Wednesday, June 22, 2016

Promo Sek Seni Malaysia

https://youtu.be/aMAexBsh0d8

Sunday, June 5, 2016

Ramadhan yg ditunggu datang lagi..

⛳⛳⛳⛳⛳⛳

�� Air tak selalu jernih
┆begitu juga ucapanku
└┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈⌣̊┈̥-̶̯͡��̷̴✽̶⌣̊✽̶
┏┉⌣̊┈̥-̶̯͡��̷̴✽̶┄┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┉┓
┆Kapas tak selalu putih  
┆begitu juga hatiku
└┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈⌣̊┈̥-̶̯͡��✽̶⌣̊
┏┉⌣̊┈̥-̶̯͡��̷̴✽̶┄┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┉┓
┆Langit tak selalu biru   
┆begitu juga hidupku
└┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈⌣̊┈̥-̶̯͡��̷̴✽̶⌣̊✽̶
┏┉⌣̊┈̥-̶̯͡��̷̴✽̶┄┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┉┓
┆Jalan tak selalu lurus    
┆begitu juga langkahku
└┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈⌣̊┈̥-̶̯͡��̷̴✽̶⌣̊✽̶
┏┉⌣̊┈̥-̶̯͡��̷̴✽̶┄┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┉┓
┆Jika Maaf itu bisa terucap hari ini    
┆Untuk Apa menunggu Hari Raya tiba?
┆Sedangkan hembusan Nafas pun
┆Kita tak pernah tau bila akan
┆Berhenti...
┆maka dari itu ku ingin Mohon Maaf atas
┆Kesalahan Kekhilafan maupun
┆Perbuatan yg sengaja ataupun tidak
┆sengaja..yg membuat sakit hati kalian
└┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈⌣̊┈̥-̶̯͡��̷̴✽̶⌣̊✽̶.
. Sebelum ramadhan datang
. Sebelum aidil fitri datang
. Sebelum operator sibuk
. Sebelum SMS pending
. Sebelum Whatsap pending
┏┉⌣̊┈̥-̶̯͡��̷̴✽̶┄┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┉┓
┆    Dengan ini saya mengucapkan
|
┆Mohon Maaf Atas Salah dan Khilaf...
ْ
Semoga kita diberi umur panjang dan berkat sehingga dapat dipertemukan bulan suci Ramadhan... Aamiiin yaa robbal 'alamin

*MARHABAN YAA RAMADHAN*��������

Friday, June 3, 2016

Jom Jalan-Jalan Permatang Pauh Siri 3

Dinner nak makan kat mana?
Banyak pilihan tempat makan kat sini, steamboat & grill pun ada - dekat je dengan hotel.
Akhirnya decide nak makan kat de Pauh Garden.
Tempat selesa (cuma banyak nyamuk) , banyak pilihan makanan. Parking lot disediakan, surau , tandas pun ok.

Thursday, June 2, 2016

Jom Jalan-Jalan Permatang Pauh Siri 2

Sebelum check in hotel , kami makan tengahari di Warung Kelapa Sawit, Juru.
Kat sini terkenal dengan ikan bawal goreng panas-panas. Memang sedap ♡
(maaf ye gambar gelap skt)

Jom jalan-jalan Permatang Pauh

Cuti sekolah datang lagi!
2 minggu lak tu.
Nak plan awal-awal tak boleh, takut nanti bertembung pulak dgn program sekolah si kakak (UPSR tahun ni).

Lepas dah habis program sek kakak, barula boleh plan nak jalan-jalan. Pun jalan-jalan bujet je la , kena la simpan bujet raya pulak kan.

Jadi, hari ni, kami gerak ke Penang, tapi bukan pulau, sebaliknya ke Permatang Pauh.

Apa yang menarik kat sini?
Nanti sambungan ye... ♡

Tuesday, January 26, 2016

'Saya seronok belajar hari ni'

Cabaran untuk tahun 2016 : macamana nak jadikan aktiviti pdp lebih seronok? bukan sahaja seronok kepada murid malah untuk saya yang mengajar?

