Sunday, November 14, 2010

Choosing labour - natural or high-tech medical procedure?

Though doctors play a role in giving women the necessary information about labour options, women and their partners need to take their share of responsibility too in making informed choices and decisions. รข€“ AFP
thestar.com.my

Hari nie masa dok belek2 the star, saya terbaca satu artikel nie -
http://thestar.com.my/health/story.asp?file=/2010/11/14/health/7385426&sec=health
artikel mengenai proses kelahiran , yang sepatutnya berlaku secara normal tetapi boleh juga melalui kaedah-kaedah moden seperti pembedahan ceasarean. antara yang menarik perhatian saya, ada yg memilih C-section semasa kelahiran pertama walaupun sihat dan berisiko rendah hanya setelah mendengar pandangan doktor.ada juga memilih kaedah ini untuk memanipulasi horoskop si anak. malangnya , wanita tersebut mungkin tidak tahu bahawa kelahiran yg berlaku secara semulajadi adalah jauh lebih baik.

Sebagai bakal ibu, kebanyakkannya menyerahkan kpd doktor utk memilih kaedah kelahiran yg sesuai . saya sendiri pun mengalami situasi yg sama.apabila diingat semula situasi semasa nak melahirkan anak kedua, saya perlu di'induced' jika tidak bersalin pd tarikh yg dijangka kerana katanya bayi saya besar.pkl 7 pagi tarikh tersebut, semasa pemeriksaan, doktor kata bukaan dah 1@ 2cm tapi tanpa berbincang dgn saya, doktor tersebut teruskan juga dgn 'induced'.dan yg malang lagi, saya sendiri pun tak terkata apa-apa.mungkin doktor tersebut fikir yg saya mungkin lambat lg akan bersalin, tp dari pengalaman pertama dahulu, bila dah mula buka , bukaannya akan bertambah dgn cepat. maka, bermulalah episod 'sakit'.'induced' akan membuatkan kita 'dipaksa' bersalin. pkl 9 saya dah terasa sakit yang amat sangat, lebih sakit drpd kelahiran anak sulung - seperti nak putus rasanya pinggang.setiap kali contraction, berpeluh2 seperti org mandi, nak bercakap pun dah tak mampu. terpaksa saya panggil nurse,tp diorang ingat saya belum lagi nak bersalin.nasib baik ada sorang nurse yg cadang nak check bukaan - rupanya dah 5 cm. dia terus ambilkan wheel chair dan bawa saya ke labour room. nak sms kat suami pun dah tak sempat.kat LR, doktor pun buat tak kisah sangat sbb ingat lambat lagi.tapi saya cakap-saya dah nak bersalin sgt2, barula dr tu kelam-kabut bentang kain.tak lama lepas tu, saya terus bersalin! terkejut gak dr tu sebab pkl 11 dah bersalin.bila dah selesai semua, saya pun balik ke wad-nurse tgk semacam.saya dengar diorang cakap 'ha, dah bersalin dah,cepatnya' - lebih krg cam tu la. saya, dlm hati - 'tu la, bila org ckp, jgn ingat org tu buat2 sakit' - sabar jela. dah lepas bersalin pun, masa kat wad, boleh rasa lagi sakit contraction tu.agaknya drug tu tak habis lg.

Pengajarannya -
1. Kita sebenarnya ada hak untuk tentukan apa yg terbaik untuk diri kita-sebab yang nak menanggung sakit, adalah kita sendiri, dan bukannya doktor.
2. Sesuatu yg berlaku secara semulajadi adalah yg terbaik - kelahiran normal lebih mudah, luka pun lebih cepat baik, penjagaan semasa berpantang pun lebih mudah. tetapi kalau terpaksa, apa boleh buat, kan.
3. Pendapat doktor tak semestinya tepat. dapatkan pandangan kedua malah ketiga jika perlu. macam kes saya, sebenarnya 'induced' tak perlu. dan sebenarnya anak saya yang kedua nie tak besar pun, kecik lagi drpd kakaknya.
Bacalah artikel tu. Apa pandangan anda?

'Ada 3 perkara yang banyak merubah hidup manusia : perkahwinan , kelahiran dan kematian'

p/s : tahniah kepada Syahril dan Farina - hari ini telah bergelar ibu dan bapa kpd seorang baby boy

No comments:

Post a Comment