Friday, March 18, 2011

Cuti Sekolah - Tapi rasa macam tak cuti..

selamat bercuti sekolah ye - walaupun tinggal dua hari je lagi. walaupun cuti seminggu, tapi rasa macam tak cukup je, bukan tak cukup relex tapi tak cukup masa nak buat macam-macam keje. rasa nak buat ni, yang tu belum lagi.kenapa boleh jadi macam tu? mungkin salah satunya - tak buat perancangan yang rapi. saya hanya merancang perkara yang dibuat pada isnin dan selasa je. alhamdulillah dah dijalankan tetapi rasanya tak begitu berkesan, mungkin impaknya dalam 50% je.untuk hari seterusnya semasa cuti, saya tak plan, buat on the spot je. tu yang rasa pening tu.bila list down balik benda-benda yang nak kena settle - baru la nampak - mak oii! banyak lagi yang tak siap!
so, camno? first thing - jangan tension. dalam list tadi, buat priority benda apa nak kena buat dulu.buat satu-satu, biar slow sikit, tapi siap. yang kedua - kena minta bantuan orang lain kalau tak mampu - kadang-kadang dalam kepala nie, macam-macam benda nak buat - dan nak buat sendiri lak tu ( tu yg banyak keje tu)
yang ketiga - kena banyak bersabar. bukan semua keje yg kita plan tu akan berjaya macam yg kita nak.setiap plan tu ada risikonya. contohnya- hari isnin tu saya plan buat extra class - tgk2 tak sampai 10 org student yg datang.frust la kan, sebab lepas tu saya kena ulang balik kelas tu
apapun , itula tugas sebagai guru, kan.buat yang terbaik selagi mampu

buka cuti sekolah nie, akan mula Ujian 1 bagi form 2,3 & 5. form 1 & 4 dah lepas. so good luck ye.

No comments:

Post a Comment