Thursday, June 30, 2011

Edisi 1 Buletin Menteri!


hari jumaat lepas 24 Jun 2011 (saje buat hari jumaat, ambik berkat), AJK Buletin Menteri telah berjaya menerbitkan edisi 1 buletin setelah dirancang sejak bulan Mac lepas.bukan senang (macam makan kacang)nak buat buletin nie woi.walaupun hanya 4 muka je.nak cari template yang sesuai, apa artikel nak masukkan, berapa page dan macam-macam lagilah.nak dapatkan maklumat pun satu hal gak (baru dapatkan maklumat pasal sekolah je dah rasa susah, agaknya orang yg terbitkan suratkhabar hari-hari tu dah berapa kali pengsan agaknya ye tak?)
Pagi-pagi lagi AJK terlibat menjual buletin tersebut dari kelas ke kelas (disebabkan ini adalah keluaran pertama, jadi kita nak tengok feedback secara terus dengan pembeli) Alhamdulillah, sambutan agak baik. Ada yang memberi respond yang positif, ada gak yg sebaliknya.adat la kan,mula-mula buat memangla ada banyak halangan.yang penting, jangan putus asa dan jangan dengar sangat cakap orang lain yang tak banyak membina.
Insyallah, edisi kedua akan menyusul dalam pertengahan bulan Julai pulak dan begitulah seterusnya untuk bulan-bulan yang akan datang.
terima kasih banyak-banyak kepada yg menyokong buletin, yg turut membeli, menyumbang idea, tolong print (En. Tun sebab tolong print guna printer canggih yg boleh print atas kertas A3) tanpa pertolongan dan sokongan kalian, tak dapek la nak buat buletin ni. terima kasih daun keladi ye..

2 comments:

  1. Assalamualaikum cikgu Sidah, thanks ya sudi masuk dan komen kat dapur akak...waah, cikgu yang bz, macam2 aktiviti sekolah....suka tengok...moga pengorbanan mulia cikgu diberkati dan diberi ganjaran sebaiknya... ^__^

    ReplyDelete
  2. tqvm ye kak ummi.sudi gak tinggal comment kat rumah saya.memang bz kak, tu la kan, selagi tak pencen ;)

    ReplyDelete