Setelah 13 tahun jadi cikgi, ada masanya rasa buntu apa aktiviti nak buat dgn student esok? yang kelas A belum tentu boleh guna aktiviti yang sama untuk kelas C. teringat kata-kata daripada kawan lama - BUDU BAHU - buat dulu baru tahu. jadi tahun ni saya tanamkan azam untuk cuba je secara drastik apa-apa idea yang saya ada. jadi untuk tahun ni, eksperimen pertama - untuk topik konsumerisme tingkatan 3, saya agihkan pelajar mengikut kumpulan (maksimum 3 orang setiap kumpulan). saya berikan tag 'Wartawan' kepada mereka. setiap kumpulan dikehendaki mencari 2 orang warga sekolah (guru, staf sekolah, pekerja am, pengawal keselamatan mahupun pengusaha kantin) untuk diwawancara - konon2 jadi wartawan la - bertujuan mengumpul maklumat tentang kesedaran masyarakat tentang kepenggunaan. Saya beri masa 15 ke 20 minit untuk setiap kumpulan bergerak mencari respondan dalam kawasan sekolah dan masuk semula ke bengkel untuk pembentangan hasil. Saya hanya mengekori dari jauh.Saya cuba dengan kelas 3C dahulu. murid kelas ni lebih berani dan terbuka - dari 2 respondan jadi 5 orang, sampai pengetua dan pentadbir yang lain pun diorang berani tanya. selepas setiap kumpulan masuk semula ke bengkel, mereka teruja untuk menceritakan pengalaman masing-masing menjadi 'wartawan' sampai ada yang tanya bila saya akan ulang lagi aktiviti ni ;) Feedback yang sama juga saya dapat bila saya cuba aktiviti ni dengan kelas 3A tapi agak kurang berkesan dengan 3B mungkin disebabkan student kelas ni banyak yang sangat pemalu apatah lagi nak bukak mulut nak tanya soalan.

Refleksi : cikgu abad kini tak boleh lagi hanya banyak mengajar, perlu menjadi fasilitator - perlu banyakkan aktiviti di mana murid akan belajar daripada pengalaman mereka sendiri. karaktor murid lebih terserlah dan yang penting, murid tak tido dalam kelas sebab cikgu asyik bercakap je ;)

Esok topik reka cipta tingkatan 3, apa nak buat ye? ;)

Thursday, July 3, 2014

dah bersawang rupanya blogku....

dah berbulan rupanya tak kemas 'rumah' ni! memang rindu nak update tapi banyak perkara yang menangguhkan hajat (alasan la konon) laptop kesayangan buat hal (setelah hampir 7 tahun berkhidmat - kira hebatla jugak kan). mula-mula skrin out - apa pun tak nampak, yg nampak warna putih je. sambung ke lcd projektor baru boleh nampak.lepas tu, langsung tak boleh on.patahla jari nak online.pinjam yang hubby punya, kena virus lak (aku la yg bawak virus tuh) bila online je, punyala lembab. cadang nak tukar skrin, tapi tak berbaloi,lepas tukar pun mungkin boleh jadi balik masalah yang sama. last-last, bawak la kat kawan, nasib baik dia tolong. tapi lepas dah repair, tak pernah on laptop ni.cuak takut jadi balik problem lama. ntah mcmn tergerak nak bwk pegi sekolah hari ni sbb hari ni masuk bab pakaian (form 1).bulan2 puasa camni, takkan nak guna modal air liur je.selepas beberapa bulan tak pernah on, hari ni laptop ni ok sgt2 ;) nampaknya boleh le mula balik hobi lama ;)

Saturday, March 1, 2014

Rahsia Kejayaan Sistem Pendidikan Finland Yang Mendapat Skor TIMSS dan PISA Yang Tinggi

Cikgu-cikgi tentu biasa dengar tentang TIMSS dan PISA kan? senang cerita,dua-dua ni adalah ujian untuk tentukan taraf pendidikan di setiap negara (lebih kepada Math & Sc)
Malaysia masih jauh ke bawah dalam carta ni.tu yang sekarang diperkenalkan iTHINK dan KBAT untuk tingkatkan kemahiran berfikir pelajar terutama untuk aras tinggi.

Maklumat ni saya peroleh daripada fb ithink perak yang memaparkan maklumat daripada blog syedsyahrul.
http://syedsyahrul.blogspot.com/2014/01/rahsia-kejayaan-sistem-pendidikan.html



 Finnish Education Infographic