Tuesday, January 26, 2016

'Saya seronok belajar hari ni'

Cabaran untuk tahun 2016 : macamana nak jadikan aktiviti pdp lebih seronok? bukan sahaja seronok kepada murid malah untuk saya yang mengajar?

Setelah 13 tahun jadi cikgi, ada masanya rasa buntu apa aktiviti nak buat dgn student esok? yang kelas A belum tentu boleh guna aktiviti yang sama untuk kelas C. teringat kata-kata daripada kawan lama - BUDU BAHU - buat dulu baru tahu. jadi tahun ni saya tanamkan azam untuk cuba je secara drastik apa-apa idea yang saya ada. jadi untuk tahun ni, eksperimen pertama - untuk topik konsumerisme tingkatan 3, saya agihkan pelajar mengikut kumpulan (maksimum 3 orang setiap kumpulan). saya berikan tag 'Wartawan' kepada mereka. setiap kumpulan dikehendaki mencari 2 orang warga sekolah (guru, staf sekolah, pekerja am, pengawal keselamatan mahupun pengusaha kantin) untuk diwawancara - konon2 jadi wartawan la - bertujuan mengumpul maklumat tentang kesedaran masyarakat tentang kepenggunaan. Saya beri masa 15 ke 20 minit untuk setiap kumpulan bergerak mencari respondan dalam kawasan sekolah dan masuk semula ke bengkel untuk pembentangan hasil. Saya hanya mengekori dari jauh.Saya cuba dengan kelas 3C dahulu. murid kelas ni lebih berani dan terbuka - dari 2 respondan jadi 5 orang, sampai pengetua dan pentadbir yang lain pun diorang berani tanya. selepas setiap kumpulan masuk semula ke bengkel, mereka teruja untuk menceritakan pengalaman masing-masing menjadi 'wartawan' sampai ada yang tanya bila saya akan ulang lagi aktiviti ni ;) Feedback yang sama juga saya dapat bila saya cuba aktiviti ni dengan kelas 3A tapi agak kurang berkesan dengan 3B mungkin disebabkan student kelas ni banyak yang sangat pemalu apatah lagi nak bukak mulut nak tanya soalan.

Refleksi : cikgu abad kini tak boleh lagi hanya banyak mengajar, perlu menjadi fasilitator - perlu banyakkan aktiviti di mana murid akan belajar daripada pengalaman mereka sendiri. karaktor murid lebih terserlah dan yang penting, murid tak tido dalam kelas sebab cikgu asyik bercakap je ;)

Esok topik reka cipta tingkatan 3, apa nak buat ye? ;)

No comments:

Post a Comment