasa , sehari selepas peperiksaan tamat , kehadiran pelajar menurun dengan ketara - mungkin diorang rasa macam dah habis PMR kot? he, he...