Wednesday, February 24, 2010

My little princess's 6th birthday today!

Farah Hani , 3 & Yasmin Hani , 6

Alhamdulillah hari nie genap 6 tahun umur si kakak, Yasmin Hani.lebih tepat lagi, jam 8 pagi tadi. dari semalam lg dah wish kat dia.pagi tadi kelam kabut siapkan choc.cup cake dan agar-agar (thanks to mamafami & ummi, saya ambik resepi kak, senang je buatnye :) ) then hantar kat taska sebab ada buat majlis harijadi kat situ.nasib baik sempat sebab saya ngajar petang.

Teringat balik, dah 6 tahun rupanya.rasa macam baru je lagi bersalin kat dia.boleh ingat lagi sakitnya (sampai rasa macam tak nak mengandung dah, tapi bila tenguk dia sesorang je, takde kawan, kesian lak, so ada la si adik). Ramai yang tanya, bila nak tambah sorang lagi? selalunya saya senyum je, ini semua rezeki, kalau ada alhamdulillah. kalau takdepun, rasanya 2 pun dah cukup kelam-kabut rasanya. walaupun hanya dua orang je, tapi biarlah berkualiti, insyaallah.

Wednesday, February 10, 2010

Kisah kehilangan 2 puteri dalam Harian Metro



hari nie kisah sedih schoolmate masa kat sm sains machang dulu yang kehilangan 2 orang puteri selang sehari, dugaan yang amat hebat...

Monday, February 8, 2010

Korban Denggi - kehilangan dua puteri amat dirasai


nie anak no 3 (si adik Nik Zawiah - gambar diambil oleh rakan yang melawat 3 jam sebelum arwah meninggal)


Apa agaknya perasaan kita jika 2 orang yang kita sayangi pergi berturut-turut dalam tempoh tak sampai 24 jam? Saya yang baru 2 bulan lepas kehilangan abah seorang pun rasa tak tertanggung, inikan pula kehilangan 2 puteri comel sekaligus akibat denggi shock syndrome.
Ini adalah apa yang berlaku kepada schoolmate saya dan hubby sabtu dan ahad lepas (6/2 & 7/2) Anak ke 2 - Nik Hazwani , 4 tahun meninggal pada hari sabtu dan adiknya Nik Zawiah , 3 tahun menyusul keesokan harinya.
Hubby pergi menziarah ( saya tak ikut, sebab tak sanggup nak hadapi suasana tersebut , saya sendiri pun ada dua puteri yang umurnya pun lebih kurang sama dengan arwah)
Daripada apa yang saya faham,kedua-dua arwah telah dimasukkan ke hospital setelah demam, kemudian mengalami muntah-muntah serta lebam-lebam biru di badan.
Takziah kepada Nik Shamrul Zaimi sekeluarga.(anak yang tinggal , yang sulung, lelaki serta baby lelaki baru berusia lingkungan 3 minggu, isterinya masih dalam pantang - tambah menyayat hati bila mendengarnya)
Semoga tabah hadapi dugaan yang berat ini.... al fatihah

Thursday, January 28, 2010

Dah lama tak update...

Hari nie adalah hari pertama saya buka blog setelah lebih 2 bulan tak update. nak kata busy sangat pun tak jugak, cuma sibuk dengan hal-hal keluarga dan kerja-kerja sekolah.
Hari nie , dah sebulan + 7 hari arwah abah meninggal sebab sakit jantung. Bila tiba-tiba kita kehilangan orang-orang yang sayang, susah nak 'mind set' balik kehidupan kita. Banyak malam gak tak tak lena tido, macam-macam dalam kepala. Orang yang paling banyak terima kesannya, tentulah mak. Nasib baik adik-adik ada yang tinggal bersama, tak la sunyi sangat.

Wednesday, November 11, 2009

Monday, November 9, 2009

SELAMAT PENGANTIN BARU TO SHAHRIL FARIZ & FARINA

Alhamdullillah, majlis pernikahan dan persandingan pasangan alil dan farina telah selamat dilangsungkan pada 7/11/2009 iaitu sabtu baru-baru nie.

Tuesday, November 3, 2009

Gambar sepanjang aSc Time Table Training kat Hotel Dynasty (26 Oktober 2009 - 30 Oktober 2009)

sesi bergambar
trainer for aSc Time Table training from Rebound Asia (lupa lak nama)


rupa jadual waktu yang baru dijana - colourful


masa nie tgh lunch (kat meja belakang sebenarnya)


buat jadual,jangan tak buat!

aduh! poning kopalo den!

tgh tunggu untuk sesi fotografi, kat sebelah tu roomate from Penang, cikgu Nisa


masa nie tgh tgk demo penggunaan interactive white board

tengah kusyuk! he ..he..

Thursday, October 29, 2009

Hari ke-3, ke-4 Kursus aSc dan SPS

gambar masa kursus, hari ke-3 (Rabu) dan ke-4 (Khamis)
nie demo dr syarikat Rebound Asia - penggunaan interactive white board

possing sket !