Thursday, July 3, 2014
dah bersawang rupanya blogku....
dah berbulan rupanya tak kemas 'rumah' ni! memang rindu nak update tapi banyak perkara yang menangguhkan hajat (alasan la konon)
laptop kesayangan buat hal (setelah hampir 7 tahun berkhidmat - kira hebatla jugak kan). mula-mula skrin out - apa pun tak nampak, yg nampak warna putih je. sambung ke lcd projektor baru boleh nampak.lepas tu, langsung tak boleh on.patahla jari nak online.pinjam yang hubby punya, kena virus lak (aku la yg bawak virus tuh) bila online je, punyala lembab. cadang nak tukar skrin, tapi tak berbaloi,lepas tukar pun mungkin boleh jadi balik masalah yang sama. last-last, bawak la kat kawan, nasib baik dia tolong. tapi lepas dah repair, tak pernah on laptop ni.cuak takut jadi balik problem lama. ntah mcmn tergerak nak bwk pegi sekolah hari ni sbb hari ni masuk bab pakaian (form 1).bulan2 puasa camni, takkan nak guna modal air liur je.selepas beberapa bulan tak pernah on, hari ni laptop ni ok sgt2 ;)
nampaknya boleh le mula balik hobi lama ;)
Saturday, March 1, 2014
Rahsia Kejayaan Sistem Pendidikan Finland Yang Mendapat Skor TIMSS dan PISA Yang Tinggi
Cikgu-cikgi tentu biasa dengar tentang TIMSS dan PISA kan? senang cerita,dua-dua ni adalah ujian untuk tentukan taraf pendidikan di setiap negara (lebih kepada Math & Sc)
Malaysia masih jauh ke bawah dalam carta ni.tu yang sekarang diperkenalkan iTHINK dan KBAT untuk tingkatkan kemahiran berfikir pelajar terutama untuk aras tinggi.
Maklumat ni saya peroleh daripada fb ithink perak yang memaparkan maklumat daripada blog syedsyahrul.
http://syedsyahrul.blogspot.com/2014/01/rahsia-kejayaan-sistem-pendidikan.html

Wednesday, July 17, 2013
Selamat Berpuasa
Ramadhan datang lagi ;) alhamdulillah...
Apa perkara paling ketara kita nampak berlaku hanya dalam bulan ni?
Salah satunya tentulah kewujudan bazar2 ramadhan di merata-rata tempat. Setakat ni, baru 2 kali saya ke bazar ramadhan. Nampaknya tahun ni, tak berapa berselera bab2 makan. Kadang2, jenuh pusing2 dalam bazar tu, tak tau nak beli apa. Bukan tak ada makanan yang menarik, tapi sebab saya asyik nampak 'menu' yang biasa - sama macam tahun2 sebelumnya. Belum jumpa sesuatu yg baru, yg menarik untuk dicuba.
Apapun, elok juga kurang membeli - takde la membazir jika tak habis. Kan tak baik membazir ;)
Selamat Berpuasa Semua....

