Saturday, February 5, 2011

Sakitnye kepalaku!


dah beberapa hari dah badan rasa tak sedap je. hari khamis, start cuti CNY tekak mula rasa pahit, kepala pun rasa pening semacam. kat sini dah banyak hari cuaca sangat panas. memang boleh demam la. esoknya hidung lak start selsema. bagi saya, kalau demam, kira ok lagi, tapi kalau selsema - otak rasa jam, berat semacam je.

saya makan paracetamol , rasanya banyak gak, tapi takde effect. byk mkn paracetamol pun tak bagus gak untuk jangka panjang. nak pg klinik yg saya biasa pegi, doktor tu cuti CNY. jadi beli ubat kat farmasi. mula-mula terfikir nak beli ubat antibiotik, last-last tak jadi, cuma beli ubat batuk dan ubat selsema je. ada gak orang kata tak elok ambik ubat antibiotik nie - jadi selain makan ubat, saya cuba banyakkan minum air masak dan air 100Plus. banyakkan makan benda yg mengandungi vitamin C - contohnya limau mandarin yg banyak dalam peti ais tu

risau gak selsema nie, takut berjangkit kpd ahli keluarga yg lain esp anak2.sila baca kat Rakan Farmasi Anda untuk maklumat lanjut mengenai tips mengawal demam panas pada kanak-kanak.

harap-harap esok dah sembuh ;)

No comments:

Post a Comment