Wednesday, January 23, 2013

Pengalaman....

sepanjang 10 tahun menjadi warga pendidik (baru 10 tahun), boleh dikatakan pelbagai pengalaman saya dapat. sejak posting - pengalaman mengajar di sarawak banyak membuka mata saya (bersyukur sebenarnya sebab berpeluang ke sana) - suasana sangat berbeza - sistem sekolah,masyarakat sampailah bab-bab makan, sangat2 berbeza (elaun pun berbeza!)
setelah balik ke semenanjung, saya cuba timba pengalaman baru sebanyak mungkin.daripada guru biasa,saya menjadi penyelaras tingkatan.beberapa tahun lepas tu, saya teringin pulak nak belajar buat jadual - lepas tu saya lak yg jadi guru jadual waktu. bukan senang nak jana jadual yang boleh memuaskan hati semua pihak - tapi saya cuba sebaik mungkin.
selepas beberapa tahun dah buat jadual, saya nak cuba lak benda lain.dan kebetulan ada kekosongan, jadi saya ditawarkan menjadi guru media bermula tahun 2011. pun bukan kerja yang mudah - kerjanya rumit - 'renyah' - melibatkan hal yg remeh-temeh. mula-mula rasa putus asa jugak sebab saya terima jawatan tu tanpa tunjuk ajar secara langsung, kena la belajar sendiri.bila dah lama-lama, rasa seronok jugak.
nak dijadikan cerita, ada satu sekolah baru akan dibuka dalam daerah saya.terfikir gak, macamana ye bukak sekolah baru? jadi 16 feb 2012, saya mendaftar di smk toh johan sebagai salah seorang drpd 12 orang guru terawal yang menguruskan pembukaan sekolah - dan saya lebih kepada menguruskan PSS. 2 minggu pegi sekolah yang belum ada pelajar - dok dalam PSS sorang-sorang - sunyi je.
 
dalam gambar di atas, cikgu harun dan zairul adalah care taker.cikgu arazmi, cikgu zainurin, ustaz ahmad zahidi, mohd fazlee (ni fotografer kami), cikgu yusoff dan cikgu yuzaini, dan 4 orang cikgi -hasniza,salmah, kak salmiza dan saya.
cikgu zairul dah berpindah ke PPD dan kak salmiza dah menjadi nazir di ipoh.
kepada rakan-rakan (yang dah berpindah mahupun masih di smktj) - terima kasih banyak-banyak atas pengalaman yang tak terhingga ni.tapi, saya paling berterima kasih kpd hubby tercinta sbb sgt memahami saya.

No comments:

Post a Comment