Sunday, July 7, 2013
Friday, July 5, 2013
Amali Membuat Kek Kaedah Putar - Kek Pelangi (nampak macam traffic light adala ;)
dah nak dekat bulan Ramadhan dah, tapi sempat lagi buat amali. Yelah, yang paling best ngajar/belajar subjek KH ni - tang buat amali lah,lebih-lebih lagi ERT. Buat amali, lepas tu boleh makan ;)
amali ni sebenarnya nak tunjukkan kaedah membuat kek kaedah putar dimana lemak dan gula diputar sehingga gebu. disamping tu, nak juga tunjukkan bagaimana nak jadikan kek tu nampak berlapis-lapis warnanya - semua ni tak boleh main cakap je, kena tengok dan buat - baru pelajar ingat sampai mati. lebihan adunan dibakar sebagai kek cawan.
resepi pun simple je - saya banyak rujuk blog kak umie - homeswetthome.blogspot sebab resepi yang mudah dan sangat dipercayai 'kemenjadiannya' ;)
KEK 'TRAFFIC LIGHT'
Bahan-bahan :
- 125 gm mentega
- 150 gm gula halus
- 2 biji telur
- 250 gm tepung kek
- secubit garam
- 70 gm susu segar/uht
- 1/2 cawan inti blueberi
- 1 sudu teh esen vanila
Cara
Membuatnya :
1. Pukul mentega dan gula hingga putih
dan gebu.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji
dan pukul sebati.Masuk esen vanila.
3. Ayak tepung, dan garam,masukkan ke
dalam adunan mentega berselang-seli dengan susu sambil digaul rata. (mula
dengan tepung dan diakhiti juga dengan tepung)
4. Sudukan ketiga-tiga warna berselang-seli sehingga habis.
5. Bakar pada suhu 180 darjah celcius
selama 40 - 50 minit hingga masak, (bergantung kepada saiz kek. jika kek cawan,, ambil masa dalam 18 - 20 minit je)
Friday, May 31, 2013
Sekolah Aliran Inggeris?
tertarik dengan artikel dalam The Star ni - cadangan memperkenalkan semula sekolah aliran Inggeris.
nampaknya masih lagi dengan isu bahasa Inggeris. perlukah kita wujudkan sekolah aliran Inggeris? kritikal sangatkah bahasa Inggeris kepada rakyat Malaysia?
1. daripada sudut pandangan sebagai ibubapa :
kalaulah di tempat tinggal saya, wujud sekolah sebegitu @ international school - mungkin saya pun akan tertarik untuk hantar anak2 saya. saya mahu mereka mampu bergaul/berinteraksi dengan pelbagai bangsa, dapat membina keyakinan diri mereka dan secara tak langsung meningkatkan kefasihan mereka berbahasa Inggeris.
2. daripada sudut pandangan sebagai warga pendidik :
apapun tindakan yang akan diambil oleh pihak kementerian - perlu difikir sedalam-dalamnya. perlukah menokok tambah 'jenis' sekolah sedangkan yang sedia ada masih banyak kekurangan? mengapa sekolah (contoh : sekolah harian) tidak menunjukkan kecemerlangan yang sepatutnya? pada saya,di sekolah banyak prosedur/birokrasi yg menyekat kreativiti guru & murid disamping kurang peruntukan dr segi kewangan. byk kaedah p&p yg kami ingin lakukan - contohnya membuat projek dimana pelajar dapat aplikasi teori yang telah dipelajari,buat lawatan/kerja lapangan tetapi disebabkan kekangan 'perlu habiskan silibus' , 'exam oriented' dimana guru mesti pastikan pelajarnya mesti lulus@cemerlang dalam subjeknya, membuatkan saya kadangkala berasa tawar hati . bagi sekolah yang bilangan guru adalah sedikit - bebanan kerja lebih banyak berbanding rakan-rakan di sekolah besar.bayangkan, seorang guru terpaksa memegang beberapa jawatan dalam satu masa - guru kelas,guru penasihat kelab/persatuan,unit beruniform, sukan, rumah sukan, jawatankuasa PIBG, setiausaha peperiksaan (sedangkan menjadi guru kelas sahaja memang banyak kerja setiap hari).itu belum termasuk tugas panitia matapelajaran, tugas semasa hari anugerah, hari itu dan hari ini.pendek kata - banyak tugas pengkeranian yang guru perlu dijalankan sedangkan masa berkenaan boleh digunakan sepenuhnya untuk merancang p&p yang berkesan dan menarik. bilangan guru perlu ditambah jika kementerian tidak mampu menambah jumlah kerani disekolah untuk meminimumkan 'tugas-tugas lain selain p&p'. terus terang saya nyatakan - bukan mudah untuk menyediakan p&p yang berkesan. saya mengajar mata pelajaran kemahiran hidup - saya perlu menyediakan sendiri peralatan untuk amali memasak (contohnya) memandangkan tiada pembantu bengkel.
apapun , setiap tindakan yang diambil - sila kaji sedalam-dalamnya.jangan hanya bertahan beberapa tahun, kemudian dirombak/dibatalkan terus. yang menjadi mangsa adalah anak-anak kita. jangan sampai orang hilang kepercayaan kepada sistem pendidikan kita yang asyik berubah-ubah seperti tiada ketetapan dan arah.

Thursday, May 30, 2013
Hair Cut Day
cuaca yang agak panas - kesian gak tengok anak-anak berpeluh panas, dah la rambut tak nak ikat. jadi solusi terbaik - jom potong rambut.
Sunday, May 26, 2013
Warga Pendidik SMKTJ 2013
Selamat Hari Guru kepada rakan-rakan di SMKTJ serta seluruh warga pendidik (walau dimana pun anda - di sekolah,di PPD,di Kolej - di mana sahaja). rasanya belum terlambat kan.
(kredit gambar di atas kepada PKHEM En. Mohamad Basri , maaf ye , saya tambah nama)
Subscribe to:
Posts (Atom)